Monday, September 10, 2012

Window Snapping @ Sabah: Sandakan -> Pitas -> Kudat


Assalamualaikum & salam sejahtera

As I posted in previous entry, masa cuti raya hari tu parents aku ajak pergi Pitas Kudat, Sabah. Mak aku berasal dari Pitas sebenarnya, so saudara-mara mak aku memang ramai di sana. Oh ya, kiranya saudara-mara aku jugak la (hoho~). FYI, memang dah lama aku tak pijak bumi Pitas tu, last time aku ke sana tahun 2001. Hah, dekat 11 tahun baru aku ke sana balik. Serious aku ni lupa daratan.

Begini sebenarnya, tempat aku tinggal iaitu Sandakan agak jauh dengan Pitas, perjalanan darat ambil masa lebih kurang 10 jam (seingat aku). Itupun dulu, jalan tak okay sangat tau. Sekarang, lepas dah ada jalan baru (I think open since 2009), senang sikit nak pergi. Dalam 4 jam perjalanan saja. Then, parents & my siblings selalu pergi tapi aku tak sempat ikut sebab masa tu aku still study at UMS. Kali ni baru berkesempatan. Alhamdulillah.

Disebabkan 1st time aku lalu jalan baru Sandakan-Pitas, aku pun cuba menjadi cameraman yang tak terlatih sepanjang perjalanan. Dah jadi macam pelancong pula. Pemandangan hijau memang best untuk diamati, tu satu sebab gak aku tak penat keluar tangan dari tingkap and then 'snap, snap, snap!'. Yeah!

Jalan memang sentiasa lengang

Nyaman & tenang

Ni orang panggil Jalan Ular, agak panjang juga. Jalan ni boleh buat orang muntah-muntah kepeningan. Masa tu aku ok je, tak pening pun, maybe sebab bapa aku tak bawa laju di situ. Siapa yang tak biasa, tak tahan kot.

Berbukit-bukau of course

Seperti biasa, Sabah memang kaya dengan tanaman kelapa sawit

Sabah pun kaya dengan hutan simpan

Kawasan untuk merempit & membuang kucing...oops!
Hari tu jumpa anak-anak kucing tepi jalan, siapalah punya kerja buang binatang comel tu.
Mungkin orang tu terlupa kot nak bawa balik lepas bersiar-siar dengan kucing (What?!)

Pitas adalah daerah yang terletak di Bahagian Kudat (FYI, Sabah terbahagi kepada 5 Bahagian, setiap Bahagian mempunyai beberapa daerah). Bahagian Kudat terbahagi kepada 3 daerah utama; Kudat, Kota Marudu dan Pitas. Belajar Geografi sikit :)

So apa yang aku nak cakap sebenarnya, selain ke Pitas, aku pun ada pergi ke bandar Kudat atas urusan rasmi yang Kerajaan Amerika tak boleh tahu. Perjalanan ambil masa lebih kurang 3 jam, boleh habis tengok 1 filem Hindustan. Masalahnya dalam kereta tak ada TV (macamlah kalo ada TV, aku akan tengok cerita Hindustan masa tu). So, kerja aku ambil gambarlah, apa lagi.

Banyak rumah di tepi jalan

Ohya, jalan ni melalui tepi laut

Wah, nice view!

Dominasi hijau

Sabah memang cantik!

Jangan salah masuk simpang

Atas bukit boleh nampak laut yang tenang



Comments
3 Comments

3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...