Private Retirement Scheme (PRS) atau dalam bahasa, Skim Persaraan Swasta adalah pelan alternatif yang diwujudkan untuk memberi peluang kepada rakyat menabung & seterusnya memperoleh pulangan tinggi sebagai sumber pendapatan tambahan di waktu persaraan nanti.
"Tapi aku dah ada EPF, bulan-bulan duit masuk ke dalam akaun EPF."
Ok, sebelum kita lanjut, korang kena set dulu dalam minda yang PRS adalah pelan alternatif atau tambahan untuk meningkatkan tabungan kita ketika bersara nanti.
"Kenapa kena tambah tabungan? EPF tu simpanan jangka panjang kan, lama-kelamaan mesti cukup punya la."
Berdasarkan satu laporan dibuat oleh EPF pada Februari 2015, pencarum EPF harus ada sekurang-kurangnya RM196,800 dalam akaun semasa bersara pada umur 55 tahun nanti (phew, banyak tuu, sempatkah kumpul?). Dengan amaun itu pun, katakan kita hidup 20 tahun lagi selepas bersara, jumlah tu hanya mampu beri kita elaun bulanan sebanyak RM820.
Agak-agak cukup tak duit bulanan tu nanti? Jangan lupa tentang inflation rate. Secara kasarnya, kadar inflasi kat Malaysia adalah dalam 3.5%, tapi urban areas seperti KL & Penang boleh cecah 6%. Kalau dah begitu kadarnya, lepas bersara nanti, RM20 pun tak cukup nak isi perut untuk sehari wei!
Itu baru makan, perbelanjaan keperluan lain lagi nak kena fikir. Beli barang mandi la, nak isi minyak kereta motor la, macam-macam. Jangan ceritalah kos kalau jatuh sakit, apatah lagi kalau kita ni tak protected/covered. Maklumlah umur meningkat, taraf kesihatan takkan maintain. Susah tu...
Jadi cukupkah kita hidup dengan RM820 sebulan nanti?
Mampukah nak tampung keperluan kita?
Sumber: KWSP Ni keratan laporan daripada EPF (KWSP). Seram tak baca statement tu?
"Aku ada menyimpan sendiri, setiap bulan aku save sikit ke dalam bank. Tu sebagai persediaan aku di masa depan juga."
Menabung dalam bank bagus, sekurangnya kita bersedia tapi selagi wujudnya better option, then we should grab the opportunity.
Menyimpan sendiri atau dalam akaun bank tak mampu 'beranakkan' duit simpanan kita (saving account hanya dapat 1% return). Menabung dalam PRS mampu menjana perolehan yang lebih tinggi. Dengan perolehan tinggi yang mungkin daripada PRS, ditambah wang sedia ada daripada EPF, pendapatan terkumpul keduanya mampu menampung perbelanjaan hidup selepas bersara.
Bagaimana PRS menjana simpanan kita?
Tengok kat bawah ni, jika sebulan kita simpan RM350 untuk PRS, simpanan setahun = RM4,200.
Kita menabung selama 20 tahun, maka jumlah deposit sepanjang itu = RM84,000.
Katakan kadar perolehan tahunan (purata) = 6%.
Melalui satu formula pelaburan, jumlah terkumpul yang kita peroleh = RM154,499.
Kalaulah kadar perolehan tahunan tinggi lagi, iaitu 8% dan kita menabung selama 25 tahun, jumlah terkumpul yang kita peroleh mencecah RM 307,044 !!
By the way, menyimpan dalam PRS boleh motivate diri kita untuk menabung secara berdisiplin. Jika simpan sendiri ni, faham-faham la kan, bila tengok duit beribu-ribu dalam akaun bank, mulalah nafsu serakah tu menggodai jiwa. lol.
PRS punya banyak kelebihan yang boleh beri kita lebih perolehan.
Sumber: www.imoney.my
#1- Simpanan jangka panjang (long-term saving plan) dengan penjanaan kewangan. Seperti yang dah cerita kat atas, simpanan kita dijana melalui kadar perolehan tahunan (annual rate of returns).
___________________________________________
#2- Pengecualian cukai pendapatan (income tax relief) sehingga RM3000 setahun! Pengecualian cukai ni membolehkan kita dapat simpanan tambahan. How? Jom kira-kira!
Sumber: SmartInvestor (Dec,2015)
Untuk maksimumkan pengecualian cukai tersebut, kita harus menyimpan at leastRM250 sebulan (RM250 x 12 bulan = RM3,000 setahun).
Berdasarkan jadual di atas, jika pendapatan kita yang boleh dicukaikan (personal taxable income) sebanyak RM50,001 - 70,000, thenpenjimatan cukai (tax savings) yang diperoleh = RM480 setahun.
Katakan kita start PRS pada 2012 dan terus menyimpan RM3,000 setiap tahun sehingga 2021, maka kita dah menabung selama 10 tahun. Dalam masa 10 tahun tu, jumlah penjimatan cukai = RM480 x 10 tahun = RM4,800 !
Untung, kan? Di samping penjanaan perolehan secara jangka panjang, kita juga dapat penjimatan cukai melalui pelaburan PRS. Dapat lagi save duit.
___________________________________________
#3- Insentif RM500 (one-off incentive) kepada pelabur muda, umur 20-30 tahun.
Macam mana nak dapat duit free RM500 ni? Hah, tak susah. Korang kena menyimpan at least RM1000 setahun dalam akaun PRS. Cuma simpan at least RM83.35 sebulan, dah dapat duit RM500. Siapa nak bagi duit free, kan?
Tawaran insentif ni sah sehingga 2018, jadi jangan tunggu lama-lama, nanti rugi!
Hurmm, mari selami semula tentang realiti persaraan di Malaysia:
Sumber: SmartInvestor (Dec,2015)
Yup, don't be that 68% !
So, let's start now !
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada korang. Jika nak tahu lanjut lagi pasal Private Retirement Scheme (PRS) atau saving plan yang lain seperti Unit Trust, saya sedia membantu untuk berkongsi.
Mohammad Ezwan bin Amrin CIMB Wealth Advisors - Consultant
Facebook: Mohammad Ezwan Email: ezwan.amrin@gmail.com Contact / WhatsApp: 019-5815056
Korang tahu tak yang Unit Trust adalah 'middle to long-term saving plan' yang berpotensi untuk menjana wang simpanan kita ke tahap yang lebih tinggi berbanding dengan kita menyimpan atau menabung secara biasa? Tak tahu? Ok tak apa, jom sama-sama ambik tahu demi kebaikan bersama.
APA TU UNIT TRUST ?
Unit Trust (UT) adalah satu bentuk pelaburan kolektif (collective investment) yang mana pelabur-pelabur dengan objektif yang sama boleh mengumpulkan wang simpanan mereka. Simpanan yang terkumpul tu dilaburkan ke suatu portfolio atau aset yang diuruskan oleh profesional pelaburan. Operasi terhadap UT dikawal selia di bawah surat ikatan (trust deed).
Susah nak faham ayat tu? Jom kita fahamkan UT menerusi carta ni:
Boleh dikatakan UT adalah 'pool of money' - wang daripada pelabur-pelabur dikumpulkan dalam satu dana (fund). Wang tersebut ditukar dan disimpan dalam bentuk Unit (nanti saya terangkan lanjut pasal pengiraan Unit ni). That's why pelabur dipanggil juga sebagai Pemegang Unit.
Dana iaitu 'pool of money' tersebut diuruskan oleh pengurus dana (Manager). Manager bertanggungjawab mengurus operasi pembelian, penjualan & pelaburan unit. Senang cakap, Manager yang tentukan ke mana unit akan dilaburkan (pelaburan ke private companies, government-linked companies, etc.) demi untuk mendapatkan pertambahan modal (capital gain) kepada dana tersebut. Bila ada pertambahan modal, then kita sebagai pemegang unit pun akan dapat agihan (distribution) mengikut % keuntungan semasa. Best kan?
By the way, Manager ni profesional dan punya experience yang tinggi dalam bidang pengurusan dana, so kita sebagai pemegang unit usah risau.
Trustee adalah pemegang amanah yang bertanggungjawab dalam melindungi aset dana dan memastikan pelaburan yang diuruskan Manager adalah mengikut syarat dalam surat ikatan (trust deed). Tengok, dana ni pun ada penjaga, ni menunjukkan sekuriti terhadap dana UT & pemegang unit adalah tinggi.
Okay, kita dah tahu yang wang kita dilabur dalam dana UT yang diuruskan oleh Manager yang profesional. Tapi macam mana sebenarnya simpanan kita tu dijana kalau melabur dalam UT ni?
Firstly, bagi saya explain tentang jual beli Unit.
BELI UNIT : Katakan kita ada RM100 dan nak simpan wang tu dalam dana UT. Waktu kita beli Unit iaitu pada Januari tahun A, harga 1 Unit = RM 1.00. Maka jumlah Unit yang kita peroleh = RM 100 / RM 1 = 100 unit. Ok sekarang kita ada 100 Unit dalam dana UT.
JUAL UNIT : Pada Januari tahun B, harga Unit naik kepada RM 1.10 per Unit. Kita buat keputusan jual Unit masa tu. Jadi perolehan yang kita dapat = 100 unit x RM 1.10 = RM 110.
Melalui simpanan dalam dana UT dari tahun A hingga ke tahun B, wang kita telah dijana daripada RM 100 kepada RM 110. Maka, kita dapat perolehan keuntungan sebanyak 10% (RM10).
Sekarang korang dah faham konsep mudah tentang jual beli Unit & penjanaan yang mungkin dalam pelaburan UT.
******************************
Jom kita lihat efek yang mungkin untuk pelaburan UT dalam jangka masa panjang.
Kita menyimpan RM 2,400 setiap tahun dalam dana UT (sebulan kita kumpul RM 200). Kita menyimpan selama 10 tahun. Jumlah simpanan dalam 10 tahun = RM 2,400 x 10 = RM 24,000.
Katakan purata perolehan (average return) dalam 10 tahun tersebut = 8%
Mengikut formula pelaburan:
Melalui simpanan dalam dana UT selama 10 tahun (setahun RM2,400), jika return = 8%, maka pendapatan yang mungkin adalah sebanyak RM 51,814.
******************************
Apa berlaku kalau kita lanjutkan lagi tempoh simpanan dan perolehan dana tu pula lebih tinggi? Jom tengok!
Kita menyimpan RM 2,400 setiap tahun dalam dana UT (sebulan kita kumpul RM 200). Kita menyimpan selama 20 tahun. Jumlah simpanan dalam 20 tahun = RM 2,400 x 20 = RM 48,000.
Katakan purata perolehan (average return) dalam 20 tahun tersebut = 10%
Mengikut formula pelaburan:
Melalui simpanan dalam dana UT selama 20 tahun (setahun RM2,400), jika return = 10%, maka pendapatan yang mungkin adalah sebanyak RM 322,920.
Hah, banyak tak banyak tu wang kita 'diberanakkan'? Macam saya katakan awal tadi, UT sesuai untuk simpanan jangka pertengahan hingga jangka panjang (middle to long term), at least 5 tahun kalau nak lihat keuntungan yang mungkin.
Dengan itu, UT sesuai jika anda fikirkan tentang persaraan di masa depan, atau mungkin nak kumpul wang untuk pembelajaran anak-anak nanti, atau target nak beli rumah dalam masa beberapa tahun, atau apa-apa lagi la yang korang rancangkan untuk keselesaan di masa hadapan.
Penting untuk dimaklumkan yang perolehan (return) UT is not guaranteed. Perolehan UT tidak tetap kerana ia bergantung kepada prestasi dana (fund performance). Prestasi dana pula dipengaruhi oleh beberapa faktor, antaranya ialah ekonomi semasa.
Prestasi dana berkemungkinan turun naik (fluctuate) sepanjang tempoh kita melabur. Good for us bila ia sentiasa naik, tapi mungkin juga jatuh at certain time, kita tak boleh jangka. Itu antara risiko dalam pelaburan UT (nanti saya cerita lanjut tentang risiko).
Kita hanya boleh target perolehan yang mungkin berdasarkan prestasi dana pada tahun-tahun yang lepas (historical data). Maka penting jugak melabur dalam dana yang stabil.
Itu sebab UT dicipta untuk pelan simpanan jangka panjang sebab kesan turun naik prestasi dana terhadap pelaburan kita akan 'terkikis' dalam jangka panjang tersebut.
Sumber: www.imoney.my Ni contoh calculation of UT berdasarkan perolehan tahunan yang tidak tetap.
Yep, memang ada. Pelaburan mana yang tak ada risiko kan?
Risiko Pasaran (Market Risk) :
Macam saya ceritakan tadi, UT return is not guaranteed. Keadaan market boleh turun & naik (fluctuate) bergantung kepada ekonomi semasa, keadaan politik, dan lain-lain lagi, yang seterusnya mempengaruhi prestasi dana.
Tapi kan, ramai tak tahu waktu market jatuh tu la sesuai untuk kita tambah wang pelaburan. Sebabnya Unit price maybe drop, jadi kita boleh dapat lebih Unit. Makin banyak Unit, makin 'berbuah' la pelaburan kita. Betul kan?
Paling penting waktu market jatuh adalah jangan panik dan terus jual Unit (redeem), sebab for sure korang akan rugi masa tu. Ingat tu!
Risiko Inflasi (Inflation Risk) :
Tujuan kita nak invest dalam UT ni jugak salah satunya untuk menghadapi inflasi di masa depan. Secara kasarnya, kadar inflasi (inflation rate) dalam Malaysia adalah lebih kurang 3.5%. Tapi, urban areas seperti Kuala Lumpur, Penang & Johor boleh dikatakan mencecah 6%. Mungkin at certain time, pelaburan kita dapat return yang rendah berbanding dengan kadar inflasi semasa. Risiko sebegini mungkin menyebabkan nilai pelaburan semasa kita berada di belakang inflasi. Tapi walaupun ini risiko yang mungkin dihadapi, at least dengan menyimpan dalam dana UT, kita dah cuba melangkah untuk berdepan dengan inflasi mendatang. Bayangkan kalau cuma menabung biasa dalam bank, lagi sukar kita nak 'lawan' inflasi nanti sebab return yang diperoleh tak cukup. Fikirkan dari segi itu. Antara risiko lain, korang boleh baca kat bawah ni:
Sumber: www.imoney.my
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada korang.
Okay, jom kita kaitkan pulak dengan inflation atau cost of living. Mari main matematik sikit.
Malaysia inflation rate boleh kita refer kat bawah ni:
Secara kasarnya, inflation rate dalam 3.5%. Taapiii, urban areas macam KL, Penang, Johor boleh dikatakan mencecah 6%. Hah tinggi tak tinggi tu?
Nak tanya, berapa harga nasi ayam sekarang?
Letak la harga RM5 ye.
In future, 20 tahun dari sekarang, berapa dah harga nasi ayam tu? Rupa nasi ayam tu tak berubah kan? Tapi harga of course akan berubah:
Harga nasi ayam selepas 20 tahun (inflasi 6%) = RM5 X (1+6%)^20 = RM 16
RM16 untuk sekali makan nasi ayam!!!
Meaning that, harga makanan rata-rata dalam RM16 pada 20 tahun akan datang. Kalau sehari makan 3 kali, then RM16 x 3 = RM48 kos untuk makan sehari!
Sebulan = RM 48 x 30 hari = RM 1440 !!!
Itu baru kos seorang makan, kalau kos untuk family berapa la agaknya?
Tengok figure ni untuk lebih jelas. Ni dia calculate terus kos makan sehari ~RM 20.
Memetik artikel Berita Harian di atas, kalaulah EPF kita ada RM196,000 ketika berusia 55 tahun dan kita ada lagi tempoh 20 tahun (240 bulan) selepas bersara, then RM196,000 / 240 = RM816. Pendapatan bulanan kita selepas bersara cuma RM 816 !!!
Dengan RM816 sebulan, macam mana nak tanggung kos makan RM1440 sebulan tu?
Nampak tak krisis yang bakal kita tempuh nanti?
Buka link kat bawah ni untuk lebih sedar tentang situasi kita:
Isu ni mungkin nampak simple bagi kita sekarang ataupun kita ni masih kurang kesedaran sehingga tak terfikir nak buat planning awal.
Kadang kita terlalu memikirkan diri kita hari ini hingga lupa apa yang harus kita siapkan untuk diri kita di masa hadapan. Yes, kita mesti ada perancangan rapi dan smart. Bertindak secara bijak bermula dari sekarang!
In next post, aku akan kongsi antara perancangan alternatif yang boleh kita buat. Dengan EPF je, terbukti ia tak cukup untuk berdepan dengan krisis persaraan.
Kita perlukan retirement /saving plan untuk mengatasi inflation rate. Nak tahu planning apa yang mampu 'mengikis' inflasi, wait for my next entry ok!
Berkongsi ilmu demi kebaikan bersama adalah perkara baik, kan? Lebih-lebih lagi di bulan mulia ni. Anyway, selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak kepada semua muslim!
Mohammad Ezwan bin Amrin CIMB Wealth Advisors - Consultant
Facebook: Mohammad Ezwan
Email: ezwan.amrin@gmail.com
Contact / WhatsApp: 019-5815056
Ada lagikah yang tak tahu apa tu selfie? Okay, selfie adalah gambar potret sendiri atau gambar ramai-ramai bersama jurugambar, yang biasanya diambil menggunakan handphone, digital camera atau webcam. Then selalunya selfie akan dikongsikan ke dalam laman sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter, etc. (curi definition daripada Wikipedia).
Ber-selfie adalah 'penyakit' moden yang tak ada penawar mujarab. Kekadang penyakit ni boleh jadi kritikal kat seseorang sampai orang lain terpaksa bawa mengucap. Tapi persoalannya, korang ni jatuh dalam kategori selfie yang mana satu?
1 -Selfie dulu-dulu
Selfie yang dah wujud sejak zaman tak wujud lagi android, smartphone yang canggih, dan takda laman sosial & application hebat macam Instagram, Facebook, WeChat, etc. Ambik selfie pakai camera handphone biasa je, satu kali hingga beratus kali dalam satu masa, lepas tu gambar terbaik di-set sebagai wallpaper handphone. Kalau perlu, gambar akan dicuci kat kedai untuk simpanan sendiri atau simpanan orang lain. Jangan sengih-sengih, tau korang dah buat dari dulu lagi.
2 - Selfie normal/standard
Selfie yang biasa, mengambil gambar secara normal (erk, ada yang tak normal ker? Hehe). Ber-selfie samada secara solo, duo atau beramai-ramai (groufie, wefie, suka hati la apa term). Selfie yang sedap mata orang memandang, tak over act sehingga diwajibkan kena hukuman penampar. Kalau rasa terbaik, selfie akan di-upload sebagai profile picture Facebook, Instagram, Twitter, etc. Ini selfie yang standard punya, selagi kita normal, still duduk dalam kategori ni.
3 - Selfie berjadual
Yang ni aku tabik, selfie is taken at anytime and at anywhere. Sememangnya memerlukan usaha yang berterusan. Masa dan tempat bukan penghalang, yang penting setiap masa & ketika harus ada selfie. Sampai boleh hafal, pukul 7am selfie dia camna, pukul 9pm selfie camna, and so on laa~ Selfie = diari harian, bermula bangun pagi, gosok gigi, sarapan, lunch, dating, buang air, sehingga tidur malam, selfie menjadi kemestian. "Selfie is my life!"
4 - Selfie perubahan/pembaharuan
Selfie yang diambil bertujuan untuk menguar-uarkan perubahan atau pembaharuan yang wujud pada seseorang. Nak tunjuk baju baru, aksesori baru, tudung baru, new hair dan apa-apa je yang memaparkan something different than before. Antara selfie yang mendapat banyak Like dan komen pujian melambung. Pilihan untuk memberi komen jujur terletak di hujung jari anda. Good luck! :)
5 - Selfie abdomen
Selfie sebegini tertakluk kepada syarat badan kau harus berketul-ketul, tidak kelihatan walau sekerat tulang rusuk. Kalau kau confident badan dah cukup 6-pack, boleh la selfie sepuas hati, tapi kalau 1-pack pun kau rasa perlu tayangan umum, then go ahead la. Selfie sebegini adalah jangkitan kronik mostly kat lelaki, termasuklah the Likers & Commenter of "Smart la badan U, I suke" of the selfie. Oopss... #facepalm
6 - Selfie jamban
Cermin kat dalam toilet amat berbahaya, ia menyumbang peratusan yang tinggi kepada penyakit selfie. Dengan syarat jamban pun harus bersih! Antara jenis selfie yang fungsinya untuk memperlihatkan peragaan baju kita di hari kejadian. Tinggal korang komen je, samada dressing orang tu lawa atau tak. Kalau tak lawa, cakap lawa je~ Hoho...
7 - Selfie tidur
Lokasi adalah kat tilam, prop seperti bantal dan selimut akan digunakan untuk melengkapkan selfie & mendapat Like berjuta-juta. Pernyataan seperti, "Good night!", "Okay, nak tidur dulu, bye!", "Panas la malam ni, nak tidur bogel la", "I dah ngantuk sangat, nite all", "zzZZzz", etc antara yang biasa digunakan. Jika perlu, badan tanpa seurat benang akan ditayangkan sedikit, untuk tunjuk keseksian tidur, maybe? Tak pasal-pasal, korang yang tengok yang tak dapat tidur nanti, jaga-jaga...
8 - Selfie dikala sakit
Ni aku rasa selfie yang objektifnya untuk berkongsi kesakitan dengan orang lain. Tak kisah sakit tu sedahsyat mana, yang penting ber-selfie harus diteruskan. Demam panas ker, headache ker, sakit perut yang teramat, cirit birit, muntah-muntah, dan apa-apa lagi la, as long as tangan masih mampu memegang handphone, "I don't care, I need a selfie jugak!". Ish ish ish, degil sungguh~
9 - Selfie dikala berduka
"Apa salahku padamu?", "Harap kau bahagia bersama si dia", "Aku sememangnya bukan pencinta terbaik buatmu". Sedihkan bila terbaca ayat macam ni, ditambah lagi wajah 5 sen dengan air mata berlinangan, fuuh memang pakej terbaik untuk korang muntah seminggu. Kena lagi kalau selfie tu jejaka 'macho', dengan ayat-ayat sedih nak mampus, seriously epic! Terasa gemilang sangat kot share to public kesedihan dilanda putus cinta ni. Huhu, dunia, dunia~
10 - Selfie minta kaki
Orang tengah sibuk menyelamatkan mangsa accident, dia ber-selfie happily. Orang tengah kelam kabut memadam kebakaran, dia sibuk ber-selfie dengan girang. Orang tengah sibuk dalam upacara pengebumian, dia pergi ber-selfie senang hati. Situasi yang mana orang sepatutnya berduka/bersedih, si dia pula mengabadikan keriangannya. Eh, ber-selfie kat kuburan sambil pijak kubur boleh, takde masalah la, siapa cakap tak boleh? Selagi keluarga turut memberi sokongan & dorongan, teruskan je niat 'murni' tu. #facepalmlagi
**********
Zaman moden sekarang ni, dengan rangkaian sosial meluas, semua benda di hujung jari, kan? Tapi baik dan buruk tetap ada walau semaju mana pun kita, so sentiasalah berpadah-padah dalam berkongsi 'diri' anda di hadapan umum. Peace! Jom take a selfie, weehoo~ :)
Alhamdulillah, selesai pun PRU13. Semua dah tahu keputusan, kan?
Tapi aku nak share gak~
Barisan Nasional kekal memerintah Kerajaan Persekutuan untuk bakal 5 tahun lagi, tahniah! Apa yang diharapkan adalah transformarsi ke arah yang lebih baik. Segala yang baik perlu dibangunkan lagi, segala yang tak baik harus ditinggalkan. Oh, ni nasihat kepada semua pemimpin yang dah menang, BN, PAS, PKR, dan DAP (padahal, siapa la aku nak menasihat ni kan).
Pembangunan berterusan amat diharapkan, takuk lama harus ditinggalkan. Kita sebagai rakyat pun sama, self-improvement tu sangat penting untuk kita menyumbang kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat & negara (huh, ayat dah macam karangan SPM..haha..). Sama-sama kita majukan Malaysia dengan tindakan positif, rasional & relevan ya kawan-kawan.
Better jangan wujudkan isu & atau menjadi pak turut yang menyokong 'penyusulan isu' (yang ni ramai) selagi korang tak jelas dengan perkara sebenar. Jangan mudah terperanguh dengan media massa. TV ni susah mau dipercayai sebab suka putar-belit (sometimes yes), tapi sepupunya si Internet masih tergolong dalam keluarga media massa. Sesetengah orang ni percaya sangat dengan Internet? Bagi aku senang, selagi ianya buatan manusia, selagi itulah 100% kesempurnaan tak akan wujud.
Kalau betul ada penipuan dalam PRU kali ni, kita kena yakin dengan Allah SWT yang Maha Mengetahui segalanya. Penipuan takkan terlepas dalam pandangan Allah. Dia akan membalas perbuatan keji manusia, budak darjah 1 pun tahu akan kebenaran ni :)
Allahuakbar~
Btw, di sini aku nak share pandangan rakan-rakan FB selepas pilihan raya. Masih panas sikit after PRU ni. Apapun, harap semuanya relax je, sama-sama kita maju ke hadapan dengan usaha tulang empat kerat kita ok.
Kita tak jelas sangat dengan 'warna-warni' tersebut, harap ianya tak benar.
Jika benar, jangan risau, Allah ada melihatnya.
Hurm, dalam bidang operation, RCI/A (Root Cause Investigation/Analysis) amat penting dalam mencari punca utama/jelas kepada sesuatu permasalahan. So, aku rasa method tu boleh apply dalam hal ni, untuk memastikan adakah yang kita ragukan tu adalah punca jelas atau tak jelas & boleh diterima atau tak berkaitan dalam 'hasil' yang diperoleh sekarang. Hehe...ker aku over rasa boleh apply method sebegini?
Aku pun nak pemeriksa exam kira balik markah SPM aku! LOL
Congratez! Yela, benda free bukan senang mahu dapat.
Kalau betul kita nak kesenangan dengan pendidikan free, usaha kuat perlu bahkan masa zaman sekolah menengah lagi. Result SPM mantap, boleh dapat biasiswa tertentu, yang penting kena usaha. Macam kat Sabah, Yayasan Sabah support biasiswa kalau result SPM bagus. Support start from selepas SPM (diploma, form 6, matrikulasi, etc) sehingga habis degree. OK apa, kan? Hehe...bukan promote, tapi just share.
PTPTN untuk 'kemakmuran' zaman study.
Bila 'kemakmuran' hilang, nak 'langsaikan' dengan cara mudah - Mansuh!
Yeah! Jom berubah!
Aku pun setuju dengan pendapat ni. Jangan gaduh-gaduh, bincang baik-baik. Masalah takkan selesai selagi tak ada toleransi & persefahaman.
This one antara status yang paling best, mesti ramai dah tau or baca sebab dah spread dalam FB. Aku sangat setuju dengan saudara ni, aku pun menaruh harapan tinggi akan 'usul' ni :)
Di sini gak aku nak share satu penjelasan yang boleh aku katakan sangat make sense. Dengan post FB yang berlambak-lambak pasal isu-isu panas PRU, yang ni antara yang detail & boleh difikirkan logiknya.
Bahang PRU13 makin panas. Memang satu kerugian bagi aku sebab tak dapat mengundi (sedihnya...huhu) tapi keadaan tak mengizinkan, bukan rezeki aku sekarang untuk merasa mengundi PRU. InsyaAllah next time~
Aku tak nak sentuh politik secara kepartian, aku tak berminat sangat, tapi I do care! But most I care ialah norma keadaan politik kita, iaitu keperibadian & nilai masyarakat kita sendiri. Aku bukanlah orang yang experience akan hal itu & ini, makan garam pun tak cukup lagi, tapi selagi kewarasan masih diberikan oleh-Nya, selagi itulah mampu melihat apa boleh dianggap betul atau tak. Tapi harus diakui gak, kita tak semestinya betul, kan?
Persoalan utama, perlukah keadaan politik kita 'kotor' macam ni? Susah nak jawab, kan?
Yup, macam-macam parti ada, macam-macam ragamnya, macam-macam pendekatannya. But why situasi tak sihat ni happened? Faham apa yang tak sihat?
Tanya diri kita sendirilah, asas kepada masyarakat adalah individu & family, kan? Cuba fikir, sistem badan kita ni pun berfungsi berasaskan sel-sel. Sel membentuk suatu kumpulan sel. Satu kumpulan sel bermasalah, sistem badan kita ni akan mengalami masalah. Sel yang jadi tak betul boleh membentuk kanser sel, semua orang takut kena kanser, sebab kanser boleh bawa maut.
Jadi, kenapa kita susah nak realize hal sebegini. Allah SWT sendiri dah tunjukkan bukti perpaduan berasaskan setiap individu, fikirkan bukti melalui sistem badan kita sendiri. Subahanallah~ Jadi perpecahan hanya membawa kehancuran kepada institusi masyarakat, kita je yang susah nak perasan akan hal ni. Buat-buat tak endah.
Kadang orang cakap, "Normal la politik macam ni". Masalahnya adakah ia suatu keadaan normal yang baik? Takkan sampai 100 tahun akan datang pun, nak keadaan yang macam ni? Kutuk sana sini, aibkan itu ini. Mana nilai kita sebagai orang yang bermoral? Yang muslim, mana nilai Islam yang kita pelajari? Tak guna la belajar pendidikan Islam dari kecil, tapi bila dah dewasa, tak apply. Penyampaian Rasulullah berjaya sampai di zaman kita, tapi kita yang mungkin secara tak sedarnya, tak follow sepenuhnya. Nauzubillah~ Peringatan kepada diri sendiri gak.
Kutuk-mengutuk tema utama politik? Buka TV, keluar berita BN dah buat itu & ini, pembangkang pula ditunjukkan secara negatif. OK, ni memang bias terang-terangan, fokus hanya untuk sebelah pihak. Then, kalau ya pun berat sebelah, at least tak payah memburuk-burukkan pihak lain, dapat dosa je tau. Media massa kita ni memang dah overaction.
Pembangkang, PR cuba menyalurkan penyampaian diorang dengan alternatif lain. Antaranya of course la Internet. Internet tak pihak mana-mana, semua orang boleh access, klik je, dah dapat banyak info. Actually, kedua-dua pihak pun banyak salurkan maklumat via Internet, such as Facebook, Blog, Youtube, kita boleh share banyak benda, tak bias.
Tapi, masalah wujud bila semua info diterima bulat-bulat. Ni pun masalah gak. Ramai yang terima tanpa penilaian yang betul. Selagi ia media, janganlah dengan senang percaya ok. Dah namanya pun media massa, still buatan orang. Pesanan untuk semua.
Sedar tak sedar. kita lebih banyak bercakap keburukan, seriously, mostly share benda yang negatif, kutuk antara satu sama lain. Kalau dapat kepuasan dengan caci-maki macam tu, syaitan lagi rasa puas sebab korang follow 'cara' dia. Senang ambik contoh FB la, share opinion, then takdenya nak setel, masing-masing dengan minda yang tak boleh nak buka besar, menyuarakan pendapat dengan percakaran. Walaupun dalam FB, kita tak lepas daripada penglihatan Allah. Malaikat sentiasa catat dosa pahala.
Aku paling terkilan sekali bila hal politik kepartian dimasukkan dalam khutbah Jumaat. Aku memang sangat tak faham yang ni. Apakah khutbah sebenarnya? Sesuaikah pendapat individu atau sesebuah kumpulan dibacakan dalam khutbah yang sepatutnya memberi penyampaian Islam yang menyeluruh? "Keadilan, keadilan, keadilan", katanya. Khutbah bukan ceramah berkempen, jangan cemarkan kesucian khutbah Jumaat dengan pandangan yang berat sebelah. Sedih tau.
Macam ni la lebih kurang isi khutbah di sebuah masjid. "Dalam sukan bola sepak, kita memilih sebuah pasukan disebabkan kehebatan diorang, bukan kehebatan individu. Kita harus memilih ahli daripada pasukan yang terbaik, bukan secara individu, kerana kekuatan akan ditonjolkan oleh sebuah pasukan." Apa yang aku tangkap dari sini, adalah PR tu kononnya pasukan terbaik, so undilah calon PR, walaupun calon lawan tu, maksudnya individu tersebut, mungkin lebih baik. What??? Ada benda yang kita tak boleh samakan, pilihan raya & bola sepak? Analytical mind tu penting, tak pasal-pasal calon yang baik diketepikan. Bagi aku, pilihan sepatutnya based on individual performance.
Memang boleh perasan ramai juga generasi muda sekarang ni yang dilihat inginkan perubahan. Actually, semua orang yang hidup di dunia ni inginkan perubahan dalam hidup kita, betulkan? Cuma perubahan yang macam mana korang inginkan? Apa situasi yang korang alami sehingga begitu teguh inginkan sesuatu perubahan? Yang ni ramai tak jelas sebenarnya.
Bagi aku, yang ni cukup subjektif. Tinggal jelas atau tak jelas je apa yang korang nak. "Anak muda sekarang ni ramai yang bijak pandai, boleh berfikir, dah tahu membezakan." Aku selalu dengar ayat ni. Mungkin ya betul, tapi boleh berfikir untuk kemajuan kebendaan kena seiring dengan pembangunan sahsiah. Kalau percakaran yang tak sihat ni dah jelas pada anak muda, so apa gunanya kemajuan yang korang inginkan?
Apa gunanya kita maju & berubah tapi pada dasarnya kita berbalah? Keadaan politik macam ni hanya mendidik kita untuk bercakaran secara terbuka, betul tak?
Kita bermati-matian untuk 'menang', tapi kita tak pernah sedar akan cara kita yang mungkin tersasar dari nilai positif, especially konsep Islam bagi yang muslim. Perjuangan menegakkan Islam tu sudah semestinya tapi cara tu tak semestinya betul. Maaf ye, aku pun bukannya arif sangat akan bab-bab agama, tapi sepanjang hidup, kita daripada kecik lagi dah mendapat didikan Islam. Nilai-nilai asas kita dah pelajari, tinggal kita terjemahkan dalam bentuk perlakuan je.
Dalam keadaan bahang PRU ni, tidakkah korang rasa yang Allah sedang menguji kita samada ajaran Rasulullah tu boleh kita follow dalam situasi yang kritikal? Tidakkan korang rasa time PRU ni la, syaitan tu cuba mencucuk-cucuk kita agar lupakan nilai asas Islam & praktikkan sebaliknya? Yang sedihnya jika 'pembelajaran' tak baik ni berlaku, then jadi kebiasaan, seterusnya sampai bila-bila pun susah mau berubah.
Keadaan macam ni memang dulu pun sama, kan? Tapi bukankah sekarang dah ramai golongan bijak pandai. Ke mana erti 'berilmu' tu kalau masih meneruskan percakaran yang dah sedia ada. Bukankah lebih baik ilmu digunakan dalam memperbetulkan diri sendiri & asas institusi masyarakat.
Aset penting negara adalah generasi muda. Jangan konfiden sangat akan pandangan diri sendiri, sometime keadaan kita yang mungkin rakus tu membawa kepada pilihan yang tak tepat. Jangan dengan inginkan kesenangan cepat, korang ketepikan logikal. Kesenangan bermula dari bawah, tanpa kesusahan yang kita alami sendiri tak mengajar banyak erti kehidupan. Itulah ilmu penting yang kita tak boleh belajar dengan mudah. So, jangan nak terima kesenangan begitu saja kalau kita tak pernah mencuba untuk merasa kesusahan.
Ini pandangan aku sebagai seorang yang membesar dalam bersederahana (hurm, I think so). Aku bersyukur pernah mengalami kesusahan, sangat bersyukur. Mungkin aku NAIF dalam menyatakan pendapat sebegini, tapi asas Islam & nilai positif masyarakat yang paling penting dalam membentuk sebuah komuniti yang berjaya. Wallahualam~
SELAMAT MENGUNDI & MEMBUAT PILIHAN YANG TEPAT DALAM PRU13!
Kali ni aku mau sentuh pasal politik sikit. Aku malas nak cakap bab politik ni sebenarnya, tapi semua orang kena ambil berat pasal isu-isu membentuk kerajaan ni. Takkan selama-lamanya tak nak ambil tahu, kan?
Aku di sini tak sokong & tak salahkan kerajaan Sabah 100%, Sabah sebenarnya dah banyak improved. Thanks to semua pihak sebenarnya. Cuma kemajuan belum cukup, masih banyak tempat & keadaan yang perlu dibangunkan lagi. Understood, it is a process~
Sokongan semua pihak itu perlu. Bukannya sini buat, sana tak buat. Bukannya 50% belanjakan secara betul, 50% belanjakan untuk kepentingan sendiri. Bukannya atas buat betul, bawah buat tak betul. Bukannya bawah salah, yang atas senyap-senyap tak bertindak. This is the main problem. Kesedaran sebagai manusia tu tak cukuplah.
Orang akan bising jika janji hanya SEKADAR janji, rancangan tak jalan. Sometimes, yes memang hanya sekadar janji, aku akui. Tapi sometimes ada perancangan & pelaksanaan yang takes long time, tapi silapnya flow pelaksanaan tu tak teratur. Perlu juga pendedahan tentang progress of the planning, sebab bila orang tak tau, it will create another story & orang cakap, "Kerja tak jalan!"
100% komitmen tu yang penting bagi aku. Bukan sekadar pemimpin, tapi rakyat sendiri. Kalau rakyat sendiri buat tak tau, benda takkan jalan. Sebagai rakyat, harus untuk kita improve ourselves & then menyumbanglah sesuatu kepada masyarakat & negara. Ekonomi mantap, negara pun mantap.
"Ah, menyumbang ini itu pun, kita dapat apa? Diorang juga yang kaya!" Yes betul, tapi kolot sikit pemikiran anda. Perlukah kita menyumbang sesuatu and then mengharapkan balasan bertubi-tubi. Kita harus tanya, apa sumbangan kita selama ni?
Kalau satu habuk pun kau tak bagi untuk negara, tetiba bising tak puas hati, macam pelik la bro. Lainlah kalau kau dah berjaya membantu dalam kemajuan ekonomi setempat, tapi tak dihargai & dapat apa yang sepatutnya, logiklah juga kalau nak bising.
Hati-hati ok, kadang kita tak sedar yang mungkin pemikiran & tindakan kita dah tersasar (walaupun sikit) daripada rasa SYUKUR.
Owh, Sabah bumi indah yang aku cintai. Ramai yang terpekik-pekik, "Masalah Sabah tak pernah selesai!" Spesifik-kan masalah tu, masalah apa yang tak selesai-selesai?
-Masalah bekalan air & elektrik
-Jalan raya yang tak OK
-Pendidikan yang tak mantap
-Makanan tak cukup atau kebuluran
-Kemiskinan
-etc
Semua inikah yang tak selesai?
Tak relevan kalau cakap tak selesai, ini boleh digolongkan sebagai perancangan jangka panjang. Kita kena calculate dah berapa percent masalah ni settle. Progress terhadap penyelesaian masalah tu yang kita kena tahu.
#1-Bekalan air & elektrik
Aku bersyukur sebab actually yang ni dah banyak improve. Mungkin sesetengah tempat masih mengalami masalah sebegini. Aku ingat dulu time zaman aku sekolah, catuan air di tempat aku dibuat hari Isnin & Khamis. Susah wei, aku nak bising-bising pun, tak best jugak, seolah-olah aku tak bersyukur pula. Cuba fikir 2 hari je seminggu, tapi orang kat negara miskin lain, berhari-hari tak ada air.
Aku ingat lagi, pagi-pagi mau pergi sekolah, kena standby & angkat air sendiri. Berjimat sangat dalam mandi. Haha~ Sometimes kena angkat air berbaldi-baldi untuk isi 2 drum. Huh, pengalaman~
Elektrik? Dulu kat tempat aku kejap-kejap black-out, sampai berjam-jam. Sangat selalu. Dalam seminggu, ada dalam 2-4 kali. Biasanya electric off 8-12 jam sehari. Ambik kau, susah woo~ Nak study malam pun tergendala, bwahaha... study la sangat~
Sekarang, semua dah OK. Air tak ada catuan lagi. Elektrik pun tak off berjam-jam lamanya, kecuali la kalau ada kerosakan kabel ker, or apa-apa yang berkaitan.
Thanks to semua pihak yang terlibat yang concern tentang kemudahan air & elektrik ni. Ini 1 improvement di Sabah. Kalau nak compare zaman datuk-nenek kita, improvement tu of course lagi besar! Tinggal lagi kawasan-kawasan tertentu perlu dibangunkan, jadi pihak berwajib pandai-pandailah bertindak yer.
#2-Jalan raya tak OK?
Jalan memang tak best, tapi bukan semua tempat. Macam sebelum ni aku cakap, perancangan tu kena licin. Jangan di pihak atas nak majukan, di pihak bawah makankan, pelaksanaan tak jalan. Last-last, dapat makian. Jalan raya perlu banyak improvement.
Kalau compare dengan time dulu-dulu, banyak jalan yang dah maju. Kadang kena faham geografi Sabah ni macam mana, so pembangunan jalan tu lambat sikit. Tapi kalau dekat tanah rata pun masalah jalan tak selesai-selesai, "Hurm apa masalah bang?"
Beberapa area di sekitar Sandakan yang jalannya berlubang-lubang, especially jalan utama Batu 12, Batu 10 & Batu 9 (uish, ingat gak aku. Haha~ hari tu balik kampung jap). Please ya pihak-pihak berkenaan, dah berapa lama jalan tu macam tu, kadang macam makin teruk gak.
Maybe yes atas sebab banyak lori & banjir, tapi somebody need to think how to avoid that. Somebody maybe can be YOU! So, that's why kena ada kerjasama semua pihak, kan? Including our future generation.
Aku cerita sikit dengan korang. Dulu, time aku kecik, masa tu tinggal kat area Suan Lamba, Kinabantangan. Pergi bandar Sandakan, kena naik bot kapal tau. Kalau jalan darat, kena ambil masa sehari kot. Atas sebab apa? Yup, masalah jalan, gravel road (orang kampung cakap, jalan grabel. Hehe~)
Jeti Buang Sayang, di sinilah tempat berlabuhnya bot kapal.
Rindu that moment waktu naik kapal :)
Lepas pindah ke Batu 16 Sandakan, pergi bandar Sandakan, naik bas saja. Tapi dari Sandakan nak ke Kinabantangan jadi susah. Naik bot kapal memang cepat, naik kenderaan darat, fuyooo~ serius jauh. Aku rasa setengah hari perjalanan. Dah la berhabuk nak mampus (jalan grabel kan...). Waktu tu, kitorang ada van kecik je. Kerja kitorang adik-beradik sepanjang perjalanan; bergelak-ketawa, tidur, then bangun balik, and then tak henti tanya kat our parent "Lama lagikah sampai?"
Sekarang, jalan sudah berturap, memang OK, naik kereta sejam ke 2 jam dah boleh sampai ke kampung Suan Lamba from Sandakan. So siapa cakap jalan raya tak ada kemajuan?
Ok, another story pula. Kampung mak aku kat Pitas Kudat, Sabah. Sejak aku lahir, 1st time aku pergi ke Kudat, kampung mak aku tu, pada tahun 2001. Bayangkan 13 tahun hidup masa tu, 1st time dapat pergi situ. Itupun ambil masa sehari perjalanan. Sebelum ke Kudat, kena sampai ke Kota Kinabalu dulu. Naik bas, van, ke jalan ni, ke jalan tu, barulah sampai. Lepas tu, jalan Pitas Kudat tu, mak aih, memang teruk masa tu.
Then, dalam tahun 2008 (if I'm not mistaken), dah ada jalan raya berturap from Sandakan terus ke Kudat (tak payah singgah Kota Kinabalu lagi). Jalan tu melalui beberapa daerah Sabah. Sekaligus, daerah-daerah tu dah lagi senang untuk berhubung dengan pekan Sandakan or Kudat.
Inilah jalan yang aku maksudkan.
Kitorang pun pergi ke Pitas senang, 5 hingga 6 jam dah boleh sampai. Disebabkan tu, family aku selalu berulang-alik ke Sandakan-Pitas, at least sebulan sekali sekarang. So, ulang soalan, siapa cakap jalan raya tak ada kemajuan?
Kemajuan dah ada, cuma perlu sentiasa diteruskan sebab bukan semua jalan dah cantik, kan?
Btw, jalan kat Meru Klang, Selangor ni pun teruk, since setahun lepas duk sini, sesetengah jalan baru je OK bulan ni. Nak tolak jauh-jauh pemikiran ni, tapi still fikir gak, "Sebab PRU nak dekat la ni." Ahakz~
#3-Pendidikan mundur?
Kalau pendidikan mundur, tak adalah orang Sabah yang belajar tinggi-tinggi. Ada yang sangat tinggi lagi, sampai konsep Tuhan pun disalah pakai. Nauzubillah, harap kita tak tergolong dalam golongan sebegitu. Amin~
Banyak sekolah rendah & menengah yang dibina, tinggal lagi budak-budak kat situ mau study atau tak. Banyak sekolah menengah dah buka Form 6 silibus, then kawasan tertentu buat Politeknik, ILP, tertubuhnya Universiti Malaysia Sabah, buka cawangan baru UMS lagi kat Sandakan, so bukankah ini satu pembangunan dalam pendidikan? Tinggal lagi remaja-remaja kat situ nak study atau tak.
Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Apa yang penting, management institusi pengajian tinggi harus dipertingkatkan. Please la take note, buatlah kerja dengan efficient & betul, institusi tu sukar nak maju dengan condition di mana ramai orang malas buat kerja dengan betul.
Then, apa yang perlu dimajukan dalam kalangan remaja Sabah ni adalah semangat dalam menimba ilmu. Mungkin sebab persekitaran yang tak berapa kondusif & keadaan kehidupan yang memaksa. So, aspek-aspek sebegitulah yang perlu dititik-beratkan untuk meningkatkan kemajuan dalam pendidikan. Bukannya sekadar minta mansuh ni, mansuh tu, tapi aspek-aspek tertentu tak diteliti.
#4-Masalah kemiskinan & tak cukup makan?
Makanan bukan menjadi masalah kepada rakyat Sabah. Makanan cukup, rakyat Sabah pun bukan jenis memilih yang nak makan ni, makan tu. Makanan laut banyak, sayur-sayuran bertaburan kat bumi Sabah tu. Semua senang dapat. Hidup Sabah! Yeah! (tetiba pulak. Haha~)
Errm, mungkin ada gak yang memilih dalam bab-bab makan ni, eh dah macam lari topik pula :p
Kemiskinan? Hurm, ni sebenarnya dah banyak improve tapi still menjadi masalah yang besar. Orang Sabah ni ramai yang ada tanah sendiri, pun boleh hidup dengan bercucuk-tanam. Bantuan dari segi pendidikan dalam pengurusan tanah, memajukan tanah & tanaman, pengurusan hasil tanaman, jual beli dan sebagainya, inilah yang paling penting sebenarnya. Hal ni dapat menyumbang kepada ekonomi negeri Sabah jugak. Yup, ada agensi-agensi yang berperanan dalam hal sebegini, tapi bantuan hangat-hangat tahi ayam sudah semestinya tak cukup. Setuju?
Masalah timbul bila ketelusan sesetengah pihak diragui. Siap nak control everything lagi. Susahlah macam ni, kita harus sedar akan mainan sesetengah pihak macam ni. Jangan bertindak tanpa berfikir masak-masak yang akhirnya merugikan diri sendiri. Pihak berwajib harus bangun & jangan buat-buat tak sedar akan permasalahan sebegini.
Jadi, mahu pilih siapa untuk PRU13 nanti?
Bagi aku, yang penting pilih berdasarkan individu.
Pilih by parti? Hurm seluruh parti bukan semua orangnya OK~
Di Sabah, aku akan sokong sesiapa yang akan menitik-beratkan isu-isu major kat Sabah, iaitu isu-isu yang aku sebutkan di atas. Kesemua hal-hal di atas sebenarnya aspek yang boleh meningkatkan ekonomi Sabah, di samping pengurusan sumber semulajadi Sabah. Lagi satu isu yang perlu ditekankan ialah pengurusan & tindakan terhadap pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah.
Bandar Sandakan. Dekat sini, ramai gak PATI.
Aku boleh undi Barisan Nasional or Pakatan Rakyat, it's my choice as a voter.
As video kat bawah ni, aku dah tengok:
Eh, Khairuddin dah jadi pelakon la~ Autograf please... :)
OK, satu inisiatif yang baik tapi isu diorang tak spesifik for Sabahan.
-Harga barang naik
-PTPTN
-Harga minyak petrol
-Pengurusan tanah adat
-Pembinaan rumah mampu milik
-etc
Ini isu-isu common yang tak berlandaskan masalah-masalah utama di Sabah. Harga barang & minyak petrol naik turun, based on keadaan ekonomi.
PTPTN pula, bukan isu utama since ada berapa ciput je yang complaint. Ramai je student yang okay dengan PTPTN. Yang aku pelik, ramai yang still study lagi, tak start lagi dengan dunia luar, bayar ni & bayar tu, tapi tetiba jerit, "Mansuh! Mansuh!". Hurm, manusia, manusia~ Tapi aku sokong untuk mansuhkan interest tu.
Then, pengurusan tanah tu aku support sebab sesetengah tempat memang suka putar-belit hal macam ni. Antaranya Jabatan Tanah & Ukur Daerah P**as, oops, terlepas taip :p
Pembinaan rumah mampu milik tu kat mana? Jangan kat tengah hutan bukit bukau sudah. Mantapkan pengurusan pembinaan rumah dengan saiz yang bukan ala kadar & harga berpatutan, baru aku rasa setuju.
Kenapa tak highlight-kan dalam video ni planning 'bakal kerajaan' tu menyelesaikan isu-isu tersebut? Ini serupa je macam cakap, "Aku akan buat", tapi perancangan untuk gerak kerja tak jelas. But still salute sebab ada inisiatif buat video ni.
Hurm, tak apa la, still dalam proses menilai siapa yang layak to be voted!
Alhamdulillah~ Dalam keadaan baik or buruk pun kita harus bersyukur~
Uish, jejaka mana ni? Tetiba gambar aku pula, bhahaha~
"Hurm, cantiknya ciptaan Allah. Semoga penilaian kita sebagai manusia pun cantik."
**Ini pendapat aku ya, setuju atau tak, itu pendapat korang. Sebagai manusia, aku still naif & bukanlah pakar sangat akan penilaian hal sebegini. Just mau share pandangan aku yang juga anak jati Sabah. Peace! Wallahualam~
**Credited to Dato' Google atas sumbangan gambar-gambar :p