Juvana [2013] adalah kesinambungan kepada drama famous tahun 2011 yang main kat TV3, Juvana. Mesti ramai yang tau, kan?
Kisah filem ni mengambil latar masa selepas Daim (Zahiril Adzim) dibebaskan dari sekolah pemulihan jenayah juvana Wira Bakti, atas sebab didapati tak bersalah ke atas tuduhan membunuh ibunya. Pelajar-pelajar Wira Bakti yang lain pula, Botak (Johan Asari), Apek (Syazwan Zulkifli), dan 4 pelajar yang lain telah dipindahkan ke sebuah sekolah pemulihan lain, iaitu sekolah Indera Sakti. Pihak pengurusan sekolah tersebut diketuai oleh warden Tuan Ali (Adlin Aman Ramlie) yang sure lagi garang.
Biasalah, Botak & yang lain budak baru, so pelajar lama kat situ yang diketuai oleh Lan Todak (Sharnaaz Ahmad) memang cari pasal dengan geng si Botak ni. Lan Todak memang benci sangat dengan pelajar Wira Bakti sebab adik dia, Fit (juga pelajar Wira Bakti) mati sebab overdose dadah kat dalam sekolah (rujuk drama Juvana). Jamal (Syafie Naswip) yang juga pelajar lama sekolah Indera Sakti menjadi pengikut Lan Todak dalam menghuru-harakan geng Botak (kisah jenayah Jamal sebelum masuk sekolah tu boleh rujuk Nur Kasih The Movie).
Daim pula yang memulakan hidup baru sebagai pekerja kilang batu-bata & pelajar sekolah menengah harian menghadapi pelbagai kekangan. Kisah lampaunya yang diketahui oleh seluruh pelajar sekolah tersebut menyebabkan dia dijauhi & tak disukai ramai, termasuklah oleh classmate barunya, Sara (Shera Aiyob). Apa seterusnya yang terjadi dengan Daim & budak-budak Juvana yang lain? Hah, kena ketahui sendiri ya.
Sebagai sebuah drama yang berjaya, mesti ramai yang harapkan agar filem Juvana juga berjaya. Yup, nasib baik best & tak menghampakan penonton. Aku suka filem ni, jalan cerita menarik & mampu bergerak sendiri tanpa terikat sangat dengan jalan cerita dramanya. Bagi yang tak pernah tengok drama Juvana, korang rilek saja, boleh je faham cerita filem ni.
Filem ni dipecahkan kepada 2 penceritaan yang ditemukan pada klimaksnya. First, cerita pasal kehidupan baru Daim & second, cerita kat dalam sekolah Indera Sakti. Cerita pasal geng Botak masih mengekalkan kekerasan (yalah, sekolah jenayah kan...) & agak psiko sikit. Aku pujilah lakonan Sharnaaz Ahmad, dia memang berjaya bawa watak Lan Todak yang psiko nak mampus! Kitorang tergelak gak tengok perangai Lan Todak tu.
Cerita Daim pula lebih kepada penyesuaian Daim terhadap kehidupan barunya. Cerita tentang dia bertemu dengan rakan baru, yang diselitkan sedikit cintan-cintun, sikit je. Konflik yang Daim hadapi bukan sekadar luaran (pergaduhan dengan pelajar lain), tetapi semangat dalamannya sendiri.
Tapi, kisah lama Daim yang mana dia dituduh membunuh ibunya agak kurang 'diceritakan' di dalam filem. Yang ni sepatutnya ditunjukkan lebih, sekali dengan flashback drama agar penonton lebih jelas (especially yang tak pernah tonton drama Juvana), sebab itu antara part yang mengembangkan plot cerita.
Permasalahan & konflik watak-watak penting diceritakan dengan berkesan, bagi aku. Perubahan perwatakan sesetengah karekter menjadikan cerita lagi dramatik & best! Then, banyak gak scene kelakar kat filem ni, spontan tapi lucu :D
By the way, aku mulanya tak tahu watak Jamal tu rupanya si budak jahat dalam Nur Kasih The Movie. Time ni, dia dah masuk sekolah tu sebab dah bunuh member dia dalam filem Nur Kasih. Time cameo watak Juriah (Sara Ali) tu muncul sekejap, baru aku terfikir & perasan. Bagus gak macam ni, kita terus tau masa lampau si Jamal tanpa cerita lebih dalam filem.
Filem Juvana boleh aku katakan berjaya, apatah lagi sekarang ni aku muak dengan kebanyakan filem Malaysia yang no value & pengajaran. Sorry to say, it's a fact. Asyik-asyik cerita hantu yang entah apa, cerita lawak seram yang aku tak tahu apa tujuan, & cerita lawak bodoh yang hanya buat ketawa terbahak-bahak tapi quality cerita out!
Disebabkan budak-budak Juvana telah mencetuskan huru-hara di dalam TV & panggung, aku bagi 7.5/10 bintang kepada diorang.
*******
bukak2 jeblog ko..lagu faverite aku kuar...here without you memang best!!...
ReplyDeletepasal juvana plak aku dah tgok..memang superbb..xsia2 aku tgok sbb mang agak puas hatilah... tak ar mcm minyak dagu....kira ni best dan tak menghampakan...aku suke dia berlakon dgn shera ayobb
haha...1st thing, lagu Here Without U mmh feveret ramai...
ReplyDeleteyup, Juvana mmang smart! Tak rasa rugi duit lepas tengok kan...harap ada 2nd movie... :)
Bila baca entry ni, terus rasa membuak buak nak tgk crita juvana kat wayang tapi esok keja la pulakk.. huhu
ReplyDelete