Tuesday, July 2, 2013

KIL [2013]


Aku jarang bagi review movie Malaysia, sebab aku jarang tengok. Tak supportive langsung aku ni kan? Haha... Bukan apa, aku memilih sikit cerita Malaysia ni, faham-fahamlah kan? Tak paham? OK, abaikan.

Aku dah download & tonton filem KIL. Download??? Huh, betapa kejamnya diriku terhadap industri perfileman Malaysia! Memang sah tak supportive! Huhu... Aku nak tengok kat panggung hari tu, tapi missed it, seriously, ni pengakuan jujur dari hati. Khehehe... Korang jangan tiru ya, pergi beli DVD ori.

Filem ni start ditayangkan hujung Mei lepas. Jadi, kenapa aku yang dah ketinggalan zaman ni baru nak buat review? Tak apa la, boleh kira fresh lagi kan... Lagipun filem ni ada keunikannya tersendiri.


Filem KIL mengisahkan tentang Akil atau Kil (Redza Minhat) yang dilanda kemurungan sehingga tak bersemangat nak teruskan hidup. Dia cenderung untuk bunuh diri, malah dah try berkali-kali tapi semuanya gagal. OK, dah memanjang failed, dia cuba try bunuh diri melalui suatu agensi misteri yang menyediakan khidmat bunuh (khidmat tuu...) tanpa jangkaan individu atau klien tersebut. Kil takkan tahu siapa yang yang akan bunuh, bila & di mana dia akan dibunuh. Pelik, kan?


Nak dijadikan cerita, Kil jatuh hati pula pada Zara (Cristina Suzanne Stockstill), seorang gadis yang baru pindah di kawasan perumahannya. Zara seolah-olah menjadi semangat baru untuk Kil terus hidup, sehingga dia ragu-ragu untuk bunuh diri. Tapi Kil dah terikat dengan kontrak agensi misteri tersebut. So, apa kau mahukan sebenarnya Kil? Kejap nak mati, lepas tu tak nak pulak! Hah, kesudahannya? Aku tak mau story, nanti orang cakap aku kasi spoil  :p


Dari segi idea cerita, sememangnya ada kelainan, tak tipikal. 'Kau dah buat pilihan, then kau kena terimalah padahnya bila kau cuba nak berganjak balik.' Macam begitulah asas kepada elemen thriller dalam filem ni. Walaupun mungkin tak cukup strong, tapi the thrill feeling masih boleh dirasai.


Sebagai sebuah filem romantik saspen misteri, KIL boleh dikategorikan dalam tahap "Bagus" untuk sebuah filem Malaysia. Filem bertemakan misteri masih kurang kat Malaysia, kalau ada pun, just sekadar 'hurmm...boleh la...', tapi KIL dah naikkan taraf tu ke satu tahap yang lebih baik.


Ramai yang puji sinematografi filem ni. Bila aku tengok, sesuailah ramai yang puji, ternyata cantik! Seni pencahayaan & seni filem fotografi KIL memang mantap, sekaligus menjadi unsur 'penambah rasa' kepada filem ni. Cukup cukup awesome!


Lakonan bersahaja Redza Minhat & Cristina Suzanne pada aku boleh tahanlah. Diorang macam natural, seolah-olah kita tengok orang-orang biasa je depan kita tengah berbual. Aku anggap lakonan tu sebagai menjadi, relax je diorang. Good job!


Secara keseluruhannya, KIL ada kekuatan sendiri yang mampu menepis filem-filem Malaysia yang no value sangat, tapi nak untung banyak. Kejam gak ayat aku ni, tapi tak apa la, sometimes betul pun. Kalau nak compare dengan filem-filem luar negara yang baik, KIL mungkin ada beberapa kekurangan. Yang penting nafas keunikan tu wujud! Aku bagi 8/10 bintang. Well done!






Comments
11 Comments

11 comments:

  1. ermm.. best jugak bila terbaca entry ni.. order kat astro first je la gamaknye.. hihi

    ReplyDelete
  2. Blm tgk KIL nie..mcm best...tp xde chance lg nk tgk...p bile bace summary interest jgk..k,,nmpaknye must see..tq 4 the review !

    http://mashitahrosli.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. @Norhasniza Khalid
    best gk! try la order kt astro & watch..hehe :)

    ReplyDelete
  4. @mashitah binti rosli
    yup, try la to watch...download pn bole...sshhh, kalo nk download kena senyap2... :P

    ReplyDelete
  5. tak tgk ponggggggggggggggggggggg :(

    ReplyDelete
  6. Suke sgt bila Kil menang Filem Terbaik ASK 2013 sbb memang layak pun :)

    Jom Terjah : Tonton Filem KIL online Di Sini :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, setuju...memang layak KIL menang... Filem KIL unik, lain dr yg lain... :)

      Delete
  7. bagus jugak cara dia olah cerita tu bagi kita saspens,last2 terungkai juga pasal syarikat LAB tu.dan pasal ibu dan adik dia y accident tu.kan. hehe.lagi best kalau dia kaitkan dengan Islam sebab nak bunuh diri kan salah dari segi Islam. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup...pengolahan cerita best! byk misteri...setuju, kalau dia kaitkan byk sikit dgn Islam, mesti lagi mantap & high-value! :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...