Showing posts with label QA IPQC. Show all posts
Showing posts with label QA IPQC. Show all posts

Sunday, June 29, 2014

Thanks Top Glove!


Alhamdulillah, peluang bekerja dalam bidang pembuatan (manufacturing) banyak menambah ilmu-ilmu baru kepada aku. Pengalaman bekerja sebagai quality assurance (QA) personnel telah memberi precious value yang bukan senang-senang nak dapat. Syukur atas ilmu yang Allah berikan.

Apa yang best-nya, Top Glove dipenuhi dengan ramai rakan, dan kebanyakannya pun sebaya. Good for us la untuk belajar & menimba ilmu bersama-sama, dimarah bersama, dan menyuarakan ketakpuashatian bersama. Haha~ 

Aku nak panjangkan ucapan terima kasih (kalau ada yang baca) kepada semua boss-boss dan rakan-rakan kerja yang banyak memberi tunjuk ajar, support, nasihat dan teguran. Sangat hargai perkongsian ilmu dan sokongan teguh yang telah diberikan.

Diharap silap dan salah, kata-kata yang terlanjur luah, pukulan dan hentaman samada sengaja atau tak sengaja mohon dimaafkan. Kita semua manusia, kesilapan tu mesti ada, so back to zero-zero ya. Hehe~

Meninggalkan Top Glove bukan keputusan yang suka-suka dibuat tapi di atas sebab beberapa aspek, moving on is the best way for me~ Itulah kehidupan  :)

Terharu dengan farewell 'party' yang diorang ni anjurkan. Thanks for the bowling, makan-makan, and the presents. Hadiah tu sangat berguna kat aku. Yes!



Last Day @TG [23/06/2014]

Thanks banyak-banyak kepada QA team dengan pelbagai peluang diberikan; sempat handle laboratory, in-process control, finished product monitoring & inspection, quality management system, international standards, etc.

Ni antara QA team yang sempat aku bergambar. Yang tak sempat, sorry ye  :)

Previous QA/IPQC team, 2012. Zaman aku junior dulu.


Second, thanks to Factory 24 team atas kerjasama, perkongsian ilmu terutama dalam latex, glove production process, quality issue and control, dan banyak lagilah. Bersama team ni menempuh kesusahan dan itu antara pengalaman berharga bagi aku. By the way, thanks jugak for the makan-makan on 18/06/2014. Makan KFC kat kilang memang style~ Hehe...

F24 team, as at June 2014.

Thanks to my F24 QA team for this watch!
Jam ni menjadi keperluan penting aku sekarang  
:)

Previous F24 team, 2013.


Then, thanks to Factory 19/20 team sebagai first factory aku berkhidmat. Banyak mendapat ilmu dari sini gak, started from zero knowledge of glove process kat kilang ni.

Ni antara member F19/20 yang tinggal, as at June 2014. Yang lain orang baru, tak kenal. Hehe...

Previous F19/20 team, 2012.



Farewell Dinner [23/06/2014]

Member-member QA especially IPQC (In-Process Quality Control) team anjurkan makan-makan kat Polperro Steak House, Seksyen 7 Shah Alam. Sini makan memang best dan berbaloi! Malam tu ramai gak datang meraikan misi 'melarikan diri' aku ni. Ahakz~ Thanks semua for the dinner & hadiah belt tu.  :)


QA bosses & colleagues yang sempoi, ex-IPQCs pun datang, makasih yer... :)

All the best to QA team!

Thanks guys for this belt! Banyak ia berkhidmat kat aku sekarang.



QA Bowling [18/06/2014]

Sebelum aku chow, kitorang bebudak QA sempat buat bowling game kat Setia City Mall. Takde kira menang kalah, main sekadar suka-suka, untuk relakskan minda dan fizikal, di samping merapatkan ukhwah antara rakan sekerja. Chewah, ayat nak karangan SPM sangat. LOL~ Yang penting, kitorang had fun!

Strike, spare, or masuk longkang, itu belakang cerita. Yang penting enjoy!



TG Annual Dinner [13/06/2014]

Satu Top Glove buat farewell kat aku. Sobs...sobs... terharu!
#tetibaperasansendiri

TG annual dinner, biasanya dibuat pada pertengahan tahun. Jadi, sempatlah aku attend dinner ni dengan berbaki seminggu lagi untuk chow.

Tema malam tu Glitz & Glamour Red. Walaupun diri ni tak glamer, buat-buat je la macam glamer. Hehe~ Nasib baik tema simple, kalau tema pelik-pelik dan susah, memang aku attend dengan t-shirt kilang je la. Hoho...

Merah menyala sungguh! Sempat bergambar dengan Tan Sri Lim Wee Chai, TG Chairman.

Kemerahan F24 team & QA team.


Alhamdulillah, sangat bersyukur dengan perjalanan yang aku tempuhi kat Top Glove. Semoga semua rakan berjaya, insyaAllah~ Doakan juga yang terbaik untuk perjalanan aku yang seterusnya. Thanks!  :)



**********
Selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semua muslim. Mari bersama meningkatkan amal ibadah kita kepada-Nya. Semoga Ramadhan kita kali ni jauh lebih baik daripada yang sebelumnya. Aamiin~





Wednesday, December 12, 2012

QA/IPQC : 13/12/11 - 12/12/12


Assalamualaikum & salam sejahtera~

Alhamdulillah, ucap syukur dulu. Sedar tak sedar aku dah cukup 1 tahun for my 1st job of this lifetime. Baru setahun jagung, kan? Yup, pengalaman still tak banyak lagi.

Kadang memang terlintas gak, "Apa yang aku buat sepanjang tahun ni?". So, kena recall balik la, as a way for us to not lose ourselves, juga untuk membuat penilaian terhadap kita, sejauh mana dah improve. Setuju? Eh, tak payah angkat tangan, just jawab "setuju" dalam hati  :p

Hurm, dah berapa banyak butir nasi aku makan setahun ni???

Actually, kerja aku ni memang out of bidang, hanya berkaitan sikit dengan apa yang aku belajar time kat UMS dulu. But treat that as a challenge guys! Maybe pemikiran aku lain sikit daripada kebanyakan orang, tapi memang begitulah cara aku berfikir.


Aku tak rasa rugi walaupun apa yang aku study kat U tak banyak applied di tempat kerja sekarang, sebabnya belajar adalah untuk menimba ilmu, kan? Bila berada di sesuatu tempat, try to absorb ilmu sebanyak mungkin, bukan just apa yang tertulis di atas sistem. Know what I meant? 

Kalau dah masuk U, jangan tumpukan ilmu atas kertas semata-mata, di sekeliling kita sendiri adanya ilmu, just bergantung bagaimana kita nak absorb & apply it in the best way.

Search knowledge out of the book

Dulu study Biotechnology, tapi kerja tak Bio sangat pun. So bila aku tak boleh nak apply Bio-knowledge di situ, aku kena menggunakan ilmu lain yang aku dah berjaya absorb time zaman study dulu. Ilmu lain yang kita ada, jangan risau, maybe ada peluang untuk kita gunakan habis-habisan next time. Yang penting usaha + doa.

Ni zaman study, motif betul nak tunjuk apa aku buat dulu. Haha~

Study memang takkan ada had, ilmu Allah kan luas. Hanya kita je yang sanggup nak cari atau tak. Jadi, masa dah bekerjaya pun, kita still kena belajar banyak benda, seriously~ 

Aku pun tak mau la cerita apa kerja aku buat (ceh, bunyi macam rahsia kerajaan jer), cuma aku sangat bersyukur sebab aku dapat beberapa pengalaman berharga (bagi aku). Satu yang aku rasa gembira ialah dapat menyumbangkan tenaga dalam set up a Laboratory for a new factory.

Lab tak besar mana pun, tapi banyak benda kena consider

Bila start from zero, wah memang banyak aku belajar! Belajar pasal equipment & apparatus specification, which equipment is the best for lab test. Belajar how to deal with supplier (sikitlah) & orang lain. Belajar how to arrange many things for a compact lab. Belajar macam mana nak handle & treat orang yang bekerja dengan kita, dan macam-macamlah. Semua pun atas bantuan superior, senior & member lain, thanks to them. It's such an awesome experience! Alhamdulillah~

Sebenarnya masih banyak tak cukup untuk Lab ni

By the way, aku start bekerja kat Top Glove pada 13.12.11 dan aku genap setahun hari ni, 12.12.12. Hurm, nice numbers! :)






Friday, June 1, 2012

TG Birthday Lunch May 2012



Bulan Mei lepas telah menggenapkan umurku 24 tahun (dah tua la). Aku tak celebrate pun & memang every year actually tak celebrate pun. Tahun lepas ada, tapi belated la, by my friends yang disayangi (ceh, ayat~). Thank you so much & sorry gak (bikin malu kalau ingat balik. Hehe~). Tahun ni tiada orang nak sambut, so layan diri sendiri je. Haha~ Guraulah, tak kisah sebenarnya, it's just a day.

Di company aku ni, memang every month buat Birthday Lunch, raikan staff yang lahir bulan tu. Buat 2 peringkat, satu peringkat kilang (company ni banyak kilang), dan satu lagi peringkat company (seluruh kilang di Klang).

Peringkat company diorang buat pada 14 Mei 2012, 
dihadiri oleh Tan Sri Lim, chairman Top Glove.


Time ni bagi wish untuk Top Glove, which is part yang aku tak suka.
Dah la aku tak kenalkan diri secara lengkap time ni. Haha~

Potong kek.

Hadiah yang setiap orang akan dapat, tunggu bulan je. Thank you TG!

Geng Factory 19/20.


Sambutan Birthday Lunch for May 2012 untuk peringkat Factory 19/20 telah dibuat pada 22/05/12. 

Aku awal bulan, 4 Mei. Dah lama lepas sebenarnya.

Potong kek.

Inilah rupa kek yang dipotong.
Ada simbol DNA la, tengok gambar baru perasan.

Kalau sambutan di kilang aku ni, memang birthday boy/girl tu akan dipaksa buat performance.
Jadi, aku pun menyumbangkan suara yang memang dah sedia sumbang. Malu gila!

Lastly, take photo beramai-ramai.
Ada yang dah berangkat keluar lepas makan, so quorum gambar tak cukup sebenarnya.

Thank you TG for the celebrations!



*By the way, aku ada 5 orang beradik lelaki. Four of us lahir pada bulan Mei, sorang je bulan Ogos. Aku tanggal 4 Mei, abang aku 13 Mei, adik lelaki aku yang sorang 10 Mei & sorang lagi 30 Mei. Yang lahir 10 Ogos tu adalah adik bongsu kitorang.


*Klik gambar untuk lebih besar




Thursday, January 12, 2012

Dah Sampai Limit?



 Assalamualaikum & salam sejahtera~


Aku mau story sikit pasal keja aku hari ni. Today is my last day of training, but doesnt mean that I had learnt everything. Banyak lagi aku x tau, kena tau sikit-sikit. Tapi yang 'sikit' tu pun, banyak sebenarnya. Tadi pagi my senior colleague suruh ambil Quality Analysis Data from QA Department. Main minta camtu jak, dekat 20++ keping paper aku kena bagi tapi satu keping je yang betul. Kira waste paper juga la. Haha~

After aku salah faham pasal collection data tu, aku try la tanya dengan sorang akak senior QA pasal Quality Inspection and Quality Analysis. Walaupun hari tu dah training dengan dia, tapi kali ni belajar lagi mendalam, otak aku pun kena kerja keraslah untuk absorb a lot of info on that time. Time tu aku rasa otak aku dah sampai limit, sudah tepu sedangkan tu belum semua info pasal QA lagi. Aku pun dengan kepala yang pening balik semula ke ofis. Petang tu aku ada last training, aku pun time tu macam x yakin aku bole catch up additional info lagi.

Syukur Alhamdulillah, lepas dah lunch & solat, otak aku kembali segar & boleh terima lagi knowledge tambahan time training petang tu. Training petang tu pula pasal Production Line of Glove. Yang ni pasal proses penghasilan glove tu, chemical, equipment, etc yang digunakan. Aku salute trainer aku tu sebab memang dia explain dengan sungguh-sungguh and detail. So, memang banyak perkara aku belajar daripada dia. Many thanks to him.

Konklusinya, hari ni memang busy, tapi memang puas hatilah, haha~ Mungkin sebab dah lama x busy macam ni. Esok pun ada dua kerja penting kena buat & dua benda tu pun 1st time bagi aku. Senior member aku tu pula xda esok, so aku kena settle kan semua, risau gak esok nanti camna. Moga-moga semua OK, InsyaAllah. Korang doakanlah sekali ya. TQ. Hehe~ :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...