Showing posts with label Review - Songs. Show all posts
Showing posts with label Review - Songs. Show all posts

Monday, January 19, 2015

Haloo... Apa Khabar ?


Disebabkan ni adalah 1st post tahun 2015 ni, aku nak tanya, APA KHABAR semuaaa... :)

Yep ramai tak puas hati sekarang ni bila ditanya Apa Khabar? Haha... Kenapakah? Rilek la wei, AJL tu cuma pertandingan la, kita sebagai penonton tak payah la nak terasa sangat, it's just a song after all.

Honestly aku pun tak minat dengar lagu tu, tak suka dengar pun sebelum ni. Waktu nak download lagu-lagu baru, lagu Apa Khabar tu aku exclude-kan dari list. Jahat tak? Hoho... Dah kira jahat pun sebab jadi lanun download  :p

TAPI...

Bila tengok live performance (kat rumah ja), tetiba aku rasa persembahan lagu tu berjaya menyentuh. Serius ni. Well, as most people di Malaysia ni, aku pun tak minat Hip Hop, kadang anti dengan genre tu, kadang aku layan gak. Tak konsisten la... Tapi pada malam AJL29, aku boleh feel lagu nyanyian Joe Flizzow & SonaOne tu. Best gak~

[ credit ]

Rapping tu kan susah, tak semua orang boleh buat. Ada gak yang boleh rap tapi hancuss. Joe Flizzow punya rap masa performance AJL memang crystal clear. Setiap butir perkataan dia jelas bunyinya (professional la katakan) & 'maksud' lagu berjaya dia sampaikan. SonaOne pun not bad, sedap je suara mamat tu nyanyi intro & chorus. Bagi aku, combination yang powerful untuk AJL29.

Mungkin lagu tu bukan minat aku, tapi aku okay ia menang Juara Lagu, berdasarkan performance of the night yang simple tapi pembawaannya sampai, rentak Hip Hop yang sedap & taklah berat sangat, dan kombinasi penyanyi & rapper yang hebat.

TAHNIAH Joe Flizzow & SonaOne untuk kemenangan lagu Apa Khabar !

Tak semestinya lagu-lagu yang banyak jerit, tarik-tarik tinggi tu yang terbaik. Cuma kita dah terbiasa muzik Malaysia camner yang boleh masuk halwa telinga kita. So, kekadang kena tolak tepi la self-interest kita. Hehe... poyo pulak.


****************************
Komen lain:

1 - Korang dah beli Qu Puteh dan Pamoga? Kalau dah beli, jangan lupa buat gaya Qu Puteh k. Haha... AJL29 rosak dengan annoying marketing tuu. Giler menyampah dengan promosi yang terlebih-lebih. Pastu, aku tak faham kenapa camera tu asyik fokus kat auntie Qu Puteh tu? Motifff...

2 - Caliph Buskers dengan persembahan Roman Cinta telah berjaya menampar muka Aweera. Eh.. Itulah kehebatan insan yang menyanyi dari hati sanubari, fuuh mantap kan... goose bumps wei. Semua orang tersentuh dengan persembahan diorang, salute! Di sebalik kekurangan, diorang punya kelebihan tersendiri.

3 - Shila Amzah kena boikot oleh media Melayu sampai ke bila ni? Aku baca Berita Harian pagi tadi pasal AJL29, artikel tu tulis pasal semua pemenang kecuali naib juara. Lepas orang komen kot, baru BH masukkan pasal Shila tapi takde gambar, tu pun typo tajuk lagu, Masih Aku Cipta. Wakaka... tak sangka wartawan kita tak profesional.




Friday, December 19, 2014

Layan Suara Itu


Semenjak kerja ni kan, masa kita banyak habis depan komputer. Betulkan? Siapa setuju sila angkat kening kanan 2 inci.

Aloo tak payahlah angkat betul-betul...

When I said 'depan komputer', I mean sehari semalam duduk menghadap komputer. Sehari & semalam la kau tak berada di dunia realiti.


Kalau tak depan komputer pun, mata menghadap handphone jugak, buka FB, Instagram, Twitter, main game, ditambah dengan WhatsApp, WeChat, dan apa-apa lagi la yang sekarang ni menghancurkan realiti hidup kau. Tragis bunyinyaaa...

Rutin ketiadaaan hidup:
Day Time = Kerja, kerja & kerja. Bajet macam komited sangat terhadap kerja  :p
Night Time = Download movie, then layan sampai muntah hijau.

So, computer is ruining your life!


Haha positif sikit, kena la pandai uruskan masa & hidup. Eh keluar ayat nasihat pulak. Hehe...

Okay, aku pun tak boleh lari dari kehidupan 'depan komputer', especially zaman kerja ni.
Waktu malam, kadang aku tonton movie atau kekadang tu 'orang dalam movie' yang layan aku mengorok.

Aku ni orang yang kurang upaya nak layan drama series yang berepisod-episod & bersiri-siri panjangnya. Penat aku nak follow sampai berjuta siri. Kena lagi bila sampai satu episod yang relate dengan citer lepas dan aku pulak ingat-ingat lupa part tu, masa tu aku akan dilanda kebingungan sampai tak ingat identiti sendiri (dasar loser).

So kesimpulannya, aku boleh dikategorikan sebagai OKU untuk drama series. Yeah, I'm proud of it! lol. Disebabkan tu aku hanya mampu tengok TV Show ja. Eh padahal satu je TV Show yang aku layan dari mula episod sampai habis. Haha~


Aku start tengok The Voice US sejak Season 3 lagi. Sekarang, the latest one is Season 7, yang baru ja sampai penghujungnya hari tu, 16/12/14.


Adoi panjang sangat mukadimah aku ni!

____________________________________________________________________

Kenapa aku layan The Voice ni?

1 - Aku nak asah bakat nyanyi sebagai persediaan nak masuk AF. Sila percaya. lol

2 - The Voice diadaptasi daripada Realiti TV Vokal Bukan Sekadar Rupa. Mat saleh ni suka copy copy kita laa... lol

3 - The Voice ni kelakar, especially waktu Blind Audition, coaches 'gaduh-gaduh' berebut artis. Paling lawak tengok Adam Levine & Blake Shelton 'gaduh'.

4 - TV Show - habis terus, tak sambung bersiri-siri (ulang point tadi je). Pastu, mana-mana part & nyanyi tak best, aku boleh skip, jimat masa. Yeah, the power is in your hand! Bwahaha...

5 - Tak ada angkat luggage, turun pentas, sesi air mata selama berjam-jam. Drama hipokrit sebegitu tak wujud.

6 - Konsep The Voice best - ada Blind Audition, Battle Round, Knockout Round, The Live Shows.


7 - Contestant yang talented, cover lagu orang pun best (kadang lagi best dari original version). Pastu, diorang siap rekod studio version lagi. Mana yang best aku download & layan~

8 - Kadang diorang nyanyi lagu old skool yang tak pernah aku dengar, dan best! Di kala kini mat saleh penuh dengan lagu sampah (drug, sex, club, mencarut, etc), lagu lama yang diberi nafas baru tu lagi better nak dengar.

____________________________________________________________________

Season 6


Josh Kaufman (team Usher) adalah juara untuk The Voice 6. Brader ni aku minat since awal-awal lagi. Dia best nyanyi lagu-lagu Soul, Pop & R&B.


Josh Kaufman - Stay With Me
First time aku dengar kewujudan lagu ni masa dia nyanyi ni la. Then baru lagu ni famous. Bagi aku studio version Josh lagi best dari penyanyi asal Sam Smith, mungkin sebab dengar dari dia dulu kot.


Josh Kaufman - I Can't Make You Love Me
Ni lagu lama & of course aku tak pernah dengar. Tapi sekarang studio version Josh la yang aku layan.

************

Satu lagi yang stylo bila nyanyi is Christina Grimmie (team Adam Levine). Minah kecik ni YouTube sensation, tapi aku tak kenal pun before The Voice. Dia dapat 3rd place dalam The Voice 6. Kalau dia tak banyak sangat jerit masa nyanyi, maybe boleh bagi saingan sengit untuk menang.


Christina Grimmie - Hold On, We're Going Home
Dia ni kreatif, kau try dengar lagu ni dia nyanyi, kau akan rasa yang lagu asal tu macam paras buku lali ja tahapnya.

____________________________________________________________________

Season 7


Musim ke-7 baru je habis pada 16/12/14. Ramai cakap musim ke-7 is the best season. Final 4 hebat-hebat belaka. Kalau finalis yang dapat no. 2, 3 & 4 (semua team Adam) tu letak kat previous seasons, mungkin ada chance menang kat situ. Begitulah kot analoginya.

************

The winner of Season 7 is Craig Wayne Boyd (team Blake Shelton), brader tu layak menang tapi since dia Country singer yang sejati, so aku tak minat. Lain la kalau aku ni membesar dalam pekan Cowboy, naik kuda pakai cowboy hat, maybe aku layan classic country. Tapi some modern country songs ataupun Country yang 'terpesong' macam Taylor Swift, aku boleh layan.


Craig Wayne Boyd - I Walk The Line
Ni antara Craig punya best performance. Mantap siot dia nyanyi.

************

Matt McAndrew (team Adam Levine) dapat 2nd place walaupun dia artis paling konsisten sepanjang Season 7. Aku minat mamat ni & expect dia yang menang. Lagu-lagu yang dia cover best & powerful macam original version tapi in different way la, especially lagu genre indie pop & rock. Lagu 'Somewhere Over The Rainbow' dia nyanyi masa final tu macam tak sesuai untuk dia, so kureeng sikit, tu sebab tak juara kot.


Matt McAndrew - The Blower's Daughter
Aku tak pernah dengar this song sebelum ni. Lepas dengar dia nyanyi, terus aku melekat dengan his rendition.


Matt McAndrew - Wasted Love
Syok-nya Season 7 ni setiap finalis dapat chance untuk ada lagu diorang sendiri, original song. Lagu original Matt McAndrew sedap gak dan berjaya pecah carta No. 1 untuk certain charts.

Klik link ni: Matt McAndrew - Wasted Love untuk Official MV. 

************

Chris Jamison (team Adam Levine) yang dapat 3rd place pun mantap gak. Falsetto dia power! Ceh, ayat ikut komen juri. Haha... Mamat klon Channing Tatum ni paling banyak improve & dah dekat-dekat final baru aku tertarik dengan style nyanyian dia.


Chris Jamison - When I Was Your Man
Lagu ballad Bruno Mars ni susah kot nak nyanyi, tapi dia berjaya bawak dengan different style & yet powerful.


Chris Jamison - Cry Me a River
Lagi satu lagu fav aku mamat ni cover. Smart dia nyanyi taw! Terus teringat masa zaman sekolah dulu memanjang aku nyanyi lagu ni kat bilik tapi apakan daya aku hanya berjaya menyumbangkan suara yang dah sedia sumbang. lol

************

Damien (team Adam Levine) adalah finalis yang dapat 4th place. Season 7 sememangnya didominasi oleh lelaki, finalis pun semua jantan, no ladies.


Damien - Someone Like You
Antara best performance Damien, lagu Adele versi lelaki. Hebat dia bawak lagu ni, try dengar.

____________________________________________________________________

Harap diorang ni keluar single & album yang best-best pasni, jadi boleh la aku continue layankan.


Kalau korang nak download The Voice TV Episode, klik link kat bawah ni:
KickassTorrents - The Voice
AwesomeDL - The Voice

Kalau nak download & layan The Voice Studio Version, klik link kat bawah ni:
KickassTorrents - Studio Version
mp3clan (kena search sendiri)



Wednesday, June 6, 2012

(Genki Sudo) World Order #2



Aku pernah post pasal group ni, klik link ni:- (Genki Sudo) World Order. Kali ni aku post latest video diorang pula, sebab aku pun baru tengok tadi.


Macam sebelum ni, diorang memang berjaya membuat aku rasa sangat kagum & enjoy tengok tarian 'robot' diorang. Sangat smart + very creative! Puji lebih-lebih macamlah aku dapat duit dari diorang, kan? Haha~ Apapun, tak rugi play video ni, sungguh mengkagumkan!


(Genki Sudo) World Order - Aquarius


Amacam? Betul tak cakap aku? Yup, memang best!




Tuesday, May 15, 2012

Top 7 Band Songs For May '12





Dengarkan lagu-lagu band/group pilihan aku untuk minggu ni. Semua best untuk kita layan~ Jom dengarkan Bushido-FM.


No. 7
Hot Chelle Rae - Honestly
Pop rock band yang sebelum ni popular dengan lagu Tonight, Tonight. Lagu Honestly ni adalah 3rd single from their latest album, Whatever (2011). Honestly, aku suka lagu Honestly ni (ayat mengada-ngada...hehe~)


No. 6
Neon Trees - Everybody Talks
Alternative rock band ni release-kan lagu Everybody Talks as 1st single from their 2nd album, Picture Show (2012). Lagu rancak yang best + video yang entah apa-apa tapi lawak! :D


No. 5
Fun. - We Are Young (feat. Janelle Monae)
Indie pop band yang semakin dikenali di seluruh dunia. We Are Young ni adalah 1st single daripada album ke-2 diorang, Some Nights (2012). Lagu yang sesuai untuk orang-orang muda. Eh, jangan risau, siapa-siapa  pun boleh layan. Hehe~


No. 4
Linkin Park - Burn It Down
Lagu baru rock band Linkin Park, daripada 5th album diorang, Living Things (2012). Masih mengekalkan muzik rap & electronic rock. Lagu rap rock yang best! Linkin Park tetap best walaupun genre muzik diorang dah tak macam dulu.


No. 3
One Direction - What Makes You Beautiful
Dalam song list ni, ni je satu-satunya boyband. Haha~ slack sikit. British-Irish boyband yang diterjah bakat daripada rancangan X-Factor. Then, meletup selepas release-nya lagu What Makes You Beautiful ni, iaitu 1st single from their 1st album, Up All Night (2011). Jambu yang talented!


No. 2
Train - Drive By
Pop rock band yang sebelum ni popular dengan lagu Hey, Soul Sister kembali dengan 6th album, California 37 (2012). Lagu Drive By yang sedap ni adalah diorang punya 1st single. Layan giler lagu ni~ Thumbs up!


No. 1
Maroon 5 - Payphone
(feat. Wiz Khalifa)
Pop rock band yang aku minat sejak dulu lagi, Maroon 5 kini naik lagi dengan Payphone. Lagu ni adalah 1st single from their 4th album, Overexposed (2012). Bagi aku, so far ni adalah muzik video Maroon 5 yang terbaik. Selain 'bersih', ada gak diselitkan action sikit. Action-lah sangat. Apapun, buat masa ni, this is my No. 1 Song! Yeah!







Sunday, April 8, 2012

(Genki Sudo) World Order



Pernah dengar pasal Genki Sudo atau World Order? Jangan heran, aku pun tak pernah dengar langsung sehinggalah sorang housemate aku, Don suruh aku buka kat YouTube.



Masa tu aku tengah syok layan lagu, then dia suruh buka YouTube, cari "sudo".

Aku : Ala, kacaulah, malas aku nak buka, aku nak dengar lagu.
Don : (dengan paksaan) Cari "sudo".
Aku : (aku taip "pseudo") Hish, "pseudo" apa ni? Pseudomonas?
[Pseudomonas adalah bakteria yang aku familiar sangat, so aku pun tak percaya kalau apa yang dia suruh cari tu adalah Pseudomonas]

Don : Bukanlah. S.U.D.O.
Aku : (aku pun taip "sudo") Apa ni? Sudoku?
Don : Bukan. Jap, aku call member aku, tanya die. ....................... Hah, genki sudo.


Dengan hati tak rela, aku buka gak video (Genki Sudo) World Order ni, kumpulan Jepun. Dalam minit pertama tu, hurm, aku rasa biasa-biasa je. Then, bila video dah sampai seminit ke atas, aku rasa Wow, Cool! Interesting! Sampai minit-minit terakhir, aku rasa Awesome! Giler SMART!


Don : Aku harap kau berpuas hati dengan video ni. Lagu dia pun best, macam tenang
         je dengar.
Aku : Smart-lah diorang. (memang rasa puas hati tengok. Hehe~)


Jadi, nak share dengan korang video (Genki Sudo) World Order ni. Try to play them, memang best! Aku yang mula-mula takde mood nak buka tu pun rasa sangat enjoy after watched it. Have fun watching these videos. Lagu-lagu diorang pun best gak.


(Genki Sudo) World Order - Machine Civilization


(Genki Sudo) World Order in New York


(Genki Sudo) World Order - 2012


Sebenarnya Genki Sudo ni adalah seorang Japanese mixed martial artist & kickboxer yang telah bersara. World Order ni Japanese band yang diasaskan oleh Genki Sudo selepas dia bersara.




Saturday, February 25, 2012

When We Stand Together




Have you ever listen a song by Nickelback titled "When We Stand Together". Aku suka rentak lagu ni, rock yang santai but energetic. Kena lagi dengan suara powerful Chad Kroeger, fuh Nickelback memang always keluar dengan lagu-lagu yang mantap. Actually what so special about this song selain rentak yang best ialah the lyric. Fahami liriknya. 


NICKELBACK - WHEN WE STAND TOGETHER

One more depending on a prayer
And we all look away
People pretending everywhere
It's just another day
There's bullets flying through the air
And they still carry on
We watch it happen over there
And then just turn it off

*CHORUS
Hey, yeah, yeah, hey, yeah
We must stand together
Hey, yeah, yeah, hey, yeah
There's no giving in
Hey, yeah, yeah, hey, yeah
Hand in hand forever
Hey, yeah, yeah, hey, yeah
That's when we all win
Hey, yeah, yeah, hey, yeah
That's, that's, that's when we all win
That's, that's, that's when we all win

They tell us everything's alright
And we just go along
How can we fall asleep at night
When something's clearly wrong
When we could feed a starving world
With what we throw away
But all we serve are empty words
That always taste the same

*Chorus

The right thing to guide us
Is right here inside us
No one can divide us
When the light is nearly gone
But just like a heartbeat
The drumbeat carries on
And the drumbeat carries on
Just like a heart beat

*Chorus


Lagu ni menyentuh tentang keadaan dunia sekarang yang tak betul, penuh dengan penindasan, propaganada, pengeboman sana sini & seterusnya mengetengahkan perpaduan antara manusia sejagat untuk berhadapan dengan anasir-anasir 
yang 'bangang' agar semuanya dapat diperbetulkan. 
Lebih kurang begitulah gambarannya. 

Sekarang di sana sini dah berantakan & yang menyedihkan banyak negara Islam tertindas. Saudara sesama Islam kita tertindas atas kekejaman orang yang hanya mementingkan diri untuk menajamkan tanduk syaitan diorang. Rakyat Afghanistan, Palestine, Syria dan beberapa negara lagi yang menjadi mangsa. Semuanya hanya bertunjangkan matlamat yang memberi kepentingan sesetengah pihak yang sepatutnya nyah dari Bumi ni. 
Huh, ayat yang penuh emosi~

Kalau cakap pasal kebuluran, yang ni memang dah berpuluh-puluh tahun berterusan tak sudah. Kononnya dunia terutama negara-negara maju buat pendekatan inilah, itulah, untuk mengurangkan jurang kemiskinan tapi lebih banyak konspirasi daripada solusi sebenarnya. So, that's why orang Africa yang sentiasa kekurangan makanan tu hidup terus macam tu. Sedihkan, kita di sini siap boleh buang makanan, tapi orang di sana kebuluran tak bermaya.

Kita sebagai sebuah komuniti terutama dalam Malaysia harus bersatu-padu untuk berdiri kuat sebagai sebuah negara. Bila dah kuat, barulah boleh membantu saudara-saudara di luar sana dengan lebih berkesan. Tapi, keadaan sekarang ni lain. Masing-masing nak naik tapi taknak orang lain naik sekali. 'Besar' sangat orang-orang macam tu sampai 'tangga' naik pun tak muat untuk orang lain. Masing-masing nak menepis tangan satu sama lain. Aiyaa, naik kena sama-samalah kawan.

Seriously aku tanya, macam mana nak bantu habis-habisan bangsa lain kalau bangsa sendiri masih terumbang-ambing dek kerana masing-masing tiada sefahaman? Hati kena ikhlas agar perlakuan sentiasa berada di landasan yang betul. Nasihat kepada diri sendiri dan semua sekalian. Ok fellows, we must stand together.


p/s: Di Malaysia sendiri pun masih ramai golongan yang susah & memerlukan, so kita especially the 'persons-in-charge' take note-lah. Buat benda biar betul, barulah berkat. Kalau salah & betul tak tahu bezakan, pergilah korek tanah, masuk & duduk diam-diam dalam tu. Habis cerita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...