Alhamdulillah, selesai pun PRU13. Semua dah tahu keputusan, kan?
Tapi aku nak share gak~
Tapi aku nak share gak~
Barisan Nasional kekal memerintah Kerajaan Persekutuan untuk bakal 5 tahun lagi, tahniah! Apa yang diharapkan adalah transformarsi ke arah yang lebih baik. Segala yang baik perlu dibangunkan lagi, segala yang tak baik harus ditinggalkan. Oh, ni nasihat kepada semua pemimpin yang dah menang, BN, PAS, PKR, dan DAP (padahal, siapa la aku nak menasihat ni kan).
Pembangunan berterusan amat diharapkan, takuk lama harus ditinggalkan. Kita sebagai rakyat pun sama, self-improvement tu sangat penting untuk kita menyumbang kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat & negara (huh, ayat dah macam karangan SPM..haha..). Sama-sama kita majukan Malaysia dengan tindakan positif, rasional & relevan ya kawan-kawan.
Better jangan wujudkan isu & atau menjadi pak turut yang menyokong 'penyusulan isu' (yang ni ramai) selagi korang tak jelas dengan perkara sebenar. Jangan mudah terperanguh dengan media massa. TV ni susah mau dipercayai sebab suka putar-belit (sometimes yes), tapi sepupunya si Internet masih tergolong dalam keluarga media massa. Sesetengah orang ni percaya sangat dengan Internet? Bagi aku senang, selagi ianya buatan manusia, selagi itulah 100% kesempurnaan tak akan wujud.
Kalau betul ada penipuan dalam PRU kali ni, kita kena yakin dengan Allah SWT yang Maha Mengetahui segalanya. Penipuan takkan terlepas dalam pandangan Allah. Dia akan membalas perbuatan keji manusia, budak darjah 1 pun tahu akan kebenaran ni :)
Allahuakbar~
Btw, di sini aku nak share pandangan rakan-rakan FB selepas pilihan raya. Masih panas sikit after PRU ni. Apapun, harap semuanya relax je, sama-sama kita maju ke hadapan dengan usaha tulang empat kerat kita ok.
Aku pun nak pemeriksa exam kira balik markah SPM aku! LOL |
PTPTN untuk 'kemakmuran' zaman study. Bila 'kemakmuran' hilang, nak 'langsaikan' dengan cara mudah - Mansuh! |
Yeah! Jom berubah! |
Aku pun setuju dengan pendapat ni. Jangan gaduh-gaduh, bincang baik-baik. Masalah takkan selesai selagi tak ada toleransi & persefahaman. |
This one antara status yang paling best, mesti ramai dah tau or baca sebab dah spread dalam FB. Aku sangat setuju dengan saudara ni, aku pun menaruh harapan tinggi akan 'usul' ni :)
Di sini gak aku nak share satu penjelasan yang boleh aku katakan sangat make sense. Dengan post FB yang berlambak-lambak pasal isu-isu panas PRU, yang ni antara yang detail & boleh difikirkan logiknya.
Korang buka link kat bawah ni ya:
Wallahualam~
*Credit to all persons yang share status-status FB diorang. Terima kasih.
Best bro. :)
ReplyDeletehehe...Thank you...
ReplyDeleteThanks for the info.
ReplyDelete=)
berbagi pengetahuan boleh lah :D Salam Blogwalking.
ReplyDeletetahniah bt mereka yg berani komen di fb DS Najib...terbaik..~~
ReplyDelete@Alyn Roslan
ReplyDeleteyup, memang terbaik!! salute...