Showing posts with label Family First. Show all posts
Showing posts with label Family First. Show all posts

Sunday, October 7, 2012

Aidilfitri 2012: Menjejak Suan Lamba, Sabah


Assalamualaikum & salam sejahtera

Guys, izinkan aku undurkan masa untuk story pasal Raya Aidilfitri yang lepas. Time Raya Ke-4 hari tu, kitorang se-family balik kampung kat Suan Lamba, Kinabatangan, Sabah. Kubur kedua-dua arwah atuk aku (sebelah mak & ayah) kat situ, jadi setiap Aidilfitri, kitorang akan pergi ziarah. Lebih spesifik lagi, nama tempat tu adalah Kg. Buang Sayang (Tapi aku masih tak tahu secara sahih kenapa nama kampung tu begitu).

Rumah arwah atuk aku (sebelah mak) dulu kat situ tapi sekarang dah roboh since tiada orang yang duduk. Kitorang sekeluarga pula duduk kat Suan Lamba ni hanya sampai umur aku 5 tahun, then kitorang berpindah ke kampung yang sekarang, iaitu kat Sandakan.

Balik ke Suan Lamba ni memang best time raya, kena lagi satu family dapat kumpul semua, sempatlah mengimbau kenangan-kenangan masa kecik, cuma keadaan di situ dah berubah habis. Yela, mana ada benda yang kekal, kan? Time has changed everything. Anyway, Buang Sayang memang cantik, yeah! :)

Time aku snap gambar ni, aku tengah berdiri kat jeti Buang Sayang. Seberang tu dikenali sebagai Manggis, kat situlah kubur arwah kedua-dua atuk aku. Dulu ada banyak rumah kat situ termasuklah rumah arwah atuk, sekarang tinggal satu rumah je bertahan.

Kawasan sekeliling adalah hutan bakau. Dulu time kecik, kitorang adik-beradik selalu join nenek & ayahku masuk hutan bakau cari siput. Memang excited kalau pergi cari siput, best! Next time aku story pula pasal 'misi menjejaki siput' ye.

Ni kawasan seberang iaitu Manggis dari jarak dekat. Snap gambar dari atas bot.

Ok, dah sampai seberang. Lepas ziarah kubur, kitorang round-round pula kawasan yang dulu meninggalkan banyak kenangan. Ceh, sentimental pulak.

Hah, inilah rumah arwah atuk aku. Dah roboh habis tau.

Ni pula kawasan belakang rumah tu. Erm, belakang rumah yang dah roboh pun nak posing, ish3. Dulu time rumah ni ada, tak sempat nak ambik gambar kat sini, so this was the right time. Haha~

Tiang-tiang kayu tu dulunya adalah jambatan yang menghubungkan satu rumah ke rumah yang lain. Kadang ianya dijadikan tempat untuk mengasah bakat bidang terjun & kadang dijadikan tempat ala-ala balapan. LOL

Ni pula masjid yang dah terbiar. Sayang gak, kan?

Penat budak-budak ni posing atas kayu balak, aku ambik la gambar diorang. Nanti ada yang merajuk masuk bakau taknak balik. 

Balik! Balik! Nak bye-bye boleh, goyang-goyang bot tak boleh.

Ni 2nd trip balik, since satu bot tak muat semua orang sekali.

Antara rumah kat Buang Sayang. Btw, bendera tu yang mahal sebenarnya. Hehe~



Jom undur masa ke 17 tahun lepas pula, tahun 1995. Ni gambar raya kat rumah arwah atuk aku tu. Time tu kitorang sambut raya kat situ.

Me, my uncle, bro, sis & cousins. Masa ni umur aku 7 tahun.

Ni ruang tamu rumah tu dulu. Tetiba rindu pula kenangan masa kecik, masa zaman-zaman innocent. :D

Ambik gambar di hujung jambatan depan rumah. Time ni aku berbangga dapat bergambar di hujung jambatan. Antara pencapaian terbaik masa umur 7 tahun. Haha~





Saturday, September 1, 2012

Ringkasan Cerita Aidilfitri 2012


Assalamualaikum semua~

Sebelum ni, kita semua busy dengan Hari Raya Aidilfitri kan? That's why la aku pun tak update blog. Ya aku tau, bukannya korang kisah pun aku update atau tak. Banyak gak aku nak story pasal raya ni tapi nanti-nantilah aku post pasal raya secara 'detail'. 

Raya tahun ni memang sangat efficient bagi aku (entah betulkah term efficient aku pakai dalam ayat ni). Kenapa aku cakap efficient, sebab banyak tempat jauh aku pergi. First, of course-lah aku berhari raya di kampung halaman aku, iaitu Sandakan, Sabah. Pergi beraya ke rumah saudara-mara & kawan-kawan sekampung as usual. Apa yang best-nya, tahun ni kitorang 1 family dapat kumpul semua sekali. Tahun-tahun sebelum ni ada yang tak balik kampung. Tahun ni aku yang paling lambat pulang kampung, raya pertama baru balik kampung tau.


Then, kitorang 1 family ada pergi ke kampung Suan Lamba, Kinabatangan Sabah. Tempat ni lebih kurang 1 jam perjalanan dari rumah. Ni antara tempat yang membesarkan aku sebelum berpindah ke kampung yang sekarang. Di sini, kitorang menziarah kubur arwah atuk di samping berkunjung ke rumah saudara-mara gak. Actually tiap tahun pun memang ke sini. Pergi sini, mesti terkenang & rindu kenangan time kecik dulu. Best!


Lepas tu, aku ada pergi ke Kota Kinabalu (KK), Sabah untuk meminta duit raya kepada kawan-kawan di sana. Still tak dapat gak, haha~ Takdelah, aku saja jalan-jalan dan jumpa member masa study kat UMS dulu. Perjalanan dari rumahku ke KK ambil masa 5-6 jam. Di KK ni, aku dengan member-member keluar, jumpa, bual, makan, nyanyi, tonton movie dan berhari raya ke Papar, Sabah. Kiranya buat simple reunion-lah.


Next, parent aku bawa pergi ke Pitas Kudat, Sabah. Ni tempat saudara-mara sebelah mak aku, aku tak berapa kenal sangat. Yang aku kenal sangat, mak cik aku je. Last time aku pergi kampung tu adalah pada tahun 2001, yalah dulu jalan ke sana sangat jauh & tak berapa ok, sekarang ni ada jalan baru, dalam 4-5 jam saja perjalanan dari rumah. Actually parent aku selalu pergi cuma aku yang sebelum-sebelum ni tak berkesempatan ikut. 


Aku puas hati dengan hari raya tahun ni. Lagi satu sebab dah berbulan aku tak jumpa family sejak kerja kat Semenanjung. Harap lepas ni ada peluang balik ke Sabah selalu.

Anyway, selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin :)



Friday, February 24, 2012

Muazzam Shah


                    Assalamualaikum & salam sejahtera~

Kali ni aku mau story about my first nephew, Muazzam Shah bin Mohd Asri, son of my big sister. Dia dilahirkan tahun lepas bertarikh 11 April 2011, time tu aku masih belajar lagi di UMS. Bila mak aku call bagitau yang baby ni lahir, rasa happy gilalah, yalah, first time merasa jadi uncle. Rasa tak sabar nak jumpa baby tu after dapat call.

Satu lagi apa yang buat aku rasa gembira & takjub ialah timbulnya bentuk kalimah ALLAH di telinga my nephew. Subhanallah. Syukur Alhamdulillah. Semoga my nephew membesar sebagai anak yang soleh. InsyaAllah~


Ada bentuk kalimah ALLAH, kan? Subhanallah. Maybe, bila dah makin besar, bentuk tu akan hilang slowly sebab rasanya sekarang pun dah tak berapa jelas.


Dulu time aku jaga dia ni, memang cerewet juga budak ni. Asyik-asyik minta kena angkat ataupun didukungkan. Kadang-kadang nak dibawa berjalan-jalan. Dia pakai bahasa 'tangisan'-lah since masih tak reti berbahasa ayat. Kadang-kadang bersusah payah aku mau buat dia ketawa, tapi selalu failed. Adik-adiku selalu berjaya.
Apa kena dengan aku ya? Hurm...


Yang ni masa dia dah umur lebih kurang 6-7 bulan. Dah cerewet da time ni. Hehe~


Rindulah dengan my nephew ni, dah dua bulan aku tak jumpa. Dengar-dengar sekarang dah boleh berjalan sikit-sikit. Masa aku pergi dari rumah dulu, budak tu hanya reti meniarap. Takpa, usaha tangga kejayaan. All the best my nephew. Haha~


My nephew and I


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...