Showing posts with label Kota Kinabalu Sabah. Show all posts
Showing posts with label Kota Kinabalu Sabah. Show all posts

Thursday, November 27, 2014

Tengok Gunung Kinabalu Dari Atas Awan


Assalamualaikum...
Salam sejahtera pembaca sekalian...

Lama jugak aku tak update blog kan.
Terdengar sayup suara berbicara, "Who cares samada kau update atau tak?".
Haha~ okay abaikan.

Aku cuma nak share 1 benda saja.
Ni antara experience yang jarang-jarang dapat.

Siapa pernah fly dari Kuala Lumpur ke Sandakan, Sabah waktu awal pagi? Sila angkat ibu jari kaki kanan 90 darjah sebagai tanda 'Ya, saya pernah!'. Yang kaki busuk, just angkat tangan cukup. Tapi kalau ketiak pun 'harum' semerbak, cuma cakap 'Ya' pun boleh.

Abaikan perenggan di atas sebab penuh merapu. Cuba tengok gambar kat bawah ni yang diambil oleh seorang jurugambar amatur yang masih kekal amatur sampai sekarang.


View Gunung Kinabalu dari atas flight Air Asia; KL to Sandakan.
Tarikh: 24 Januari 2013
Masa: 8.40 pagi


Korang nampak tak tersergamnya Gunung Kinabalu kat situ? Lagi cantik kalau dapat tengok live sendiri. Serius aku tak tipu, Subhanallah memang indah tengok dari atas flight.

Seingat aku, masa tu aku tengah tidur, then ada announcement from pilot yang kapal sedang melepasi Gunung Kinabalu. Since aku pun first time nampak full view dari atas, aku pun cepat-cepat ambil phone nak snap photo. Nak dijadikan sadisnya cerita, handphone aku Off lagi masa tu (kenapalah mematuhi peraturan sangat aku ni...haha~).

Waktu orang dah snap beratus ribu gambar, aku baru nak On-kan phone, then set Flight Mode. Jiwa berkecamuk, kenapalah phone ni lembap sangat nak On (salahkan phone pulak daa...). Wastage sungguh, orang dah juling tengok gunung, handphone aku baru On.

Di masa kritikal kapal makin menjauhi gunung, sempat la aku snap 2 gambar. Itu pun actually dah jauh! Okay la kan, at least dapat tengok live secara jelas.

Ni 2nd photo. Gunung dah lepas makin jauh masa ni.


Peluang ni dapat kalau korang fly awal pagi, flight dari KL pukul 6am++ (sebab sampai Sabah pukul 8am++), cuaca pagi tu harus cerah kat Sabah, dan korang kena duduk seat paling hujung belah kiri, seat A ok. Kalau kau dapat seat B, boleh la nampak sikit-sikit. Itupun kalau yang duduk seat A tu tak excited tahap mak lampir sampai cover satu tingkap. LOL.

Kalau kau dapat seat yang lain, kau duduk je la diam-diam baca menu makanan, sebab memang takde chance nak tengok. Hehe...

Aku rasa flight from KL to Kota Kinabalu, takkan dapat tengok Gunung Kinabalu, tapi kalau flight from Kota Kinabalu ke Sandakan, boleh nampak gunung tu, but condition kena sama la macam kat atas.

Tengok dari atas daaahh, tapi daki gunung taaakkk pernah lagi...
Nama saja orang Sabah.... Hahaha~
InsyaAllah next time~  :)



*******
Siapa ada gambar or experience tengok Gunung Kinabalu dari atas, silalah share-share ya... :)




Sunday, June 23, 2013

Pulau Manukan & Mamutik


Kota Kinabalu kaya dengan pantai dan pulau kecil yang sesuai untuk kita beriadah beramai-ramai. Entri kali ni aku nak story pasal pulau-pulau kecil tersebut. Hendak berkelah dan bersantai bersama keluarga atau kawan-kawan, kat situ memang sesuai. Pulau-pulau tu tak jauh sangat, dalam15-20 minit dari bandar KK.

Dekat KK, ada pakej untuk pergi 1 hingga 3 pulau dalam sehari; Pulau Manukan, Pulau Mamutik & Pulau Sapi. Kalau pakej 1 hingga 2 pulau, korang boleh pilih which island yang korang nak pergi. Masa tu, kitorang ambik pakej 2 pulau; kitorang pilih Pulau Manukan & Mamutik. Pulau Manukan luas dan cantik. Pulau Mamutik pula best untuk snorkeling.

Ini cost per head kitorang masa tu:
Tambang bot untuk 2 pulau (pulang balik) = RM 30
Bayaran jeti = RM 3.60
Tiket masuk kesemua pulau = RM 3
Sewa goggle + life jacket (snorkeling) = RM 15
Jumlah kos = RM 51.60 per head

*Kos bergantung kepada tawar-menawar anda  :)

Booking kat jeti Jesselton Point. Kitorang pilih untuk memijakkan kaki ke Pulau Manukan dulu. Boleh pilih which island you want to go first.



Pulau Manukan

Pulau Manukan memang nyaman dan cantik!

Serius enjoy, nak berenang pun best!

Fuuuh, nikmat sungguh, dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa.

Santai relakskan mental & fizikal.



Parasailing

Price for double parasailing = RM 140, meaning that RM 70 per head.
*Ni aktiviti tambahan, kalau nak main. Kena pandai tawar-menawar gak.

Ada banyak aktiviti disediakan kalau korang nak main, tapi kena tambah duit sikitlah. Member nak main parasailing, so aku follow diorang untuk snap their pictures. Tengok diorang kat atas tinggi melangit tu, memang best! Siap bot tarik masuk air lagi. Haha... Diorang cakap parasailing tu syok!



Pulau Mamutik

Pulau Mamutik sesuai untuk aktiviti snorkeling, jumpa macam-macam ikan, dengan pelbagai warna. Tapi lagi syok kalau ada waterproof camera. Ehem, dinasihatkan untuk pergi ke pulau ni di waktu pagi sebab waktu petang pantai dah surut. Masa tu kitorang sampai dalam pukul 2 pm, pantai dah mula surut. Snorkeling kejap, then dalam 2.50 pm, diorang dah tak bagi snorkeling. Bila pantai dah surut, kita dengan tak sengajanya akan menjadi 'pengganas' terhadap terumbu karang. Huhu...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...