Showing posts with label Iron Man. Show all posts
Showing posts with label Iron Man. Show all posts

Saturday, April 25, 2015

Avengers: Age of Ultron [2015]


 Avengers: Age of Ultron adalah filem yang dinanti-nantikan tahun ni, bahkan ada yang tertunggunya sejak melangkah keluar panggung lepas tengok The Avengers 2012 dulu. Aku la tuu... Haha~ Maklumlah penangan The Avengers masa tu memang kaw kaw bagi impak besar!


Filem ni mengambil tempat selepas kemusnahan S.H.I.E.L.D. dalam filem Captain America: The Winter Soldier [2014]. Tony Stark dalam usaha mencipta satu program pengaman dinamakan sebagai Ultron. Ultron adalah artificial intelligence yang Stark cuba siapkan dengan bantuan Bruce Banner tapi tanpa pengetahuan team member yang lain.


Hasil jadi sebaliknya apabila Ultron ni menganggap manusia adalah musuh utama yang harus dibasmi. Jadi Iron Man, Captain America, Thor, Hulk, Black Widow dan Hawkeye perlu bergabung tenaga musnahkan Ultron. Tapi bukan mudah sebab dah la Ultron tu kuat, diorang terpaksa berdepan jugak dengan pasangan kembar misteri, Pietro dan Wanda Maximoff. Fuuh...


Skop cerita Avengers bertambah luas dengan pengenalan beberapa karekter baru. Ada karekter diperkenalkan sebagai intro untuk next Marvel's film. Selain tu, fokus diberikan kepada beberapa karekter lama untuk kita lebih dekat dengan watak diorang - sedikit kisah silam Black Widow didedahkan dan tak sangka Hawkeye rupanya dah ada anak. Ye la, diorang takda individual film.


Kemunculan twins, Pietro Maximoff & Wanda Maximoff adalah aset yang meningkatkan daya tarikan filem. Tapi sayang watak diorang tak berapa developed sangat bagi aku. Rasa kurang connection dengan watak kembar tu. Apapun, peranan diorang penting jugak & superpower diorang smart!



Seperti filem sebelum ni, konflik antara ahli Avengers turut timbul. Persefahaman yang tak tercapai dalam suatu perkara adalah dasar yang mengembangkan jalan cerita. Self-conflict yang wujud dalam sesetengah hero juga menguatkan lagi cerita. Walaupun banyak watak, then of course wujud beberapa sub-conflict, tapi storyline masih teratur.



Aksi jangan cakaplah... Kalau aksi cincai-cincai, bukan Avengers namanya. Dari awal cerita sampai habis, action to the fullest! Besar betul kemusnahan diorang buat. Haha... Aksi terbaik! Visual effect pun cun! Iron Man versus Hulk memang epik! Penjahat Ultron tu stylo gak, tapi kalau nak compare, Loki adalah the best villain.



Filem ni tak lari jauh dari konsep filem superhero. Sedikit tipikal bila tumpuan banyak kepada aksi tapi kurang adunan kat plot cerita. Tu yang rasa jalan cerita sedikit mendatar. Walapun tak sehebat filem pertama, ia boleh dikategorikan sebagai sekuel yang bagus. Aku bagi 8/10 bintang. Avengers, assemble!




Tuesday, May 1, 2012

The Avengers [2012]



The Avengers [2012] adalah filem yang dinanti-nantikan tahun ini. Penantian ini sememangnya berbaloi sebab ternyata filem ni terbaik. Aku berani cakap yang The Avengers adalah antara superhero movie yang terbaik sepanjang masa, jauh lebih baik daripada filem kumpulan superhero seperti X-Men dan Fantastic Four.


Loki, dewa yang terbuang dari Asgard (rujuk filem Thor 2011) telah datang ke fasiliti kajian S.H.I.E.L.D. untuk merampas Tesseract, sejenis sumber tenaga yang berpotensi tinggi. Dalam serangan ini, Loki telah menjadikan beberapa orang penting S.H.I.E.L.D., termasuk ejen Clint Barton (Hawkeye) sebagai pengikutnya dengan cara memanipulasi minda diorang. Pengikut-pengikut tersebut membantu Loki dalam menjalankan rancangan jahatnya terhadap Bumi.


Nick Fury, direktor S.H.I.E.L.D., kemudiannya mengumpul orang-orang hebat untuk membentuk kumpulan yang dikenali sebagai The Avengers. The Avengers perlu menentang kebangkitan Loki dan bala tenteranya, iaitu bangsa Chitauri yang membawa ancaman kepada dunia. Untuk menewaskan musuh tersebut, The Avengers harus bekerjasama dan mewujudkan persefahaman antara satu sama lain. OK, kisah selanjutnya boleh sambung kat panggung berdekatan anda.


The Avengers:

Genius, billionaire, playboy & dermawan yang popular, mempunyai sut perisai canggih yang diciptanya sendiri.
[Iron Man (2008) & Iron Man 2 (2010)]


Captain America / Steve Rogers (Chris Evans)
Veteran Perang Dunia Kedua yang mempunyai kekuatan fizikal luar biasa melalui eksperimen "super-soldier".
[Captain America: The First Avenger (2011)]


Hulk / Dr. Bruce Banner (Mark Ruffalo)
Saintis genius yang terdedah kepada radiasi gamma sehingga mampu berubah menjadi raksasa hijau apabila marah.
[The Incredible Hulk (2008) - watak asal oleh Edward Norton]


Thor (Chris Hemsworth)
Dewa petir Asgard yang pernah menjalani kehidupan sebagai manusia biasa di Bumi, dan datang kembali untuk menghentikan tindakan saudara angkatnya, Loki.
[Thor (2011)]


Black Widow / Natasha Romanoff (Scarlett Johansson)
Perisik S.H.I.E.L.D. yang sangat terlatih serta pakar dalam mengorek maklumat.
[Iron Man 2 (2010)]


Hawkeye / Clint Barton (Jeremy Renner)
Ejen S.H.I.E.L.D. yang mempunyai skil memanah yang sangat tepat.
[Thor (2011) - cameo]


Nick Fury (Samuel L. Jackson)
Direktor S.H.I.E.L.D. yang bertanggungjawab dalam menubuhkan The Avengers.
[Iron Man 2 (2010)Thor (2011) - cameo, Captain America (2011) - cameo]


Rival:

Loki (Tom Hiddleston)
Saudara angkat Thor, keturunan Frost Giants, yang bercita-cita besar untuk menjadi raja Asgard.
[Thor (2011)]


Setiap superhero dalam filem ni masing-masing ada individual movie pada tahun-tahun lepas, tak pasti anda dah tengok semua atau tak, yang penting kesemua filem diorang sebelum ni berjaya 'memecahkan' panggung. Tapi apabila superhero ni dikumpulkan sekali, terbukti kekuatan diorang lagi kuat, bukan setakat pecah panggung, shopping mall pun boleh pecah sekali. Hehe~


Bila cakap pasal cerita superhero, dah tentulah tema utama filem adalah penentangan terhadap kejahatan dan penamatnya mestilah kemenangan berpihak kepada hero. Jadi yang penting untuk filem sebegini adalah pengisian di tengah cerita, dan banyak filem superhero yang failed untuk part ni sebenarnya. Tapi, filem The Avengers sesungguhnya berjaya diisi padat dengan macam-macam aksi, emosi dan jenaka.



Filem ni penuh dengan aksi yang best, smart & style. Kelebihan, kekuatan, dan skil setiap superhero ditonjolkan dengan bergaya especially aksi dalam klimaks cerita. Aku excited habis tengok diorang fight bala tentera Chitauri tu. Ada satu scene dalam penentangan klimaks yang menunjukkan aksi setiap hero secara berturutan, scene yang tu memang terbaik. Aku suka giler~



Selain tu, filem ni tak mengambil remeh keadaan setiap karakter. Setiap hero difokuskan satu-persatu, emosi dalaman diorang ditunjukkan dengan baik agar kita dapat hayati pendirian setiap karakter. Konflik atau ketidaksefahaman di antara satu hero dengan hero yang lain turut difokuskan dan ditimbulkan secara berkesan. So, plot cerita makin best dan tak tipikal sangat.



Serious kelakar cerita ni tau, kelakar bukan tahap biasa, kelakar gila-gila. Kalau ingatkan balik memang tak sudah nak gelak. Haha~ Boleh pula time tengah fight pun ada diselitkan unsur humor santai, tapi itulah yang menjadikan filem ni syok. Adegan & skrip humor begitu menjadi terutama untuk watak Iron Man. So, skrip filem ni pun sangat bagus.



Aku salute dengan pengarah cerita ni, Joss Whedon kerana berjaya menghasilkan filem The Avengers yang sangat berkualiti. Dalam bulan April ni je, dia keluar dengan 2 filem terbaik, yang satu lagi adalah The Cabin In The Woods, yang mana dia bertindak sebagai penulis & penerbit. "Thor" Chris Hemsworth pun join as actor dalam horror movie tu.



OK, filem superhero ni memang terbaik, one of best movies of all time, seriously I'm sure with this. Disebabkan The Avengers dah bersusah-payah mengalahkan musuh yang ingin menjahanamkan dunia, jadi aku bagi diorang penghargaan 9.5/10 bintang. Awesome!!!






Tuesday, April 17, 2012

The Avengers [2012] - Preview



The Avengers (2012) is one of my anticipated movies for this year. Kesemua individual movie untuk hero-hero tu memang best, setuju tak? Aku excited tunggu movie ni dari tahun lepas lagi, tak sedar yang movie ni dah nak release kat panggung.


Nick Fury, ketua kepada agensi antarabangsa S.H.I.E.L.D telah mengumpulkan beberapa superhero sebagai satu kumpulan, iaitu The Avengers untuk menentang Loki dan bala tenteranya yang mengancam keselamatan Bumi. Dah tonton movie Thor? Loki ni adalah adik angkat kepada si Thor ni, dia jadi musuh utama dalam filem ni.


Game baru (actually tak baru sangat pun), iaitu Marvel VS Capcom 3 telah menampilkan kesemua hero The Avengers ni, kecuali Black Widow. Kalau korang ni kaki game, boleh try tengok video diorang kat bawah ni. Kalau combo diorang dalam game ni ditunjukkan dalam live-action movie, memang bersinar-sinar mata aku tonton movie tu nanti. Haha~


Iron Man Trailer


Captain America Trailer


Thor Trailer


Hulk Trailer


Hawkeye Trailer


Padahal, aku pun tak main lagi game ni, kesian orang takde PS3 kan. Memang berharap combo diorang ni masuk live action walaupun aku rasa macam tak. Anyway, lagi satu special-nya movie ni, ia release time birthday aku, baguslah penerbit filem tu, dengar cakap aku. Haha~ over pula.



*Klik je gambar kalau nak lebih jelas



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...