Showing posts with label Meru Klang. Show all posts
Showing posts with label Meru Klang. Show all posts

Monday, October 22, 2012

BBQ In Da' House!


Assalamualaikum & salam sejahtera

Aku duduk rumah bujang, provided by company. Kekadang hujung minggu tak ada benda mau buat, kalau rajin, masuk kerja ambil OT (kalau rajin ok, biasanya memang tak rajin, sayang owh nak musnahkan hujung minggu). Nak kata study, zaman belajar dah habis. Ceh, macamlah time zaman belajar jer kena study & macamlah time zaman belajar dulu, aku akan study kalau ada masa lapang  :p

Muncullah idea daripada segelintir penghuni yang selalu memikirkan pasal makan, "Jom buat BBQ!". Orang-orang yang arif dalam hal-hal M.A.K.A.N pun mengiyakan, "Ok ok, best gak tu!". Rasanya aku tergolong dalam kumpulan yang arif tu. Haha~

Kitorang buat BBQ dalam rumah je, saja mau buat asap bagi jiran-jiran sebelah (huh, jahat sungguh, makanan tak bagi pulak). Sebenarnya ni planning awal, 1st buat kat rumah dulu, next time buat dekat luar pula. Memang misi utama ni nak buat BBQ round 1 Malaysia, 'Jalan-jalan Buat BBQ'. LOL.

Kawasan depan rumah. Motor & kereta dialihkan untuk memberi laluan kepada pembakaran ayam terbuka. 

Dengan bantuan 4 orang pekerja + 1 tenaga mesin (kipas), terhasillah ayam-ayam yang tak sure-lah dah masak ker belum. Aku jadi cameraman + mandur dalam situasi ini, "Angkat-angkat, ayam dah hangus!". Bukan nak tolong, kan?

Dah siap! Macam-macam ada! Ayam, ikan, udang, sotong dan lain-lagi yang korang boleh lihat dengan mata kasar. Rasa pun macam-macam, manis, masin, masam, pahit, pedas, hangit & hangus, yeah!

Tadi gambar makanan, gambar ni pula menunjukkan si tukang-tukang makan.
Ok, it's time untuk tengok final bola, ATM VS Kelantan.

Nampak cool jer! Bajet candid...  :p

Nampak tak betapa excited + cemasnya diorang tengok bola. Kakaka~

Saja letak gambar ni, nak tunjukkan signboard tu, nampak tak?
"Tolong Jaga Kebersihan Tempat Ini".
Dalam rumah pun kitorang letak tau. Siapa jadi penghuni & tetamu, itulah syaratnya.
Nak cakap kepada tetamu, "Buatlah macam rumah sendiri" memang tak boleh, nanti lain jadinya.
Huh, pessimistic betul terhadap tetamu. Haha~

Tengok bola, tengok gak, tapi makanan kena abiskan!

Happy budak Kelate dengan kemenangan Kelantan, jelas terserlah di wajah diorang.
Anyway, tahniah Kelantan!


p/s: Korang ada cadangan tempat untuk buat BBQ?? :p




Saturday, March 10, 2012

Sedapnya Aroi Tomyam



Assalamualaikum & salam sejahtera~

Tadi aku dengan housemates aku pergi makan kat kedai yang 1st time kitorang masuk, kat area Kapar. Nama kedai tu adalah Aroi Tomyam. Akak yang ambik order tu bagitau makanan yang special kat situ adalah Pok Tek Aroi Tomyam, so kitorang pun order satu tomyam untuk 3 orang. Then, order satu telur bistik. 

Inilah kedai Aroi Tomyam tu, gambaran dari tepi 

Fuh, bila order dah sampai & start makan, memang kitorang rasa macam berada di awangan. Sangat sedap beb~ Tomyam & telur bistik tu memang mantap! Rasa macam nak makan sekali pinggan mangkuk makanan tu. Haha~ Tapi memang seriously sedap. Kira kitorang tak rugilah pergi makan kat situ. 

Ni Pok Tek Aroi Tomyam yang dah dilahap separuh oleh kitorang 

Yang ni pula telur bistik yang bukan berwajah asal ya, dah dilahap separuh gak. 

Adoi, apa kenalah kau ni Ammar? Terkejut beruk tengok ketam tu. Takpa, layan je dia ni since hari ni his last working day, tu sebab excited habis. Pasni bestlah dia, hurm~ 

Ceh, dua orang ni control macho pulak. Eh, aku kutuk diri sendiri ker? Ish ish ish~ :p



Sunday, March 4, 2012

Kisah 3 Mac 2012



Assalamualaikum & salam sejahtera~

Semalam (3/3/12), my housemate, Aziedi Azlan ajak pegi tengok wayang kat Pavilion KL since dia pun nak upgrade handphone kat Low Yat. So, aku dengan last minute-nya ajak my ex-coursemates & nasib baik 3 orang jadi join, SyraSuzana, & Ada. Kitorang decide untuk tonton filem This Means War, cerita romantic comedy action. Walaupun lambat masuk 10 minit, still boleh catch-up lagi cerita tu. Kenapa lambat masuk? Hah, 3 orang ladies tu sesat on the way ke Pavilion. Yela, ikut jalan baru, kan Syra? Hehe~

Sepanjang tengok movie tu, adoi memang tak boleh tahan perut. Asyik ketawa memanjang, nasib baik panggung tak pecah dengan gelak manusia dalam tu. Apapun, movie tu memang best & gila-gila lawak. 


After that, of course-lah kena isi perut yang dah kembang-kempis sepanjang tengok movie. So, kitorang yang dah lama tak jumpa ni bual-bual, tanya khabar masing-masing & mengimbau cerita-cerita lama time zaman study dulu. Haish, dah datang balik kerinduan student life. Kesian Edi terpaksa mendengar cerita & gelak kitorang semalam. Hehe~

Then, aku & Edi sampai Meru Klang dalam pukul 12.30 am gara-gara keadaan KL yang sesak. Memang sangat ngantuk time tu, kalau boleh, nak landing terus atas lantai rumah. Tapi memang malang, kitorang tak bawa kunci rumah & sorang je housemate yang ada di dalam rumah time tu, Fairuz. Ketuk-ketuk pintu & jerit-jerit adalah usaha gigih yang kami buat tengah malam tu. Tapi memang tak berbalas sebab budak tu dah mula 'bermimpi indah'. Jiran sebelah yang buka pintu. Ish, ish, ish, malu jugak~

Fikir punya fikir, ok jom panjat atap rumah. Aku tak naiklah, Edi yang pegi naik semata-mata kejutkan si Fairuz ni. Akhirnya, mestilah happy ending, kan? Fairuz berjaya dikejutkan dari 'membuat peta' & buka pintu untuk kitorang. Nasib baik yang tukang panjat ni pun selamat. Kiranya Edi ada potensi untuk pecah masuk rumah orang, so hati-hati dengan orang ni ya. Haha~

Macam gambar pencuri nak pecah masuk rumah, kan? Haha~


Usaha gigih seorang pemuda untuk masuk ke rumah. Thank you very much, Edi. :p



Friday, March 2, 2012

Mencari Si Puyuh

         

Malam ni seperti malam biasa, aku & housemates aku makan luar. Walaupun dapur dah provided, still malas nak masak sendiri. Kira makan luar ni adalah rutin harian kitoranglah. Mula-mula kena decide nak makan kat mana, so aku bagitau yang aku nak makan burung puyuh. Aku tak pernah makan, tiba-tiba ada keinginan pula malam ni untuk try puyuh. 

Pergi ke 1st restoran yang jual puyuh, malangnya tutup. Punah harapan, pergi ke satu restoran lagi tapi tu pun tutup juga. Last, pergi ke kedai tempat biasa kitorang makan. Waiter restoran tu bagitau yang diorang ada jual puyuh, then selera aku untuk puyuh tu datang balik. Malang kali kedua, lepas lebih kurang 3 minit tunggu, brother waiter tu datang balik bagitau yang puyuh habis. Adus, terpaksa order nasi goreng. Tiada rezeki nak merasa puyuh malam ni.

Kat bawah ni adalah gambar orang-orang yang happy. Yang kurang happy & sedikit kecewa adalah orang yang ambil gambar. Hehe~ Actually aku happy je~

Ini my roommate, Ammar Farhan. Bukan wajah sebenar, dia hanya 'melakonkan' watak burung puyuh. Dialah juga yang jadi driver kami time pergi makan tadi. Thanks Ammar~


Uish, seriusnya wajah-wajah di atas tu. Baju hitam tu adalah Fairuz & baju coklat tu adalah Anuar. Diorang control sikit dalam gambar. Hehe~ Kesian diorang ni, esok Sabtu kena kerja. Rajin & bersemangat, kan? Padahal tension.


1, 2, 3, pose! Ni background paling 'cantik', iaitu car park. Haha~ Yang ni after beli barang kat Tesco. Entah barang apa yang dibeli, aku pun tak tau. Aku cuma beli double tape untuk almari aku yang dah condong tu & majalah Knowledge yang entah bila aku nak baca. :p






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...