Showing posts with label Filem Terbaik Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Filem Terbaik Malaysia. Show all posts

Tuesday, July 2, 2013

KIL [2013]


Aku jarang bagi review movie Malaysia, sebab aku jarang tengok. Tak supportive langsung aku ni kan? Haha... Bukan apa, aku memilih sikit cerita Malaysia ni, faham-fahamlah kan? Tak paham? OK, abaikan.

Aku dah download & tonton filem KIL. Download??? Huh, betapa kejamnya diriku terhadap industri perfileman Malaysia! Memang sah tak supportive! Huhu... Aku nak tengok kat panggung hari tu, tapi missed it, seriously, ni pengakuan jujur dari hati. Khehehe... Korang jangan tiru ya, pergi beli DVD ori.

Filem ni start ditayangkan hujung Mei lepas. Jadi, kenapa aku yang dah ketinggalan zaman ni baru nak buat review? Tak apa la, boleh kira fresh lagi kan... Lagipun filem ni ada keunikannya tersendiri.


Filem KIL mengisahkan tentang Akil atau Kil (Redza Minhat) yang dilanda kemurungan sehingga tak bersemangat nak teruskan hidup. Dia cenderung untuk bunuh diri, malah dah try berkali-kali tapi semuanya gagal. OK, dah memanjang failed, dia cuba try bunuh diri melalui suatu agensi misteri yang menyediakan khidmat bunuh (khidmat tuu...) tanpa jangkaan individu atau klien tersebut. Kil takkan tahu siapa yang yang akan bunuh, bila & di mana dia akan dibunuh. Pelik, kan?


Nak dijadikan cerita, Kil jatuh hati pula pada Zara (Cristina Suzanne Stockstill), seorang gadis yang baru pindah di kawasan perumahannya. Zara seolah-olah menjadi semangat baru untuk Kil terus hidup, sehingga dia ragu-ragu untuk bunuh diri. Tapi Kil dah terikat dengan kontrak agensi misteri tersebut. So, apa kau mahukan sebenarnya Kil? Kejap nak mati, lepas tu tak nak pulak! Hah, kesudahannya? Aku tak mau story, nanti orang cakap aku kasi spoil  :p


Dari segi idea cerita, sememangnya ada kelainan, tak tipikal. 'Kau dah buat pilihan, then kau kena terimalah padahnya bila kau cuba nak berganjak balik.' Macam begitulah asas kepada elemen thriller dalam filem ni. Walaupun mungkin tak cukup strong, tapi the thrill feeling masih boleh dirasai.


Sebagai sebuah filem romantik saspen misteri, KIL boleh dikategorikan dalam tahap "Bagus" untuk sebuah filem Malaysia. Filem bertemakan misteri masih kurang kat Malaysia, kalau ada pun, just sekadar 'hurmm...boleh la...', tapi KIL dah naikkan taraf tu ke satu tahap yang lebih baik.


Ramai yang puji sinematografi filem ni. Bila aku tengok, sesuailah ramai yang puji, ternyata cantik! Seni pencahayaan & seni filem fotografi KIL memang mantap, sekaligus menjadi unsur 'penambah rasa' kepada filem ni. Cukup cukup awesome!


Lakonan bersahaja Redza Minhat & Cristina Suzanne pada aku boleh tahanlah. Diorang macam natural, seolah-olah kita tengok orang-orang biasa je depan kita tengah berbual. Aku anggap lakonan tu sebagai menjadi, relax je diorang. Good job!


Secara keseluruhannya, KIL ada kekuatan sendiri yang mampu menepis filem-filem Malaysia yang no value sangat, tapi nak untung banyak. Kejam gak ayat aku ni, tapi tak apa la, sometimes betul pun. Kalau nak compare dengan filem-filem luar negara yang baik, KIL mungkin ada beberapa kekurangan. Yang penting nafas keunikan tu wujud! Aku bagi 8/10 bintang. Well done!






Sunday, February 3, 2013

Juvana [2013]


Juvana [2013] adalah kesinambungan kepada drama famous tahun 2011 yang main kat TV3, Juvana. Mesti ramai yang tau, kan? 


Kisah filem ni mengambil latar masa selepas Daim (Zahiril Adzim) dibebaskan dari sekolah pemulihan jenayah juvana Wira Bakti, atas sebab didapati tak bersalah ke atas tuduhan membunuh ibunya. Pelajar-pelajar Wira Bakti yang lain pula, Botak (Johan Asari), Apek (Syazwan Zulkifli), dan 4 pelajar yang lain telah dipindahkan ke sebuah sekolah pemulihan lain, iaitu sekolah Indera Sakti. Pihak pengurusan sekolah tersebut diketuai oleh warden Tuan Ali (Adlin Aman Ramlie) yang sure lagi garang.


Biasalah, Botak & yang lain budak baru, so pelajar lama kat situ yang diketuai oleh Lan Todak (Sharnaaz Ahmad) memang cari pasal dengan geng si Botak ni. Lan Todak memang benci sangat dengan pelajar Wira Bakti sebab adik dia, Fit (juga pelajar Wira Bakti) mati sebab overdose dadah kat dalam sekolah (rujuk drama Juvana). Jamal (Syafie Naswip) yang juga pelajar lama sekolah Indera Sakti menjadi pengikut Lan Todak dalam menghuru-harakan geng Botak (kisah jenayah Jamal sebelum masuk sekolah tu boleh rujuk Nur Kasih The Movie).


Daim pula yang memulakan hidup baru sebagai pekerja kilang batu-bata & pelajar sekolah menengah harian menghadapi pelbagai kekangan. Kisah lampaunya yang diketahui oleh seluruh pelajar sekolah tersebut menyebabkan dia dijauhi & tak disukai ramai, termasuklah oleh classmate barunya, Sara (Shera Aiyob). Apa seterusnya yang terjadi dengan Daim & budak-budak Juvana yang lain? Hah, kena ketahui sendiri ya.


Sebagai sebuah drama yang berjaya, mesti ramai yang harapkan agar filem Juvana juga berjaya. Yup, nasib baik best & tak menghampakan penonton. Aku suka filem ni, jalan cerita menarik & mampu bergerak sendiri tanpa terikat sangat dengan jalan cerita dramanya. Bagi yang tak pernah tengok drama Juvana, korang rilek saja, boleh je faham cerita filem ni.


Filem ni dipecahkan kepada 2 penceritaan yang ditemukan pada klimaksnya. First, cerita pasal kehidupan baru Daim & second, cerita kat dalam sekolah Indera Sakti. Cerita pasal geng Botak masih mengekalkan kekerasan (yalah, sekolah jenayah kan...) & agak psiko sikit. Aku pujilah lakonan Sharnaaz Ahmad, dia memang berjaya bawa watak Lan Todak yang psiko nak mampus! Kitorang tergelak gak tengok perangai Lan Todak tu.


Cerita Daim pula lebih kepada penyesuaian Daim terhadap kehidupan barunya. Cerita tentang dia bertemu dengan rakan baru, yang diselitkan sedikit cintan-cintun, sikit je. Konflik yang Daim hadapi bukan sekadar luaran (pergaduhan dengan pelajar lain), tetapi semangat dalamannya sendiri. 


Tapi, kisah lama Daim yang mana dia dituduh membunuh ibunya agak kurang 'diceritakan' di dalam filem. Yang ni sepatutnya ditunjukkan lebih, sekali dengan flashback drama agar penonton lebih jelas (especially yang tak pernah tonton drama Juvana), sebab itu antara part yang mengembangkan plot cerita.


Permasalahan & konflik watak-watak penting diceritakan dengan berkesan, bagi aku. Perubahan perwatakan sesetengah karekter menjadikan cerita lagi dramatik & best! Then, banyak gak scene kelakar kat filem ni, spontan tapi lucu  :D


By the way, aku mulanya tak tahu watak Jamal tu rupanya si budak jahat dalam Nur Kasih The Movie. Time ni, dia dah masuk sekolah tu sebab dah bunuh member dia dalam filem Nur Kasih. Time cameo watak Juriah (Sara Ali) tu muncul sekejap, baru aku terfikir & perasan. Bagus gak macam ni, kita terus tau masa lampau si Jamal tanpa cerita lebih dalam filem.


Filem Juvana boleh aku katakan berjaya, apatah lagi sekarang ni aku muak dengan kebanyakan filem Malaysia yang no value & pengajaran. Sorry to say, it's a fact. Asyik-asyik cerita hantu yang entah apa, cerita lawak seram yang aku tak tahu apa tujuan, & cerita lawak bodoh yang hanya buat ketawa terbahak-bahak tapi quality cerita out!


Disebabkan budak-budak Juvana telah mencetuskan huru-hara di dalam TV & panggung, aku bagi 7.5/10 bintang kepada diorang.

*******

Oktober 2020 - Aku update review aku kat SINI.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...