Showing posts with label This Means War 2012. Show all posts
Showing posts with label This Means War 2012. Show all posts

Wednesday, March 7, 2012

This Means War [2012]



Dah tonton filem This Means War? Hari tu tonton movie ni dengan my members, kitorang & semua orang dalam panggung tergelak habis-habisan dari mula sampai habis. 
Super duper lawak. Haha~ Pecah perut!


This Means War adalah filem romantik komedi aksi yang dilakonkan oleh popular actor & actress, iaitu Reese Witherspoon (Legally Blonde, 2001), Chris Pine (Star Trek, 2009), & Tom Hardy (Inception, 2010). Plot cerita simple je, dua ejen CIA yang macho & sememangnya besfren berebut untuk memenangi hati seorang pompuan. Mula-mula diorang tak perasan yang diorang dating pompuan yang sama, tapi lepas dah tau, masing-masing bersaing dengan cara yang ekstrem untuk dapatkan pompuan tu. Cara nak pikat tu bukan cara biasa ya, tapi ekstrem. Apa yang berlaku sepanjang 'proses' untuk memenangi hati pompuan tu yang benar-benar memecahkan perut kita.

Besfren yang jadi tak sebulu

Pelbagai taktik CIA digunakan oleh dua orang mamat tu tanpa pengetahuan si pompuan. Si pompuan ni pun naik pening untuk pilih yang mana satu. The best part, iaitu yang paling lawak bagi aku adalah scene dalam bilik lukisan. Nak tau apa yang berlaku dalam scene tu, kenalah tengok kat panggung. Hehe~

Taktik mengayat pompuan dalam kedai CD

Pemilihan pelakon memang terbaik sebab kesemua pelakon berjaya bawa watak dalam adegan-adegan lucu sebegini. Lagipun diorang sebelum ni memang pernah muncul dalam filem-filem lawak yang best; Reese Witherspoon dalam filem Legally Blonde, Chris Pine dalam Just My Luck, dan Tom Hardy dalam RocknRolla.

Perkembangan plot ni agak ringkas sedikit, so jangan mengharap untuk lihat scene-scene yang menangkap emosi jiwa dalaman penonton. Ia sememangnya dipenuhi dengan scene lawak semata-mata. Jika scene drama ditambahkan lagi dan digarap dengan lebih baik, confirm filem ni lagi best. 

Cara extreme untuk pikat gadis

Tom Hardy dalam awal-awal filem dah ditunjukkan sebagai seorang duda yang gagal dalam perkahwinannya. That's why-lah dia try nak cari yang baru. Rasanya lebih baik jika kisah perceraian si Tom Hardy ni diceritakan detail sedikit agar penonton dapat merasa 'gangguan jiwa' watak mamat ni. Kalau korang dah tengok filem ni, mungkin akan bersetuju kenapa kisah perceraian tu perlu di-detail-kan sedikit. 

Lagi satu, aksi antara dua ejen CIA ni dengan seorang musuh besar diorang boleh dikatakan best, tapi kalau aksi tersebut ditambah lagi, confirm lagi terbaik.
More action, more satisfaction. Hehe~

Best action!

Anyway, bagi aku secara overall, filem ni memang santai, simple, dan best! Harus korang tonton. Aku bagi rating untuk filem ni adalah 7/10. Kalau korang nak tau siapa yang berjaya memenangi hati pompuan tu, kenalah tonton sendiri di pawagam.

Siapa yang dapat pompuan ni? Entah, haha~


Sunday, March 4, 2012

Kisah 3 Mac 2012



Assalamualaikum & salam sejahtera~

Semalam (3/3/12), my housemate, Aziedi Azlan ajak pegi tengok wayang kat Pavilion KL since dia pun nak upgrade handphone kat Low Yat. So, aku dengan last minute-nya ajak my ex-coursemates & nasib baik 3 orang jadi join, SyraSuzana, & Ada. Kitorang decide untuk tonton filem This Means War, cerita romantic comedy action. Walaupun lambat masuk 10 minit, still boleh catch-up lagi cerita tu. Kenapa lambat masuk? Hah, 3 orang ladies tu sesat on the way ke Pavilion. Yela, ikut jalan baru, kan Syra? Hehe~

Sepanjang tengok movie tu, adoi memang tak boleh tahan perut. Asyik ketawa memanjang, nasib baik panggung tak pecah dengan gelak manusia dalam tu. Apapun, movie tu memang best & gila-gila lawak. 


After that, of course-lah kena isi perut yang dah kembang-kempis sepanjang tengok movie. So, kitorang yang dah lama tak jumpa ni bual-bual, tanya khabar masing-masing & mengimbau cerita-cerita lama time zaman study dulu. Haish, dah datang balik kerinduan student life. Kesian Edi terpaksa mendengar cerita & gelak kitorang semalam. Hehe~

Then, aku & Edi sampai Meru Klang dalam pukul 12.30 am gara-gara keadaan KL yang sesak. Memang sangat ngantuk time tu, kalau boleh, nak landing terus atas lantai rumah. Tapi memang malang, kitorang tak bawa kunci rumah & sorang je housemate yang ada di dalam rumah time tu, Fairuz. Ketuk-ketuk pintu & jerit-jerit adalah usaha gigih yang kami buat tengah malam tu. Tapi memang tak berbalas sebab budak tu dah mula 'bermimpi indah'. Jiran sebelah yang buka pintu. Ish, ish, ish, malu jugak~

Fikir punya fikir, ok jom panjat atap rumah. Aku tak naiklah, Edi yang pegi naik semata-mata kejutkan si Fairuz ni. Akhirnya, mestilah happy ending, kan? Fairuz berjaya dikejutkan dari 'membuat peta' & buka pintu untuk kitorang. Nasib baik yang tukang panjat ni pun selamat. Kiranya Edi ada potensi untuk pecah masuk rumah orang, so hati-hati dengan orang ni ya. Haha~

Macam gambar pencuri nak pecah masuk rumah, kan? Haha~


Usaha gigih seorang pemuda untuk masuk ke rumah. Thank you very much, Edi. :p



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...