Assalamualaikum
Salam sejahtera
Setelah beberapa bulan memegang tampuk pimpinan mahasiswa UMS, banyak perkara yang telah aku pelajari. Kalau aku ingatkan semula, aku rasa sangat bersyukur sebab aku sanggup buat keputusan yang mungkin boleh dikatakan last minute untuk bertanding menjadi MPPUMS09/10. Tapi akhirnya menang tanpa bertanding. Rasa sedih tu ada juga sebab bila bertanding, kita akan nampak siapa yang menyokong kita, siapa yang tidak sukakan kita, siapa yang peduli dan tak pedulikan kita. Dari situ, kita boleh nilai sedikit sebanyak diri kita di tahap mana. Tapi, aku percaya kepada Qada dan Qadar-NYA, setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya. Paling penting, aku dah berjaya menjadi ahli MPP.
Namun, berjaya menjadi ahli harus diikuti dengan kejayaan dalam melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Apa yang penting bagiku, fokuskan tugas dan seimbangkan dengan matlamat utama kita masuk universiti, iaitu belajar dan dapatkan segulung ijazah dengan cemerlang.
Sepanjang menjadi MPP ni, aku dapat lihat banyak perkara yang mewujudkan rasa sedih, geram, marah, gembira dan macam-macamlah. Apa yang paling aku jelas, ada sesetengah orang yang berpijak di muka Bumi ini yang tak gunakan akal fikiran dengan betul. Kadang-kala aku terfikir sejenak, orang-orang macam ni insan yang bernama MANUSIA-kah? Aku tak pastilah aku ni silap atau betul tapi aku dapat rasakan yang diorang ni pakai kepala lutut untuk berfikir. Bila punca pemikiran tu bukan dari tempat yang sepatutnya, percakapan yang diorang lontarkan pun boleh membuat orang yang gila jadi waras kerana orang gila akan berfikir, "Akukah yang gila atau orang ITU yang tidak waras?"
Masa kita masuk sekolah rendah, kita telah memulakan alam yang mana kita digelar sebagai pelajar. Masuk ke alam menengah, fikiran pelajar semakin berkembang. Alhamdulillah, dapat masuk universiti, kena belajar lagi untuk tingkatkan kualiti kita sebagai orang yang berilmu. Namun, bezanya insan yang berjaya melangkah ke menara gading digelar sebagai mahasiswa. Timbul satu persoalan, adakah gah mendapat title mahasiswa @ mahasiswi? Bila kita dah jadi mahasiswa, tak semestinya kita ni dah cukup 'ilmu',kononnya apa yang kita suarakan ni adalah betul dan harus dipandang. Kita kena sedarlah juga sebenarnya, cukup tinggikah ilmu kita ni? Dah cukup untuk membatasi orang yang dah berpengalaman dan lebih berpengetahuan daripada kita? Kalau suara tu berpunca daripada akal fikiran yang rasional, baguslah, boleh dipertimbangkan tapi kalau cakap main lepas tanpa menggunakan segala neuron-neuron kurniaan Tuhan di otak kita ni, tak payahlah membazir tenaga mulut kita untuk berkumat-kamit bercakap. Jangan buat silap besar dengan menganggap kita ni sangat pandai setelah bergelar sebagai mahasiswa. Apabila kita berkata tentang berfikir secara rasional, kita kena letakkan diri kita di semua aspek dan nilai keadaan dari setiap segi. Lepas itu, baru analisis perkara tersebut untuk mencapai penyelesaian kepada permasalahan yang telah timbul.
Nasihat saya kepada diri saya sendiri dan sesiapa yang sudi menerimanya, fikirlah sedalam-dalamnya sebelum membuat keputusan. Sebagai insan yang hidup di dunia sementara ini, majukanlah diri kita sendiri terlebih dahulu. Bila kita menjadi pelajar sekolah, kita kena belajar untuk mencapai kejayaan. Bila menjadi mahasiswa, kita kena terus belajar untuk mencapai puncak menara gading yang kita daki. Bila kita dah bekerja, kerjalah dengan produktif dan konsisten. Apabila diri kita dah mantap, kita boleh majukan negara dan bangsa kita kerana sesungguhnya punca kemajuan adalah rakyat yang berilmu dan produktif. Kepada yang bergelar sebagai mahasiswa/i terutamanya, ingatlah tujuan utama kita memasuki universiti. Kita harus menuntut ilmu dengan betul untuk menjadi lebih produktif dalam bidang yang telah kita ambil sekarang ni supaya apabila keluar nanti, kita boleh meningkatkan produktiviti negara dan bangsa. Dengan itu, dapatlah kita menjadi negara yang maju dari semua segi, baik daripada aspek politik, ekonomi, sosial, dan lain-lain lagi. Selepas itu, bolehlah kita mewujudkan rentak yang lebih efektif dalam menangani hal-hal global.
Inilah cetusan buah fikiran yang telah timbul selama aku menjadi ahli majlis. Walaupun banyak benda yang telah aku sedar dan lihat, tapi ini antara yang aku sangat peduli. Aku harap perjalanan aku yang seterusnya mampu membuka lagi minda aku dan seterusnya mematangkan diriku...InsyaALLAH...Amin...
Tweet
huhu..insyaallah....aminn
ReplyDelete