East Java Trip (26/02/2015 - 02/03/2015)
Surabaya - 02/03/2015
Suro (jerung) + Boyo (buaya) = Surabaya |
Sanggar Agung Temple
Entrance fee = Rp 10,000 per car
Kawasan kuil ni bersebelahan je dengan pantai, actually ia terletak kat dalam taman hiburan Pantai Ria. Waktu kitorang masuk tu pagi lagi, so takde apa kat dalam. Cuma berlegar-legar kejap tanpa tujuan. Nak berjalan ke seluruh kawasan memang tak la sebab luas.
Tugu Pahlawan
Monumen ni adalah simbol kepada kota Surabaya, didedikasikan kepada pejuang sempena Battle of Surabaya pada 10 November 1945. Sejarahnya, Battle of Surabaya adalah sebahagian daripada Indonesian National Revolution.
Di bawah monumen tu terletaknya muzium dikenali sebagai 10th November Museum. Kalau nak tau banyak pasal Battle of Surabaya, masuk la muzium tu.
Ticket fee for museum = Rp 5,000 per person
Monumen Soekarno-Hatta. Soekarno - Presiden Indonesia pertama (1945-1967). Mohammad Hatta - Wakil Presiden Indonesia pertama (1945-1956). Insan yang kat bawah tu, korang nak panggil presiden pun boleh! |
10th November Museum kat bawah tugu tu. |
Merdeka atau Mati!!! |
Tolong jangan halau aku dari Malaysia hanya dengan gambar ni. |
House of Sampoerna Museum
Free admission
Bangunan ni adalah kilang membuat rokok yang dibuka kepada awam, dan sebahagiannya adalah muzium yang menceritakan tentang pengasas Sampoerna dan sejarah pembuatan rokok Dji Sam Soe.
Bangunan ni dah lama, dibina oleh Belanda pada tahun 1862. Lepas tu, ia dibeli oleh Liem Seeng Tee, pengasas Sampoerna pada tahun 1932 dan dijadikan sebagai kilang membuat rokok.
Masuk tempat ni memang bau tembakau dan cengkih melekat-lekat kat hidung. Tapi tengok pekerja-pekerja buat rokok tu yang syok! Giler pantas, macam robot. Kagum tak berkelip!
Bangunan House of Sampoerna, rekaan Belanda. Empat tiang kat pintu utama tu berbentuk rokok. Nice! |
Ni view dalam muzium. Pengenalan kepada pengasas Sampoerna, bahan-bahan dan peralatan asas buat rokok, dan macam-macam lagilah. Klasik sungguh! |
Sempat rakam video proses buat rokok sebatang-sebatang. Laju woo... Ni curi-curi rakam ni, sebenarnya tak boleh ambik gambar kat kawasan kilang tu.
Masjid Cheng Ho
Masjid yang rekaan dipengaruh dengan Tionghoa lama ni dibina oleh Yayasan Haji Muhammad Cheng Ho pada 13 Oktober 2001. Maksudnya, masjid ni bukan tinggalan sejarah lama tapi dibina atas dedikasi kepada Laksamana Cheng Ho (Zheng He, 1371-1435).
Masjid ni boleh memuatkan 200 orang dalam satu masa. |
Kawasan tepi masjid yang berdekatan dengan tempat wudhuk. Ukiran Laksamana Cheng Ho dan replika kapal Cheng Ho. |
Monumen Kapal Selam
Admission fee = Rp 5,000 per person
Kapal selam yang kini dah jadi muzium ni adalah kapal selam KRI Pasopati 410, salah satu armada Angkatan Laut Republik Indonesia (ALRI). Ia adalah buatan Soviet Union (SSSR) pada tahun 1952.
Kapal yang dilengkapi senjata torpedo ni berukuran panjang 76 meter dan lebar 6.3 meter. Terbahagi kepada 7 bahagian termasuklah bahagian Torpedo Haluan (4 pelancar torpedo) dan Torpedo Buritan (2 pelancar torpedo), masing-masing kat bahagian hujung kapal.
Style jugak bila masuk dalam ni, banyak kelengkapan kapal yang klasik. Bajet jadi komando kapal selam kejap. Haha... |
I warn you... kau tutup blog ni, aku lancarkan torpedo-torpedo ni! :p |
Sate Klopo Ondomohen 'Ibu Asih'
Tengahari kitorang makan sate klopo je, yakni sate yang dibakar bersama kelapa. Fuh sedap! Time menulis ni pun berliur jugak. Huhu...
Dengarnya sate klopo ondomohen ni sangat famous kat Surabaya, tak putus pelanggan. Tapi cara bakarnya masih dikekalkan dengan cara biasa, bakar dengan arang biasa dan dikipas secara manual. Tu strategi la tu untuk kekalkan kesedapan sate. Cara moden kadang menyebabkan sate jadi kurang sedap kan.
Harga sate klopo = Rp 16,000 / 10 cucuk
Jalan-jalan kat Surabaya ni boleh la allocate time selama sehari, termasuklah nak beli souvenir. Okay jugak makan angin Surabaya ni, yang penting jangan jumpa jerung atau buaya samada sebenar atau jadian. Chow! :)
belum pernah ke Surabaya....ibu Sally dok cerita pasal Gunung Bromo la...apa laa...tapi belum berkesempatan
ReplyDeleteKalau ade peluang, pegi la Surabaya.. bole pegi Ijen & Bromo sekali...pemandangan area gunung kat situ cantik... :)
DeleteMuzium rokok pun ada......macam menggalakkan orang merokok...
ReplyDeletehaha...dengarnya rokok tu adalah rokok paling kuat kat Indonesia...tp xtau la, sy pun bukan smoker...
Deletenasib baik kat Malaysia xde muzium mcm tu....
Deletenasib baik la kita x buat rokok sendiri...haha
Deletekan....tu pun tax dh banyak sbb rokok...
DeleteHow do you managed to travel around the world? Any tips? You like got so much money I'm so jealous lol
ReplyDelete