Klik Untuk Tawaran Hebat!

...................................................................................................

Wednesday, June 3, 2015

Selfie Anda ?


Ada lagikah yang tak tahu apa tu selfie? Okay, selfie adalah gambar potret sendiri atau gambar ramai-ramai bersama jurugambar, yang biasanya diambil menggunakan handphone, digital camera atau webcam. Then selalunya selfie akan dikongsikan ke dalam laman sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter, etc. (curi definition daripada Wikipedia).


Ber-selfie adalah 'penyakit' moden yang tak ada penawar mujarab. Kekadang penyakit ni boleh jadi kritikal kat seseorang sampai orang lain terpaksa bawa mengucap. Tapi persoalannya, korang ni jatuh dalam kategori selfie yang mana satu?



1 - Selfie dulu-dulu
Selfie yang dah wujud sejak zaman tak wujud lagi android, smartphone yang canggih, dan takda laman sosial & application hebat macam Instagram, Facebook, WeChat, etc. Ambik selfie pakai camera handphone biasa je, satu kali hingga beratus kali dalam satu masa, lepas tu gambar terbaik di-set sebagai wallpaper handphone. Kalau perlu, gambar akan dicuci kat kedai untuk simpanan sendiri atau simpanan orang lain. Jangan sengih-sengih, tau korang dah buat dari dulu lagi.



2 - Selfie normal/standard
Selfie yang biasa, mengambil gambar secara normal (erk, ada yang tak normal ker? Hehe). Ber-selfie samada secara solo, duo atau beramai-ramai (groufie, wefie, suka hati la apa term). Selfie yang sedap mata orang memandang, tak over act sehingga diwajibkan kena hukuman penampar. Kalau rasa terbaik, selfie akan di-upload sebagai profile picture Facebook, Instagram, Twitter, etc. Ini selfie yang standard punya, selagi kita normal, still duduk dalam kategori ni.



3 - Selfie berjadual
Yang ni aku tabik, selfie is taken at anytime and at anywhere. Sememangnya memerlukan usaha yang berterusan. Masa dan tempat bukan penghalang, yang penting setiap masa & ketika harus ada selfie. Sampai boleh hafal, pukul 7am selfie dia camna, pukul 9pm selfie camna, and so on laa~ Selfie = diari harian, bermula bangun pagi, gosok gigi, sarapan, lunch, dating, buang air, sehingga tidur malam, selfie menjadi kemestian. "Selfie is my life!"



4 - Selfie perubahan/pembaharuan
Selfie yang diambil bertujuan untuk menguar-uarkan perubahan atau pembaharuan yang wujud pada seseorang. Nak tunjuk baju baru, aksesori baru, tudung baru, new hair dan apa-apa je yang memaparkan something different than before. Antara selfie yang mendapat banyak Like dan komen pujian melambung. Pilihan untuk memberi komen jujur terletak di hujung jari anda. Good luck! :)


5 - Selfie abdomen
Selfie sebegini tertakluk kepada syarat badan kau harus berketul-ketul, tidak kelihatan walau sekerat tulang rusuk. Kalau kau confident badan dah cukup 6-pack, boleh la selfie sepuas hati, tapi kalau 1-pack pun kau rasa perlu tayangan umum, then go ahead la. Selfie sebegini adalah jangkitan kronik mostly kat lelaki, termasuklah the Likers & Commenter of "Smart la badan U, I suke" of the selfie. Oopss... #facepalm




6 - Selfie jamban
Cermin kat dalam toilet amat berbahaya, ia menyumbang peratusan yang tinggi kepada penyakit selfie. Dengan syarat jamban pun harus bersih! Antara jenis selfie yang fungsinya untuk memperlihatkan peragaan baju kita di hari kejadian. Tinggal korang komen je, samada dressing orang tu lawa atau tak. Kalau tak lawa, cakap lawa je~ Hoho...



7 - Selfie tidur
Lokasi adalah kat tilam, prop seperti bantal dan selimut akan digunakan untuk melengkapkan selfie & mendapat Like berjuta-juta. Pernyataan seperti, "Good night!", "Okay, nak tidur dulu, bye!", "Panas la malam ni, nak tidur bogel la", "I dah ngantuk sangat, nite all", "zzZZzz", etc antara yang biasa digunakan. Jika perlu, badan tanpa seurat benang akan ditayangkan sedikit, untuk tunjuk keseksian tidur, maybe? Tak pasal-pasal, korang yang tengok yang tak dapat tidur nanti, jaga-jaga...


8 - Selfie dikala sakit
Ni aku rasa selfie yang objektifnya untuk berkongsi kesakitan dengan orang lain. Tak kisah sakit tu sedahsyat mana, yang penting ber-selfie harus diteruskan. Demam panas ker, headache ker, sakit perut yang teramat, cirit birit, muntah-muntah, dan apa-apa lagi la, as long as tangan masih mampu memegang handphone, "I don't care, I need a selfie jugak!". Ish ish ish, degil sungguh~

9 - Selfie dikala berduka
"Apa salahku padamu?", "Harap kau bahagia bersama si dia", "Aku sememangnya bukan pencinta terbaik buatmu". Sedihkan bila terbaca ayat macam ni, ditambah lagi wajah 5 sen dengan air mata berlinangan, fuuh memang pakej terbaik untuk korang muntah seminggu. Kena lagi kalau selfie tu jejaka 'macho', dengan ayat-ayat sedih nak mampus, seriously epic! Terasa gemilang sangat kot share to public kesedihan dilanda putus cinta ni. Huhu, dunia, dunia~



10 - Selfie minta kaki
Orang tengah sibuk menyelamatkan mangsa accident, dia ber-selfie happily. Orang tengah kelam kabut memadam kebakaran, dia sibuk ber-selfie dengan girang. Orang tengah sibuk dalam upacara pengebumian, dia pergi ber-selfie senang hati. Situasi yang mana orang sepatutnya berduka/bersedih, si dia pula mengabadikan keriangannya. Eh, ber-selfie kat kuburan sambil pijak kubur boleh, takde masalah la, siapa cakap tak boleh? Selagi keluarga turut memberi sokongan & dorongan, teruskan je niat 'murni' tu. #facepalmlagi




**********
Zaman moden sekarang ni, dengan rangkaian sosial meluas, semua benda di hujung jari, kan? Tapi baik dan buruk tetap ada walau semaju mana pun kita, so sentiasalah berpadah-padah dalam berkongsi 'diri' anda di hadapan umum. Peace! Jom take a selfie, weehoo~  :)


Thanks to Mr. Google for all images



Comments
3 Comments

3 comments:

  1. tak minat selfie sebab diri misteri....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah misteri mcm mane tu? Hehe...

      Delete
    2. misteri sbb muka x perlu ditayang2....

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kisah Bawah Bayu