Tuesday, March 26, 2013

Santai @ UMS Peak & Pantai ODEC UMS


Di Universiti Malaysia Sabah (UMS), ada dua tempat semulajadi yang best untuk student beriadah; UMS Peak (bukit UMS) & Pantai ODEC UMS. Pantai ODEC UMS ni selalu menjadi tempat penganjuran program universiti; Pesta Sukan Air, Family Day dan lain-lain lagi.

Kalau nak santai-santai terutamanya di hujung minggu, kitorang selalu ke tempat-tempat ni. Tempat rekreasi semulajadi sememangnya bagus untuk relax-kan mental & fizikal kita. Betulkan?

Memang sedap wei, waktu petang jogging ke Pantai ODEC, then sampai sana, mandi-manda. Fuuh, mantap! Tak pun, mendaki UMS Peak sampai ke puncak, then turun terus pergi ke Pantai ODEC, memang serius layan berenang time tu. Yang bagusnya, pantai UMS ni bersih, so tak risau kalau nak berenang sampai kau tak larat.



UMS Peak
18 Oktober 2010 (Semester 5)
Sejak aku masuk tahun 2008, ini kali pertama aku naik UMS Peak. Padahal bukit ni sebelah je dengan hostel. Dasar pemalas aku ni, hujung 2010 baru naik puncak ni. Hoho~ Ni aku dengan my coursemates, budak Biotech 08/11.




UMS Peak
7 Mei 2011 (Semester 6)
Aku rasa yang ni 2nd time kot. Still aku dengan bebudak Biotech 08/11. Time ni dah hujung zaman study sebab kitorang total 6 semester (3 tahun). Jadi di saat-saat nak berakhirnya study, try la naik ke puncak ni. Tapi time ni ramai tak dapat join. Based on the pictures, dapat dilihat yang setiap beberapa ratus meter sehingga ke puncak, semua busy nak bergambar  :p

Ok, sampai ke UMS Peak! Boleh lihat Kota Kinabalu dari atas ni.

After rehat kejap kat puncak, kitorang turun untuk ke Pantai ODEC. Masa turun tu, tetiba budak-budak ni jadi tak betul dengan bersembunyi macam ni. Try cari berapa orang di sini. Bila tengok gambar ni balik, aku mula-mula tak perasan yang aku ada di situ. Bengong! Jumpa tak? Aku di sebalik dua batang pokok tu. Haha~

Ni lagi satu kisah time turun bukit. Kitorang ni jadi macam kanak-kanak riang dengan berlari pantas sewaktu turun bukit. Gedebuk! Sorang jatuh! Terpusing 360 darjah, betul-betul termuat masuk dalam longkang. Nasib baik longkang tu dipenuhi daun-daun kering. Then siap boleh Peace lagi. Haha~



Pantai ODEC UMS
 15 November 2010 (Semester 5)
Budak Biotech yang bajet cool!

Lepas dah jogging penat-penat, boleh pula main benda ni, dah jadi macam kanak-kanak riang yang 1st time jumpa pantai. Simple je mainan ni, buat bulatan, then sorang di luar bulatan akan cuba touch orang-orang dekat dalam bulatan. Yang kena touch akan keluar ganti balik orang yang di luar tu. Sumpah jadi macam budak kecik! Tau apa yang penat dengan game ni? Ketawa terbahak-bahak tu adalah sumber utama kepada kepenatan. 

Sorang dah jadi ala-ala dugong terdampar di pantai. Makhluk laut yakni obor-obor begitu menyampah dengan manusia yang berlagak dugong, so ketakpuashatian tu disandarkan kepada member lain. Maka si kawan pula menerima sengatan obor-obor. Tu yang sapu-sapu pasir tu. Ada certain time, obor-obor akan berkeliaran kat pantai ni, time camtu orang tidak digalakkan mandi.





Pantai ODEC UMS
20 April 2011 (Semester 6)

Time ni lepas viva voce 1st day, geng Biotech ajak pergi pantai, tapi aku ada dinner malam tu. Kebetulan time tu pantai sangat surut. Kebetulan la~ Diorang tunjukkan gambar-gambar ni bagi aku jeles. Diorang berjaya, memang aku jeles (heh!), sampai sekarang pun aku tak pernah tengok pantai ODEC surut macam ni. Sangat cantik keadaan pantai time tu (based on gambar-gambar diorang ni).

Subhanallah~ cantiknya...

Siap boleh jumpa macam-macam hidupan laut.
1-Gamat, 2-Ikan pari, 3-Ketam, 4-Ikan sebelah, 5-Starfish.
Kalau perasan, gambar ikan pari je yang tak ada tangan manusia. Hah, tau takut. Hehe~



Mesti diorang penat lompat ni, they tried a lot. Tapi akhirnya dapat 1 gambar finale yang paling cantik!



Cis, kenapa gambar ni smart sangat! Untung la diorang~ (nada dengki). Haha~
Ni unedited tau, natural~




Pantai ODEC UMS
23 April 2011 (Semester 6)
Kali ni aku keluar dengan geng MPP & member-member lain. Time ni aku mengharapkan pantai tu surut tapi tak pula.

Dah sampai sini, kerja diorang ni main buang-buang orang pula.
2nd pic tu aku adalah mangsa pembuangan, siap bersaksikan sunset lagi. Huhu~

Bajet cool la camni?

Semua dah penat mandi & buang-buang anak orang. Then, main tulis-tulis pasir pula. 




Pantai ODEC UMS
28 April 2011 (Semester 6)

Waktu hujung-hujung semester, memang kerap kitorang ke ODEC untuk menghabiskan sisa-sisa sebagai student. Untuk mengabadikan kenangan indah dalam memori. Bluerk, ayat bikin muntah. Tak payah nak abadikan sangat, assignment banyak tak siap  :p

Pantai ODEC je jadi mangsa kerakusan kitorang ni. Time ni keadaan sangat best untuk mandi. Kedalaman ok, tak cetek. Seperti biasa, proses membuang orang perlu dilakukan. Proses menenggelamkan orang pun telah ditambah masuk dalam tentatif program. Aktiviti baling-baling pasir, masukkan pasir dalam baju, telah dilakukan serta-merta sewaktu kejadian. Result - semua enjoy sebelum final exam. Kakaka~



Farewell Party #1
6 Mei 2011 (Semester 6)
Ni farewell kitorang sebelum masing-masing melangkah keluar daripada UMS. Ni aku dengan geng ex-MPP & member-member lain. Siap ada kek birthday lagi buatan rakan sendiri  :)  Terharu~ Ada sesi sharing is caring gak. Hehe~ Hurm, rindunya masa-masa ni.











Farewell Party #2
 13 Mei 2011 (Semester 6)
Ni pula farewell untuk geng keras Biotech 08/11. Kitorang adalah member-member rapat. Pantai ODEC sentiasa jadi tempat untuk farewell. Makan-makan, main daun terup (tak bertaruh duit ok), ada gak sesi luahan hati. Haha~ Moment ni dah jadi nostalgic~





Keindahan UMS telah memberi banyak kenangan. Alhamdulillah~


*Klik gambar untuk lebih besar



Comments
6 Comments

6 comments:

  1. macam nak mohon masuk ums ? tawaran kemasukkan bila ?

    ReplyDelete
  2. @PUTRI INTAN
    Nak mohon masuk kena apply dalam borang UPU, tp UMS offer ijazah je... Ada bbrapa school (mcm faculty) yg offer diploma tp x sure camner nk apply yg tu...

    Apa-apapun, try tanya kt sini:
    https://www.facebook.com/groups/146253128863557/?ref=ts&fref=ts

    skrg dah jd alumni, x tau sgt da... :)

    ReplyDelete
  3. seronok tengok zaman belajar ..imbas kembali ke ni...memang ceria semua

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, ni imbas kembali zmn study yg best..hehe...semua ceria x ingat dunia...

      Delete
  4. hahaha! aku tngok pon dah renyih sorang2!

    gambo korang yg melompat2 b'latar balakngkan sunset tu, subhanAllah, sangat cantikk! lg2 tak ade edit bagai!!

    time study la, nk ronggeng2 kan? dh ade kerjaya nnti+b'rumah tangga nnti tak tau la camne... =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik marikh, mmg gambar tu cantik sgt, cantik keadaan time tu, subhanallah....sy x de time tu, tu yg rasa jeles kt member2..huhu

      yup, time zman study ni la kita nk enjoy dgn kawan2 semaksima, time zmn kerja mcm skrg ni, mmg time n jarak tu jd limitation...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...