Showing posts with label My Past Campus Life. Show all posts
Showing posts with label My Past Campus Life. Show all posts

Sunday, May 19, 2013

Sem 6 - Picnic @ Sungai Kibunut [11.05.2011]


Ni adalah special picnic sebab ia adalah last reunion of our batch before tamat study & split. Adat pertemuan, pasti ada perpisahan, so kenalah abadikan ia dengan kenangan indah (ayat macam jiwang pulak). Nak sangat kenangan indah, kenalah cari tempat yang indah gak.

Banyak kawasan Sabah ni yang orang tak tahu sangat, aku pun tak tahu kewujudan Sungai Kibunut sehinggalah masa tu. Tengok sungai tu for the first time, timbul rasa kagum, Subhanallah. View yang cantik, air yang sedap untuk mandi, seriously cooool~ 


Cantik tak? Ya, ciptaan Allah memang cantik, selagi manusia tak rosakkannya. So elakkan buat pembedahan plastik, eh? Tetiba tersasul  :p

Kitorang booked tempat ni for fully 1 day, penjajahan sementara. Orang lain masuk dihalau serta-merta, "Nyah kau dari sini!" Ibarat menghalau penceroboh Sulu keluar.

Actually tiada orang lain pun, cuma orang-orang kampung situ yang datang & showed bakat terjunan diorang setinggi 4-6 meter, I guess. Tapi gila seram tengok, tinggi kot, dengan tebing-tebing batu dekat tepi, huhu... nasib baik diorang dah biasa. Kitorang tak berani try. Nahas nanti.

Hurm, ni mesti bajet yang kononnya ni adalah posing ter-hensem dalam sejarah Sungai Kibunut  :p

Relax sungguh. Datang awal pagi, breakfast dulu, sandwich time. Tengahari pula BBQ. After mandi-manda, rehat-rehat jap sebelum continued to the next swimming round.

Ok, mandi-manda time. Air sungai ni sangat sejuk & cantik.

Splash! Splash! Splash!
Suka diorang ni ambil gambar lompat-lompat dalam air.
Macam paus belajar berenang pun ada, bwahaha....

Ni saja tempat tertinggi kitorang boleh lompat, ketinggian 2 meter rasanya.
Bak pepatah orang Cannibal Amazon, "Ibarat tarzan jumpa air".


Ada orang memancing time tu. Mesti pak cik ni bengang dengan kitorang yang lompat sana, lompat sini. Ikan pun blah.  Sorry pak cik, kitorang pun manusia gak, ada hati & perasaan yang excited tak boleh nak kawal. Hehe~ Nasib baik dia tak swing mata kail tu kat kitorang, pancing sorang-sorang sebagai ganti  :p
Ala, actually pak cik ni baik & ok je time tu.

Ada certain sides yang batu-batu sungai bersaiz besar. So, kawasan kat situ deras mau mampus (hiperbola sangat ayat). Ni kerja gila la ni nak melawan arus, pastu tersangkut di situ. Yang lain datang tolong selamatkan, lepas tu semua tergelak-gelak. Normal la tu, korang tengok kawan korang jatuh, gelak dulu baru tolong kan, lepas tolong sambung gelak balik. Haha~ BTW, after that, kitorang pun conquered kawasan ni, best gak main hanyut-hanyut oleh arus deras.

Ada certain sides pula yang sangat dalam. Boleh nampak banyak ikan kat kawasan tu.

Bila dah sangat kesejukan, naik atas jap. Nasib baik masih kenal rasa sejuk & penat, kan? Haha...

Memang best! Enjoy to the fullest!

Posing maut dulu sebelum chow balik.

Since ni adalah last aktiviti before semua split & mencari hala tuju dunia masing-masing, ada sesi bertukar hadiah & bermaaf-maafan. Senang cakap, touchy session.  Huhu...


Jangan risau semua, ada masa, boleh jumpa lagi & lepak-lepak sekali.
All the best untuk kitorang semua!
Semoga semua sentiasa berjaya. Amin~




Wednesday, May 15, 2013

Sem 6 - UMS Biotechnology Night [09.04.2011]


OK, as usual, setiap course mesti ada malam Dinner-nya. Macam tu la juga bebudak Biotech. Kitorang sebagai final year student waktu tu, menjadi planner & performer for the Dinner. Disebabkan tu adalah last dinner before tamat degree, so kitorang beria-ria untuk buat sehabis baik.

Alhamdulillah, memang selesai dengan jayanya. Kitorang berpuas hati sebab semua sporting, buat benda yang tak pernah terfikir nak buat. Bantai saja, yang penting hasil gempak! Ehem, lecturers pun puji dinner kitorang (kembang hidung kejap), budak final year buat macam-macam; menari walaupun bukan semua reti, menyanyi walaupun suara takde la sedap sangat & paling kelakar, lakon & tiru gaya lecturers. Ahakz~

Persembahan pembukaan, tarian tradisional. Hiraukan kalau pakaian tak kena sangat, kau ingat ni Malam  Anugerah Bintang Popular, nak tukar-tukar baju. Haha~

Perasmian Biotechnology Night 2011 & Launching of Biotechnology Club.
Kat tengah tu adalah ketua program Biotech UMS, Dr. Ivy.

Then, 3 jejaka yang terhangat ni (hangat la sangat) menyampaikan persembahan nyanyian akustik. Lagu 'All About You' by McFly. Siapa 'you' yang dimaksudkan, yang tu kita tak tau. Hehe~

K-pop dance by Bio-ladies. Hah, jangan ingat diorang ni study memanjang, layan K-pop gak.
Good try kawan-kawan!

Oh, sampai turn aku untuk menyumbangkan suara yang tak sedap ni. Nervous giler time ni sampai aku lupa lirik masa 1st verse. Aiyoo, penat je praktis. Nak tau lagu apa aku dengan cewek ni nyanyi? 'Kalau Berpacaran' ok... Lagu Suhaimi Mior Hassan & Ana Raffali tu. Aku pun tak expect yang aku sanggup 'berlakon menggatal' dalam persembahan ni. Sporting tak aku? Haha~

Another K-Pop dance, lagu Super Junior. Hah, budak lelaki pun kaki K-Pop gak. Memang rajin diorang praktis, hasilnya memang mantap. Janganlah expect tarian sehebat pro. Anggap orang yang baru belajar menari & then perform sehabis baik. That's why la aku cakap kitorang ni semua sporting. Eh jap, exclude aku dalam hal ni, tak mau join dancing.





Ni antara 'pelakon-pelakon' yang berjaya buat semua orang gelak. Hari-hari tengok gaya/style lecturers mengajar dalam kelas/kuliah. Apa perasaannya bila tengok member-member kita 'terjemahkan' style tu dalam persembahan lakonan? Haha~ sebijik diorang buat. Actually this one adalah persembahan 'Guess Who?'. Diorang tiru gaya lecturers, then lecturer & student kena teka siapa 'lecturer' tersebut. Well done!



Dah gelak-gelak tadi, kenalah ada part yang touching pula. Kitorang ramai-ramai nyanyikan lagu 'You Raise Me Up' by Josh Groban to all beloved lecturers. Sedih gak...huhu~


Tak boleh nak touching lama-lama, so kena set happy mood balik. Jadi ramai-ramai kitorang nyanyi & ber-sumazau (walaupun ada yang tak menjadi, termasuklah aku), dengan lagu 'Anak Kampung' by Jimmy Palikat. Kitorang ajak & tarik lecturers join sekali!


Warna-warni Biotech Nite.
Warna putih melambangkan 'Kesucian' & warna biru melambangkan 'Perpaduan'.
Sangatlah diorang mengaplikasikan warna-warna Jalur Gemilang. Ahaks, gurau jap  :p
Semua orang lawa-lawa malam tu.



With lecturers. Yeah, semua pun mantap!



Kengkawan biotek

UMS Biotechnology batch 2008/2011, with lecturers


Biotech family: Lecturers + our batch + juniors









Sunday, May 12, 2013

Sem 6 - Rafting @ Sungai Padas [12.03.2011]


Salah 1 aktiviti extreme di Sabah adalah rafting. Rafting di Sungai Padas boleh tahan mencabar, derasnya sungai tu boleh dikategorikan sehingga Level 3 & 4. Kalau hujan lebat sangat, kederasan boleh mencecah Level 5 & di tahap tu, aktiviti rafting kena stop dulu. Ini berdasarkan info from rafting agent.

Ada empangan kat sungai ni, empangan tutup pun, arus still deras lagi, apatah lagi kalau dibuka. Huhu...
Btw, pemandangan pun cantik, kan?

Apa yang best sebenarnya? :
1 - Naik bas from Kota Kinabalu to Stesen Keretapi Tenom. So, sempatlah menikmati bukit & gaung di tepi-tepi jalan. Bunyi macam seram pulak...wahaha~
2 - Then naik keretapi lama yang classic. Laluan keretapi pun best, bukit-bukau & sungai kat tepi laluan.
3 - Of course rafting yang dinantikan. Time ni adalah kali pertama aku rafting, bersama geng UMS. Masa tu hujan, so air sungai sedikit deras. Mula-mula tengok arus sungai tu, "Mak aih, boleh lepaskah ni?" Deras giler tau~

Classic...memang best naik keretapi ni. Korang janganlah harap servis macam komuter pulak.

Tapi kitorang jeles dengan diorang ni, sebab naik keretapi jenis tu lagi best!
Owh ni group lain, but still UMS students.

Ringkasan perjalanan:
Kota Kinabalu >>> naik bas >>> Stesen Keretapi Tenom >>> naik keretapi >>> Pangi (starting point) >>> rafting sepanjang 10km >>> Rayoh (middle checkpoint) - lunch >>> rafting sepanjang 9km >>> Halogilat (end point) >>> naik keretapi >>> Beaufort >>> naik bas >>> Kota Kinabalu

Indahnya pemandangan. Siap masuk terowong lagi.

Kitorang rafting sejauh 19 km, gila kan? Lebih kurang 3 jam lebih atas bot. Tapi rasa kejap je, yela arus deras kan... Tapi sekarang (tahun 2013 ni) route dah lain, rasanya rafting hanya 10km, dan time banyak kat atas keretapi. Ni based on survey aku baru-baru ni.

This is our team, 32 orang semuanya. Kat starting point ni, kena dengar dulu langkah-langkah keselamatan, how to survive (ceh, ayat pun extreme) & how to save orang yang hanyut. Masa dengar tu, dah start rasa nervous. Apapun, paling penting, baca doa dulu sebelum start.

Team kitorang dibahagikan kepada 4 boats (8 orang per boat), tapi aku tak simpan picture untuk the 4th one. Jom tengok setiap team berhempas pulas untuk lepas daripada halangan. Halangan pun ada macam-macam tau, siap ada nama lagi; Head Hunter, Big Cobra, Washing Machine, Big Momma, etc.

Nak selamat, kena dayung sekuat hati dan seiringan dengan semua member dalam bot. Main-main kat atas bot tu, akan jatuhlah korang ke dalam sungai, tak pun paling mantap, bot akan terbalik. Enjoy, enjoy juga ya, tapi kena serius & paling penting, teamwork.


1st boat (bot aku):
Ni di saat permulaan, masih fresh lagi.

Aku nak tunjuk yang anak panah tu sebenarnya. Masa ni cameraman snap gambar bot ni, team lain, tapi kelihatan kitorang gak yang tengah terkapai-kapai kelemasan. Haha... kan aku cakap kena serius, jangan nak gelak-gelak sangat. Tak kuat kayuh, memang jatuh. Empat orang from our boat termasuklah aku, dihanyutkan arus deras. Takut gila wei, aku nak follow safety instruction yang diajar tu pun tak berjaya. Nak berenang, hurm, tak payah cakap, memang kalah dengan arus deras. Bila hanyut sampai ke bahagian yang arus dah slow, baru ada bot lain yang selamatkan kitorang. Kitorang memang dah tercungap-cungap, pucat. Apapun, memang satu pengalaman yang best, seriously! 

Menempuh salah satu cabaran, semua muka kencang. Ambik kau! Belajar daripada pengalaman tadi, kena kayuh kuat, so kitorang pun berjaya lepas.


Victory is ours, yeah!!!


2nd boat:
Wah, happy-nya diorang. Sebelum start halangan.

Tengok sequence gambar ni, memang best! First, arus besar datang, so kena dayung sekuat tenaga. Dayung lagi, dayung lagi, lagi & lagi, akhirnya lepas. Bot diorang berjaya naik balik.

Huhu...besarnya arus tu...


3rd boat:
Di awal waktu sebelum masing-masing berpecah. Cerita diorang ni pun best gak.

Betapa semangatnya anak-anak jati Malaysia ni merentasi halangan. Ahaks... Di pertengahan, bot diorang ni koyak tau, fuuh, seram. Semua kena terjun keluar. Bila tengok bot diorang, orangnya dalam air, tinggal tangan je berpaut pada bot. Kesian, kesian, terpaksalah kemudiannya diorang dipecahkan dan dibahagi-bahagikan kepada bot lain. Aku amat bersimpati...  :p


Basah tu sudah pasti, tak payah nak takut-takut air time ni. Sejuk tu pun memang pasti, apatah lagi kalau time tu hari hujan.


Setelah selesai:

Sampai ke end-point, bersihkan badan kejap & bersantai menunggu keretapi.

Yeah, sampai pun si naga besi. Jadi, apa lagi chow la~


Kenangan rafting ni memang best! Full of excitement & challenges~
Alhamdulillah...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...