Showing posts with label Resident Evil 6. Show all posts
Showing posts with label Resident Evil 6. Show all posts

Saturday, April 21, 2012

Resident Evil 6 - Preview #2



Resident Evil 6 akhirnya diawalkan untuk release, baguslah Capcom ni. Sebelum ni plan nak release bulan November 2012, sekarang dah dijadualkan pada Oktober 2012 pula, memang cukup memuaskan hatiku. :)


Resident Evil 6 - Second Official Trailer


Kali ni dalam Second Trailer, diorang dedahkan profil kesemua 6 karakter utama dalam game RE6. Ada 3 pasangan karakter & setiap pasangan akan merentasi perjalanan yang berbeza dalam RE6. Kalau anda ni kaki game apatah lagi peminat Resident Evil, jom berkenalan dengan kesemua karakter.


Chris Redfield & Piers Nivans

Ni first game Chris Redfield bergandingan dengan lelaki sebab game-game sebelum ni, partner dia semua ladies. Chris Redfield adalah karakter utama Resident Evil 1 (1996) & Resident Evil 5 (2009). RE1 aku tak pernah main tapi RE5 memang aku ketagih main masa kat UMS dulu. 

Chris Redfield sekarang adalah kapten Bioterrorism Security Assessment Alliance (B.S.A.A), dan Piers Nivans ni pula salah seorang member B.S.A.A.  Piers Nivans ni adalah sniper, dan dikenali sebagai "the man who never miss a target" disebabkan tumpuan dan ketepatannya. Tapi kalau kita main nanti, tembak zombie pun tak pass, tak guna jugak gelaran dia tu. Haha~


Leon S. Kennedy & Helena Harper

Leon S. Kennedy muncul kembali setelah 8 tahun hilang di mata gamers. Last sekali dia muncul dalam Resident Evil 4 (2005). Tapi aku dah start play as him masa aku Form 1, tahun 2001 dulu, dalam game Resident Evil 2 (1998). Game RE dulu seram giler, meremang main tengah-tengah malam, tapi still main juga sebab dah gila nak bunuh zombie. Hehe~

Leon adalah seorang polis dalam RE2, then ditugaskan untuk menyelamatkan anak perempuan Presiden US dalam RE4. Dalam RE6 ni pula masih tak jelas misi si Leon ni. Dia digandingkan dengan karakter baru, Helena Harper, seorang ejen bagi agensi rahsia tentera. Ni juga first game yang menggandingkan dua hero veteran RE, Chris Redfield & Leon S. Kennedy. So, memang mengujakan!


Jake Muller & Sherry Birkin

Kedua-dua karakter ni mulanya dirahsiakan, then sekarang dah didedahkan. Jake Muller adalah anak kepada Albert Wesker manakala Sherry Birkin pula adalah anak kepada William Birkin. Kebetulannya, ayah diorang, iaitu Wesker dan William adalah saintis Umbrella Corporation yang pernah berkawan rapat dan seterusnya bermusuh. 

Albert Wesker adalah musuh sepanjang zaman RE yang akhirnya mampus dalam game RE5, ditewaskan oleh Chris Redfield. Tak sangka pula Wesker ni ada zuriat. Jake Muller yang ditinggalkan oleh Wesker telah bekerja sebagai mercenary untuk menyara ibunya. Dalam game ni, Jake terperangkap dalam satu serangan Bioterrorism dan seterusnya menemukan dia dengan ejen kerajaan US, Sherry Birkin.

Albert Wesker

Sherry Birkin dah start muncul dalam RE2, tapi masa tu dia budak kecik lagi. Ada sekejap play as her dalam RE2. Time tu, dia diselamatkan oleh Leon S. Kennedy dan Claire Redfield (adik perempuan Chris). Masa tu ayah dia, William Birkin dah bermutasi menjadi G, boss untuk game RE2. Susah gak lawan William @ G ni, ada 5 peringkat nak kena kalahkan.

G: Peringkat 1 hingga 5
(Mutasi akibat suntikan G-Virus)

Jadi, RE6 ni memuatkan 3 karakter lama & 3 karakter baru. Setiap karakter lama berpasangan dengan karakter baru. Fuh, tak sabar dah ni nak menghancurkan zombie.

Wajah lama diorang.
Chris Redfield (RE1), Leon S. Kennedy (RE2) & Sherry Birkin (RE2)





Tuesday, February 28, 2012

Resident Evil 6 - Preview



Kali ni aku nak cerita pasal game pulak, since aku pun kaki game. Kenal game Resident Evil? Yang lain mungkin tak minat, ada yang tahu pun maybe from movies. Honestly, bagi aku live-action Resident Evil (RE) movies tu semua tak guna. Dahlah jalan cerita sangat berbeza dengan game, pastu story dia memang tak best langsung. Siap ada kuasa psikik lagi, aduh, dah over dah pengarah movie tu. Patutlah sambutan pun tak memberangsangkan. Memalukan fans Resident Evil je~

Tahun ni game Resident Evil 6 akan release, aku memang excited habis. Tak boleh duduk diam ni. Yalah, aku ni kira die-hard fan of game RE. Sejak dari game RE2 lagi aku dah start main, dalam tahun 2001 camtu. Game RE1 je aku tak pernah main sebab dari dulu aku cari tak pernah jumpa. Haha~


Check this out!
Resident Evil 6 - Reveal Trailer




Game RE6 ni berlatarkan masa tahun 2013 dan berlatarkan banyak tempat di seluruh dunia. Dalam game ni, ada 3 separate stories & each story is lead by one main character, tapi semua cerita tu related with one another. Ni macam RE2 yang mana kita boleh pilih karekter & story yang kita nak. Dua adalah karekter lama, Chris Redfield (RE1 & RE5) dan
Leon S. Kennedy (RE2 & RE4). Lagi satu adalah karekter baru, still unknown.
Setiap 3 karekter ni juga, masing-masing akan ada partner yang membantu misi diorang.
Based on the trailer, gameplay mungkin sama dengan RE4 & RE5.


Chris Redfield


Leon S. Kennedy


The 3rd Character


Wohoho~ semua karekter nampak cool! Tak sabar nak pakai diorang ni belasah zombie-zombie. Dalam game sajalah mampu belasah zombie, kan? Kalau betul-betul ada, hurm... No komen~


Javo


Ada macam korang-kah yang tengah lari tu? Hehe~ Gurau-gurau ya~


Awesome!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...