Kota Kinabalu kaya dengan pantai dan pulau kecil yang sesuai untuk kita beriadah beramai-ramai. Entri kali ni aku nak story pasal pulau-pulau kecil tersebut. Hendak berkelah dan bersantai bersama keluarga atau kawan-kawan, kat situ memang sesuai. Pulau-pulau tu tak jauh sangat, dalam15-20 minit dari bandar KK.
Dekat KK, ada pakej untuk pergi 1 hingga 3 pulau dalam sehari; Pulau Manukan, Pulau Mamutik & Pulau Sapi. Kalau pakej 1 hingga 2 pulau, korang boleh pilih which island yang korang nak pergi. Masa tu, kitorang ambik pakej 2 pulau; kitorang pilih Pulau Manukan & Mamutik. Pulau Manukan luas dan cantik. Pulau Mamutik pula best untuk snorkeling.
Ini cost per head kitorang masa tu:
Tambang bot untuk 2 pulau (pulang balik) = RM 30
Bayaran jeti = RM 3.60
Tiket masuk kesemua pulau = RM 3
Sewa goggle + life jacket (snorkeling) = RM 15
Jumlah kos = RM 51.60 per head
*Kos bergantung kepada tawar-menawar anda :)
![]() |
| Booking kat jeti Jesselton Point. Kitorang pilih untuk memijakkan kaki ke Pulau Manukan dulu. Boleh pilih which island you want to go first. |
Pulau Manukan
![]() |
| Pulau Manukan memang nyaman dan cantik! |
![]() |
| Serius enjoy, nak berenang pun best! |
![]() |
| Fuuuh, nikmat sungguh, dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa. |
![]() |
| Santai relakskan mental & fizikal. |
Parasailing
Price for double parasailing = RM 140, meaning that RM 70 per head.
*Ni aktiviti tambahan, kalau nak main. Kena pandai tawar-menawar gak.
Pulau Mamutik






