Apa persediaan kita untuk menghadapi masa depan?
Kita nak masa depan yang cerah dan senang untuk kita kan?
Cukupkah perancangan kita nak menggapai kesenangan masa depan tu?
---wah soalan exam Bahasa Melayu SPM sangaat~ LOL
---wah soalan exam Bahasa Melayu SPM sangaat~ LOL
Ok serious mode, pernah tak jumpa statement begini:
MALAYSIA MUNGKIN BERDEPAN KRISIS PERSARAAN
Huh? KRISIS Persaraan!!
Tidaaak... aku tak nak sampai ke tua pun aku susah!!
Sekarang pun memang tak senang, takkan nanti dah beruban 1 badan pun masih tak mampu nak rilek & duduk senang.
____________________________________________________________________________
Hurrmmm... apa planning kita nak menghadapi krisis sebegini?
Eh jap, masalahnya adakah kita dah punya planning?
"Of course la ada, aku ada EPF la... EPF kan objektif dia untuk persaraan."
Yep, anda betul... tapi EPF tu cukupkah?
Jom baca artikel Berita Harian kat bawah ni.
Klik gambar untuk besarkan |
Cuba baca news daripada The Malaysian Insider pulak. Baca tajuk pun dah seram~
Untuk berita penuh, klik link ni - The Malaysian Insider
Jadi apa tindakan alternatif yang perlu kita buat? HARUS! Harus ada pelan alternatif!
"Ah nanti la, aku muda lagi, banyak benda lagi aku belum enjoy."
"Aku ada banyak masa lagi la, tunggu la bila dah senang banyak duit baru fikir."
"Nak cecah umur persaraan tu lambat lagi la, masih banyak time nak planning."
Wow, pemikiran sebegini tak salah guys, tapi mungkin kurang bijak. Kenapa?
____________________________________________________________________________
Okay, jom kita kaitkan pulak dengan inflation atau cost of living. Mari main matematik sikit.
Malaysia inflation rate boleh kita refer kat bawah ni:
Secara kasarnya, inflation rate dalam 3.5%. Taapiii, urban areas macam KL, Penang, Johor boleh dikatakan mencecah 6%. Hah tinggi tak tinggi tu?
Nak tanya, berapa harga nasi ayam sekarang?
Letak la harga RM5 ye.
In future, 20 tahun dari sekarang, berapa dah harga nasi ayam tu? Rupa nasi ayam tu tak berubah kan? Tapi harga of course akan berubah:
Harga nasi ayam selepas 20 tahun (inflasi 6%) = RM5 X (1+6%)^20 = RM 16
RM16 untuk sekali makan nasi ayam!!!
Meaning that, harga makanan rata-rata dalam RM16 pada 20 tahun akan datang. Kalau sehari makan 3 kali, then RM16 x 3 = RM48 kos untuk makan sehari!
Sebulan = RM 48 x 30 hari = RM 1440 !!!
Itu baru kos seorang makan, kalau kos untuk family berapa la agaknya?
Tengok figure ni untuk lebih jelas. Ni dia calculate terus kos makan sehari ~RM 20. |
Memetik artikel Berita Harian di atas, kalaulah EPF kita ada RM196,000 ketika berusia 55 tahun dan kita ada lagi tempoh 20 tahun (240 bulan) selepas bersara, then RM196,000 / 240 = RM816. Pendapatan bulanan kita selepas bersara cuma RM 816 !!!
Dengan RM816 sebulan, macam mana nak tanggung kos makan RM1440 sebulan tu?
Nampak tak krisis yang bakal kita tempuh nanti?
Nampak tak krisis yang bakal kita tempuh nanti?
Buka link kat bawah ni untuk lebih sedar tentang situasi kita:
____________________________________________________________________________
Isu ni mungkin nampak simple bagi kita sekarang ataupun kita ni masih kurang kesedaran sehingga tak terfikir nak buat planning awal.
Kadang kita terlalu memikirkan diri kita hari ini hingga lupa apa yang harus kita siapkan untuk diri kita di masa hadapan. Yes, kita mesti ada perancangan rapi dan smart. Bertindak secara bijak bermula dari sekarang!
In next post, aku akan kongsi antara perancangan alternatif yang boleh kita buat. Dengan EPF je, terbukti ia tak cukup untuk berdepan dengan krisis persaraan.
Kita perlukan retirement / saving plan untuk mengatasi inflation rate. Nak tahu planning apa yang mampu 'mengikis' inflasi, wait for my next entry ok!
____________________________________________________________________________
Berkongsi ilmu demi kebaikan bersama adalah perkara baik, kan? Lebih-lebih lagi di bulan mulia ni. Anyway, selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak kepada semua muslim!
Mohammad Ezwan bin Amrin
CIMB Wealth Advisors - Consultant
Facebook: Mohammad Ezwan
Email: ezwan.amrin@gmail.com
Contact / WhatsApp: 019-5815056
CIMB Wealth Advisors - Consultant
Facebook: Mohammad Ezwan
Email: ezwan.amrin@gmail.com
Contact / WhatsApp: 019-5815056