Showing posts with label East Java Trip 2015. Show all posts
Showing posts with label East Java Trip 2015. Show all posts

Monday, May 11, 2015

East Java Trip 2015: #3 - Surabaya

East Java Trip (26/02/2015 - 02/03/2015)

Surabaya - 02/03/2015
Entri sebelum ni:
#1 - Ijen
#2 - Bromo

Suro (jerung) + Boyo (buaya) = Surabaya


Sanggar Agung Temple

Entrance fee = Rp 10,000 per car

Kawasan kuil ni bersebelahan je dengan pantai, actually ia terletak kat dalam taman hiburan Pantai Ria. Waktu kitorang masuk tu pagi lagi, so takde apa kat dalam. Cuma berlegar-legar kejap tanpa tujuan. Nak berjalan ke seluruh kawasan memang tak la sebab luas.






Tugu Pahlawan

Monumen ni adalah simbol kepada kota Surabaya, didedikasikan kepada pejuang sempena Battle of Surabaya pada 10 November 1945. Sejarahnya, Battle of Surabaya adalah sebahagian daripada Indonesian National Revolution.

Di bawah monumen tu terletaknya muzium dikenali sebagai 10th November Museum. Kalau nak tau banyak pasal Battle of Surabaya, masuk la muzium tu.

Ticket fee for museum = Rp 5,000 per person

Monumen Soekarno-Hatta.
Soekarno - Presiden Indonesia pertama (1945-1967).
Mohammad Hatta - Wakil Presiden Indonesia pertama (1945-1956).

Insan yang kat bawah tu, korang nak panggil presiden pun boleh!

10th November Museum kat bawah tugu tu.



Merdeka atau Mati!!!

Back to the past - tak sangka aku wujud waktu dulu mendengar pidato Bung Tomo. Hehe... Bung Tomo adalah antara pemimpin perjuangan sewaktu pertempuran di Surabaya, 1945. Meremang jugak dengar pidato Bung Tomo (boleh play pidato kat situ). Memang tak heran la dia berjaya bangkitkan semangat rakyat Surabaya masa tu.

Tolong jangan halau aku dari Malaysia hanya dengan gambar ni.


House of Sampoerna Museum

Free admission

Bangunan ni adalah kilang membuat rokok yang dibuka kepada awam, dan sebahagiannya adalah muzium yang menceritakan tentang pengasas Sampoerna dan sejarah pembuatan rokok Dji Sam Soe.

Bangunan ni dah lama, dibina oleh Belanda pada tahun 1862. Lepas tu, ia dibeli oleh Liem Seeng Tee, pengasas Sampoerna pada tahun 1932 dan dijadikan sebagai kilang membuat rokok.

Masuk tempat ni memang bau tembakau dan cengkih melekat-lekat kat hidung. Tapi tengok pekerja-pekerja buat rokok tu yang syok! Giler pantas, macam robot. Kagum tak berkelip!

Bangunan House of Sampoerna, rekaan Belanda.
Empat tiang kat pintu utama tu berbentuk rokok. Nice!



Ni view dalam muzium. Pengenalan kepada pengasas Sampoerna, bahan-bahan dan peralatan asas buat rokok, dan macam-macam lagilah. Klasik sungguh!

Sempat rakam video proses buat rokok sebatang-sebatang. Laju woo... Ni curi-curi rakam ni, sebenarnya tak boleh ambik gambar kat kawasan kilang tu.



Masjid Cheng Ho

Masjid yang rekaan dipengaruh dengan Tionghoa lama ni dibina oleh Yayasan Haji Muhammad Cheng Ho pada 13 Oktober 2001. Maksudnya, masjid ni bukan tinggalan sejarah lama tapi dibina atas dedikasi kepada Laksamana Cheng Ho (Zheng He, 1371-1435).

Masjid ni boleh memuatkan 200 orang dalam satu masa.

Kawasan tepi masjid yang berdekatan dengan tempat wudhuk.
Ukiran Laksamana Cheng Ho dan replika kapal Cheng Ho.


Monumen Kapal Selam

Admission fee = Rp 5,000 per person

Kapal selam yang kini dah jadi muzium ni adalah kapal selam KRI Pasopati 410, salah satu armada Angkatan Laut Republik Indonesia (ALRI). Ia adalah buatan Soviet Union (SSSR) pada tahun 1952.

Kapal yang dilengkapi senjata torpedo ni berukuran panjang 76 meter dan lebar 6.3 meter. Terbahagi kepada 7 bahagian termasuklah bahagian Torpedo Haluan (4 pelancar torpedo) dan Torpedo Buritan (2 pelancar torpedo), masing-masing kat bahagian hujung kapal. 


Style jugak bila masuk dalam ni, banyak kelengkapan kapal yang klasik.
Bajet jadi komando kapal selam kejap. Haha...

I warn you... kau tutup blog ni, aku lancarkan torpedo-torpedo ni! :p


Sate Klopo Ondomohen 'Ibu Asih'

Tengahari kitorang makan sate klopo je, yakni sate yang dibakar bersama kelapa. Fuh sedap! Time menulis ni pun berliur jugak. Huhu...

Dengarnya sate klopo ondomohen ni sangat famous kat Surabaya, tak putus pelanggan. Tapi cara bakarnya masih dikekalkan dengan cara biasa, bakar dengan arang biasa dan dikipas secara manual. Tu strategi la tu untuk kekalkan kesedapan sate. Cara moden kadang menyebabkan sate jadi kurang sedap kan.

Harga sate klopo = Rp 16,000 / 10 cucuk







Jalan-jalan kat Surabaya ni boleh la allocate time selama sehari, termasuklah nak beli souvenir. Okay jugak makan angin Surabaya ni, yang penting jangan jumpa jerung atau buaya samada sebenar atau jadian. Chow! :)





Monday, April 6, 2015

East Java Trip 2015: #2 - Bromo

East Java Trip (26/02/2015 - 02/03/2015)

Bromo - 01/03/2015
Entri sebelum ni: #1 - Ijen

Pembuka bicara, Bismillah~

Sebelum ni dah cerita pasal Ijen, entri ni aku sambung cerita trip hari tu. Jarak dari Ijen ke Bromo lebih kurang 6 jam perjalanan kereta. Pukul 1 petang waktu Indonesia, kitorang gerak dari Ijen. Dalam pukul 7 malam, sampai la ke Bromo, then terus check-in kat Bromo Permai Hotel. Hotel ni dekat je dengan Gunung Bromo, dan kawasan tanah tinggi kan, so agak sejuk la. Standby baju sejuk, baju tebal atau jaket ok!

Entrance fee at weekend (for foreigner) = Rp 327,000 per pax

Kat Bromo ni, tentatif semua orang sama je. Kena bangun awal, 2.30 pagi gerak dari hotel ke Penanjakan Peak. Lebih kurang sejam perjalanan. Peak tu adalah the highest point to catch sunrise. Perlu sampai awal untuk dapatkan tempat yang convenient tengok sunrise. Lambat memang menangis la sebab situ adalah lautan manusia, apatah lagi hujung minggu.

Kesesakan yang mengalahkan himpitan sardin dalam tin.

Walaupun kitorang dapat best 'seats', but at the end, menangis jugak la. Matahari tak muncul pulak. Matahari dah lari ke Malaysia, jahat betul Hafiz, nyanyi lagu Matahari tak sudah-sudah. Kitorang tunggu sejak 3.30 pagi, sunrise dalam pukul 5.30 pagi. Kabus tebal sangat masa tu, jadi pergilah kami membawa diri.

Sepanjang jalan kat Penanjakan Peak ni dipenuhi dengan jeep. Anggaran dalam 100++ buah jeep kat situ. Mungkin lebih lagi, entahlah tapi memang banyak.

Diri yang lara tadi tu lari menempel kat point ni. Tempat ni bukan the highest point, tapi di sini pemandangan gunung & banjaran jelas sikit.

Setelah berlegar-legar, dalam pukul 7 pagi, kitorang masuk ke Wisata Bromo. Situ adalah kawasan pasir yang terbentang luas, dibanjiri dengan jutaan jeep, manusia dan kuda. Tapi kat situ sejuk la.

Jarak dari kawasan parkir jeep ke kaki Gunung Bromo lebih kurang 1 km lebih. You have several options; jalan kaki, lari jarak jauh, atau naik kuda. Kuda ada banyak, orang kat Bromo ni pelihara dari kecil. Pelbagai saiz. Aku dapat yang saiz macam aku. Haha~ Harga kuda bergantung kepada tawar-menawar anda.

The bottom of Mount Bromo. Dalam 200 anak tangga kena naik untuk tengok Kawah Bromo. Atas tu crowded sikit, tapi kira ok la. Takde la kau bersesak sampai tertimbul niat nak tolak orang lain jatuh kawah.

Bila dah pijak puncak Kawah Bromo, ni view yang korang boleh lihat dari atas. Kecik ja manusia kat bawah tu, sebesar butir-butir nasi yang biasa kau tumpahkan waktu makan tengahari.

Inilah Kawah Bromo. Besar kawah ni. Selama 15 minit aku stay kat puncak tu, ada sekali tetiba asap kawah tu menebal dan angin ke arah kitorang, fuuh ambik kau, sedap makan sulfur. Berlinang airmata meratapi kepedihan asap.

Gaya seposen. Background macam lukisan kan? Erk, fokus kepada background, bukan kepada orang. LOL

Can you see his size? Maksud aku kuda tu. That's why aku rasa dia kejap-kejap berhenti, sebab aku ni berat kot. Hoho... Kalau korang nak naik nanti, try la nego kaw kaw sebelum decide nak sewa, sebab boleh dapat lagi murah daripada yang kitorang kena. Aku dah macam nak gaduh dengan brader tuan kuda sebab tukar-tukar harga sesuka hati. Tapi good to try, bila lagi nak merasa naik kuda kat kawasan gunung.
Riding pony horse (return) = Rp 150,000 per pax


Luas sungguh kawasan ni, orang situ panggil tempat ni Pasir Berbisik. Ni depan Gunung Bromo je.

Setelah puas merayau dekat kawah, pukul 9 pagi kitorang pergi ke The Savannah (Bukit Teletubbies). Area situ-situ jugak, sebelah saja dengan Kawah Bromo. Dinamakan Bukit Teletubbies sebab tempat tu macam dalam rancangan kanak-kanak Teletubbies tu la. Harus tengok depan-depan, baru korang rasa kagum.

Sebab suka dengan kawasan hijau, aku sanggup jalan pegi dekat kaki bukit tu. Nak tau jugak apa tumbuhan yang ada di situ. Nampak macam dekat, padahal jauh jugak tau dari kawasan parkir ke kaki bukit tu. Dah sampai situ, apa salahnya aku pose kejap. Huahaha...

Pukul 11 pagi kitorang check-out dari hotel, nak balik semula ke Surabaya. Pemandangan sepanjang kawasan Bromo tu pun lawa, lalu kawasan-kawasan kampung tanah tinggi. Eh, tersesat la pulak ke kampung Hobbit.

Tanaman bukit, warna-warni jadinya kawasan tu.

Goodbye Bromo!



Air Terjun Madakaripura, Probolinggo

Sebelum balik ke Surabaya, kitorang singgah ke Madakaripura Waterfall, yang terletak di wilayah Probolinggo. Sejam lebih perjalanan dari Bromo ke kawasan air terjun tu. Dari car park ke air terjun pula, kena trekking dalam 45 minit. Boleh tahan jugak la jauhnya.


Tak sia-sia la penat berjalan tu, sebab kawasan air terjun memang cantik. Ada banyak air terjun kat situ sebenarnya, air mencurah-curah jatuh ke ubun-ubun.

Yang ni air terjun terbesar. Waktu tu hujan, angin kencang, habis basah satu badan. Tak boleh elak, memang wajib terbasah jugak.

Air terjun terbesar tu sangat deras, ditambah lagi dengan masa tu hujan. Sebab tu jugak, air situ jadi keruh.

Bersejuk-sejuk di Bromo, berbasah-basahan di Madakaripura. Best!




Monday, March 16, 2015

East Java Trip 2015: #1 - Ijen

East Java Trip (26/02/2015 - 02/03/2015)

Ijen - 27-28/02/2015

Kalau nak melancong ke Jawa Timur, boleh fly ke Surabaya. Kawasan Jawa Timur ni besar, jarak antara tempat-tempat best boleh tahan jauhnya. Banyak spend time duduk dalam kenderaan jawabnya. Tapi takpa, janji puas hati.

Hari tu kitorang ikut AirAsia flight, dapat tiket murah:
AirAsia Economy Promo (return) = RM 115.26 per pax

Surabaya airport tax dikenakan berasingan & dibayar samada kat klia2 (depart from KL) atau kat Juanda Airport (depart from Surabaya). Masa tu, staf klia2 dah suruh kitorang bayar siap-siap:
Surabaya airport tax = RM 65 per pax (at klia2) / Rp 200,000 per pax (at Juanda Airport)

Peta pulau Jawa. Warna oren adalah Jawa Timur (East Java), meliputi Surabaya, Malang, pulau Madura, etc.

Malam 26/02/2015 tu, lebih kurang 10.30 malam (waktu Indonesia), kitorang terus gerak dari Juanda Airport Terminal 2 Surabaya ke Ijen. Ijen adalah kawasan pergunungan berapi yang terletak kat wilayah Banyuwangi. Cer korang tengok peta bawah ni, jauh kan jarak Surabaya ke Banyuwangi? Hah, 8-9 jam kitorang melekat dalam van, capek deh! Nasib baik malam.

klik gambar untuk besarkan
Peta spesifik bahagian Jawa Timur. 

Tapi kitorang tak la ke Ijen terus, singgah-singgah gak kat certain point. Lepas Subuh, kitorang lepak jap kat Pantai Pasir Putih, di wilayah Situbondo. Kononnya nak tengok sunrise, tapi matahari malu-malu nak keluar.

Waktu Indonesia adalah lewat sejam daripada waktu Malaysia. Kat sana, hari mula cerah lebih kurang pukul 5.30 pagi waktu Indonesia.

Pantai Pasir Putih, Situbondo
Sebenarnya ni view waktu petang 28/02/2015, singgah kali kedua lepas selesai program kat Ijen. Kali pertama singgah tu, awal pagi 27/02/2015, orang situ pun baru nak bangun, so takde apa.

Setelah berhempas-pulas membina mahligai pasir setinggi 20 meter (tipu ja), kitorang sambung perjalanan ke wilayah Bondowoso. Homestay yang kitorang menginap, Arabica Homestay terletak kat area Bondowoso. Sebelum check-in, singgah kejap kat Blawan Waterfall. Air terjun ni tinggi & airnya sungguh la deras.

Air Terjun Blawan, Bondowoso
Kitorang tengok dari bahagian atas, bahagian bawah tu dalam lagi sebenarnya. Jangan jatuh sudaa...


Kawah Ijen (Ijen Crater)

Entrance fee (for foreigner) = Rp 100,000 per pax

Untuk program ke Kawah Ijen, kena bangun awal pagi. Pukul 2 pagi gerak dari homestay. Pukul 3 pagi kitorang start hiking. Tempat tu sejuk, lagi-lagi hiking awal pagi. Tapi kepenatan mendaki & berjalan lebih kurang 1.5 jam sampai ke Ijen Peak, akhirnya memaksa aku buka jaket, panas dong.


Dari Ijen Peak nak turun ke Kawah Ijen agak mencabar sikit. Harus ada orang sana guide turun ke bawah. Asap kawah tu pedih giler, bau sulfur amatlah kuat. Kena pakai face mask yang tebal & perlu bawa torchlight waktu turun, sebab jalan gelap, berbatu & curam.

Turun ke bawah tak jauh, kejap je dah sampai kawasan Blue Flame Sulphur. Api biru ni adalah daya tarikan kat Ijen tapi tak nampak jelas sebab asap sulfur yang tebal (dah namanya pun kawah). Apa yang korang tengok kat gambar tu, macam tu la jugak yang kitorang nampak depan-depan.

Oh ya, kenapa perlu hiking awal pagi? Tujuannya nak tengok blue fire tu la. Kalau dah terbit matahari, sah-sah lagi tak nampak api tu, dapat lihat & telan kepulan asap je. Uhuk uhuk!

Nah, yang ni jelas sikit blue fire tu. Guide kitorang yang tolong snap photo ni, dia dah biasa pergi dekat dengan api tu. Orang sana dah 'kebal' dengan bau sulfur. Kentut korang yang busuk 10 kali ganda daripada biasa pun tak mampu tandingi bau asap yang berkepul-kepul tu.

Ni waktu matahari dah terbit. Dah boleh bernafas sikit. Fuuuhh~

Lepas tengok blue fire, kitorang turun ke kawasan yang lagi bawah, di mana terletaknya Ijen Lake. Kepulan asap kawah pun nampak lagi jelas dari situ.

Yang oren kekuningan tu adalah lava sulfur. Orang sana panggil benda tu belerang. Diorang kutip belerang setiap masa, boleh dibentuk jadi apa-apa je, ikut acuan. Contoh bentuk kura-kura, ikan, etc. Tapi simpan ja la niat kalau nak beli sebab belerang tak boleh lepas naik flight. Belerang is explosive material, biasa dibuat mercun, so bahaya la.

Fuh, kawasan Ijen Lake yang paling cantik sebenarnya. Morning view yang cukup awesome! Dua gambar ni adalah tempat yang sama, cuma gambar sebelah kanan tu asap sulfur dah kurang sikit. 

Subhanallah~ Lawa kan...

Jom terjun gaya bebas!

Ijen Peak yang dibayangi kabus sulfur. Masa ni kitorang dah gerak naik semula ke puncak. Asap kawah kejap berkurang, kejap menebal balik, begitu la fitrahnya.

Ijen-jump. Smart! Hehe...

Orang sana ulang-alik naik turun angkat belerang. Sekali bawak 2 bakul penuh. Mampoo?

Ni pemandangan sepanjang menuruni Ijen Peak ke kawasan parking kenderaan. Cantik la suasana pagi kawasan Ijen ni. Nyaman & dingin. Mantap!

Walaupun penat, kepala pusing & lubang hidung berkarat dengan debu sulfur, diri ini tetap enjoy. Sulfur di hatiku... Pang! Slap muka sendiri jap. Okay, Ijen memang best!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...