Sunday, October 22, 2017

Trip Kerja Luar (2014-2017): Part 3


Berkesinambungan dari entri Trip Kerja Luar (2014-2017): Part 1 dan Part 2, ni aku sambung cerita ke tempat yang jauh sikit, dan tempat-tempat yang mencabar cari makan.

Supplier bukan muslim, diorang tak tahu sangat apa yang muslim tak boleh makan. Restoran halal diorang tak tahu kat mana (itupun kalau ada halal restaurant). Lepas tu masa pun terhad nak cari tempat makan lagi. Agak-agak okay tu, kitorang masuk je.

*********************

KARUR, INDIA


Bila pergi India, mesti akan expect kawasan kau pergi tu kotor. Tapi expectation meleset bila sampai Karur. Daerah situ tahap kebersihannya boleh dikatakan okay. Sampah-sarap takde la berlonggok & tak terbendung macam kita tengok dalam media.

11-14 Mei 2015: First time sampai Karur. Memula rasa macam kat Malaysia pun ada. Karur ni pekan kecil sebenarnya, takda tempat nak jalan-jalan. Nasib baik 4 hari je, kalau lebih bakal aku mereput berkulat. 

30 Mei - 2 Jun 2016: Second time ke Karur. Sebenarnya antara benda paling mencabar kat situ adalah melintas jalan. Betul tak tipu. Seberang hotel ada kedai aiskrim Ibaco, nak makan aiskrim pastikan kau mampu merentas 'liku-liku' jalan.

Sesetengah orang sana berkaki ayam je, kat luar tak berselipar & dalam kedai pun ada. Perkara biasa la sana, diorang rasa lebih selesa kot. Cuma kalau nampak orang kencing di tempat yang tak berapa nak tertutup sangat tu kau tutup mata je la.

Bab makan, makan telur & sayur je. Ayam tak boleh la makan, bukan sembelih. Aku 'terpikat' dengan sesetengah manisan sana. Hehe... aku suka makan manis-manis ni.

30 Mei - 2 Jun 2016: Eh banyak pula gambar makanan, tadi cakap susah makan, lol. Carrot Halwa (warna oren) tu dah jadi feveret aku, mengena betul di tekak aku. By the way, sedap tau aiskrim Ibaco tu, banyak gila flavour, confuse nak pilih.

The Chennai Silks - Kedai kain & pakaian, especially kain saree. Dah alang-alang datang Karur, kedai ni pulak sebelah hotel je, memang borong la beli saree. Murah sangat! Belikan untuk mak, kakak, adik dan seangkatannya.

2 Jun 2016: Bergerak awal pagi ke Trichy Airport. Dekat 3 jam perjalanan dari Karur ke airport tu. Sepanjang jalan banyak jumpa kereta lembu. Slow sikit 'trafik' bila bertembung lembu. Moo moo...

*********************

QUANZHOU, CHINA

Kilang supplier kitorang kat Quanzhou terletak betul-betul dalam kotaraya. Nak ke Quanzhou, kena terbang dari KL ke Xiamen, lepas tu dalam 2 jam lebih perjalanan kereta ke Quanzhou.

Di Quanzhou & Xiamen ada ramai orang kaya. Bila sebut orang kaya China, maksudnya kaya sangat ok. Kedua-dua bandar ni terletak dalam Fujian Province, China. Kedua-dua adalah zon industri, maka ramai la businessman menetap situ.

5 - 7 Disember 2016: Quanzhou - Masa pergi ni, cuaca sana tak sejuk sangat. Biasa-biasa ja.

5 - 7 Disember 2016: Quanzhou ni pun kurang sesak. Kurang jammed la. Bangunan tinggi-tinggi & bergemerlapan waktu malam. Gambar bawah sekali tu adalah masjid, tapi tak sempat singgah. Tengok dari jauh je. 

6 Disember 2016: Makan seafoods je kat sana. Minta diorang masak jangan campur benda-benda lain, khuatir gitu. Ada juga makan seafoods yang tak masak, boleh la hadam tapi tak puas la, macam makan sushi. Itu salamander tak boleh makan ye. Kalau boleh pun, memang aku takkan makan.

6 Disember 2016: Bersama dengan businessman China.

7 Disember 2016: Awal pagi dah gerak ke Xiamen Airport.

Ada sikit cerita masa balik tu. Aku balik Malaysia sorang-sorang sebab colleague fly ke tempat lain. Driver teksi China yang aku naik tu tak faham & tak reti cakap English. Sepanjang perjalanan dari Quanzhou ke Xiamen dalam 2 jam lebih masing-masing senyap.

Dah masuk bandar Xiamen, jalan sedikit sesak. Sampai satu traffic light, tetiba driver tu panggil aku yang duduk kat belakang. Dia nak tanya flight aku pukul berapa tapi tak reti cakap. Jadi dia tunjuk jam tangan, pastu buat gaya burung (goyang dua-dua tangan, lol), pastu buat gaya tangan kanan ke atas (maksud terbang ke atas), dengan sound effect sekali. Adoi tergelak aku. Aku jawab la sambil tunjuk jari nak bagitau departure time.

Aku kena turun kat Terminal 3 (T3) Xiamen Airport. Staf hotel dah bagitau siap-siap kat driver teksi tu supaya hantar aku ke T3. Dah dekat airport, boleh pula driver tu masuk jalan ikut signboard T4. Tak keruan la aku, berdebar, mampus kalau salah terminal. Aku bagitau la dia kena pergi ke T3, tunjuk 3 jari. Entah dia fahamkah tidak, sebab dia kira balik pakai jari dia. Adoi haha...

Dan akhirnya jalan yang dia ikut tu tembus ke T3 jugak. Lega aku bila nampak signboard T3. Pengajarannya, jangan pandang rendah pada driver teksi, diorang tahu nak ke mana! :)


*********************

HO CHI MINH, VIETNAM

Ni last oversea business trip aku sebelum gua said bye bye to employer! Awal tahun baru 2017 masa tu, maka terang-benderang la bandar Ho Chi Minh.

9 Januari 2017: Bandar Ho Chi Minh - Cantik suasana masa tu.

Supplier kitorang tu adalah company Jepun, maka ramai stafnya adalah Japanese. Aku dari Malaysia pun dengan manager Japanese. Sampai Ho Chi Minh dah petang, malam tu dinner dengan semua orang Jepun. Diorang sembang dalam Jepun, sekali-sekala cakap dengan aku. Awkward rasanya, banyak masa aku duduk diam.

9 Januari 2017: Cantik konsep restoran.

9 Januari 2017: Design lampu menarik.

9 Januari 2017: Nasi dalam lotus, tak silap nak bagi nasi tu wangi. Jadi vege aku masa ni.

Lepas dinner, suppliers bawa kitorang tengok night market. Alaa market yang ramai orang kita beli tudung Nealofa & jual kat Malaysia. Waktu tu pun ramai Malaysian tengah cari tudung. Aku perhatikan je gelagat diorang. Tapi betul la murah tudung kat sana.

9 Januari 2017: Night Market - Aku pun beli la beberapa tudung untuk family. Aku pilih ja ikut suka hati.

*********************

Berakhirlah trip kerja luar aku ke tempat asing. Walaupun kebanyakan trip sekejap-sekejap, tapi sedikit-sebanyak banyak budaya dan cara hidup orang lain yang boleh dipelajari dan difahami (ayat karangan SPM gitu).

Okay la, thanks sudi singgah sini.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...