Monday, August 3, 2015

Taman Buaya Sandakan


Tempat yang dekat dengan kampung aku tapi tak pernah masuk. Ulang-alik dari kampung ke bandar, tengok ja taman buaya ni dari luar. Tak timbul sekelumit pun minat nak masuk sejak dulu. Huhu... Taman ni terletak di Batu 8, Jalan Labuk, Sandakan.

Daily opening hours : 8.00am - 5.00pm
Show time: 11.45am & 4.00pm

Bayaran masuk seorang
= RM 10
= RM 5 (umur 4-12 tahun)


For the first time in my life, setelah 27 tahun menjadi warga Sandakan, baru timbul perasaan nak masuk tengok buaya-buaya kat situ - tarikh keramat 23/07/2015. So, ada apa dengan buaya?

Lepas beli tiket, kau melangkah masuk je entrance gate, dah tengok banyak buaya kat bawah.
Fuuh keharuman buaya memang sungguh mengancam!

Banyak kurungan dalam taman ni. Buaya dalam kurungan yang ini bersaiz lebih besar daripada buaya dalam kurungan kat entrance tadi. Dalam kolam tu pun banyak lagi, tapi tak nampak, kadang nampak kepala diorang ja. Scaaryy jugak!

Buktinya saiz besar, tengok sahaja saiz manusia oren itu.
Bajet nak compare saiz, padahal nak tunjuk diri sendiri sebenarnya. Hohoho~

Kurungan yang menempatkan anak-anak buaya. Berminat nak ambik anak angkat?

Salah satu buaya yang aku seram bila tengok. Tak tahu buaya jenis apa. Saiz tak besar, sederhana je. Kepala dia macam dinosaur. Dinosaur apa, entah tengok la Jurassic World. Hehehe...

Binatang-binatang lain pun ada dalam taman ni, watak sampingan la. Kenal pasti haiwan-haiwan itu menerusi gambar di atas. Hantarkan jawapan anda ke no. 999. Terima kasih!


Aku dengan family masuk taman buaya pukul 4 petang, kena timing sebab ada show waktu tu.
Apa yang diorang tunjuk dalam show ni? Hah, meh aku story...

Show dibuat dalam satu kurungan yang besar.
Ada 3 ekor buaya berlainan saiz dalam kurungan tu.

Buaya pertama.
Saiz kecil, brader tu boleh angkat lagi. Brader tu nak tunjuk yang bahagian bawah buaya (putih kekuningan) adalah kulit buaya yang paling mahal dan berkualiti. Ok, korang pergi cepat cari & buru buaya! Boleh jadi kaya!

Buaya kedua.
Buaya besar, tapi tak tahu umur dia berapa. Malas nak berjalan buaya ni.

Buaya ketiga.
The biggest one! Buaya paling besar kat taman. Spesis buaya tembaga. Diorang namakan Bujang Labuk. Creepy woo~

Brader-brader ni siap berjalan & baring di atas si Bujang Labuk.

Video ni adalah aksi 18SX, sila jangan tengok kalau umur tak cukup!


Brader ni buat adegan memasukkan tangan dalam mulut si Bujang Labuk. Berani eh! Dah pro la katakan. Sesudah tu, tamatlah show itu.

Aku tak sure samada ni buaya awet atau tiruan, tak sempat tanya orang jaga kat situ. Tapi gigi dia macam gigi betul. Si oren tu pulak, bukan hantu, bukan juga buaya, tapi jejaka biasa saja. Ececeh jual diri nampak~

Kerlaass mak aku, posing atas buaya. Kitorang ni suku kaum Sungai di Sabah, jadi mampu jinakkan buaya sejak zaman nenek moyang lagi. Owh of course la statement tu hanya dusta ku semata. Merepek apa aku ni kan...  :p

Kalau nampak main gate ni, jangan lupa singgah. Mana la tau jumpa kembar korang kat dalam. lol


Moga berjumpa lagi Bujang Labuk and the gang. Kita berjiran ja bah, lain kali korang pula datang melawat kami. Eh eh jangan!!





Comments
10 Comments

10 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...