Sunday, March 17, 2013

Reunion Kecil-kecilan @ Kuala Selangor


Persitiwa berlaku pada tanggal 9-10 Mac 2013. Penglibatan adalah daripada budak-budak Biotek UMS batch 2008/2011 (padahal berapa orang je). Kejadian berlaku di sekitar Kuala Selangor. Huh, macam baca berita kes jenayah pula~

Gambar preview  :p

Semua adalah 1st time bagi aku; tengok ratusan kelip-kelip, melihat sawah padi secara dekat, bergambar dengan aktor feymes Rosyam Nor (haha~ ni pun dikira masuk?) & makan cendol Borhan (cendol biasa dah selalu).



#1 - Kelip-kelip Kg. Kuantan
1st pergi tengok kelip-kelip, dalam pukul 8pm camtu. Mahal gak, 1 bot = RM50. Muatan maksimum 4 orang per bot. Tapi since 1st time bagi kitorang, so kena try juga. Ulang-alik dalam 20 minit, berjayalah juga tangkap gambar sendiri & gambar pokok. Kelip-kelip gagal diabadikan dalam kamera.

Jom meneroka kelip-kelip!

Waras sangat kitorang ni, berabis nak tangkap gambar kelip-kelip, padahal abang bawa bot tu dah cakap yang kelip-kelip tu takkan masuk gambar. Hasil keras kepala aku adalah gambar pokok seperti di bawah:

Tadaa~ inilah hasil kepada penat-lelah. Pokok only~


#2 - BBQ
Ni perkara biasa orang buat. First time kat sini hanya di tepi sawah padi. Satu perkara yang pasti untuk BBQ ni ialah ayam yang dibakar semestinya tak habis dimakan.

Semua sibuk nak masuk gambar. Sorang tu saja yang rajin bakar ayam. Ahakz~


#3 - Ronda Kg. Sawah Sempadan
Tengok sawah padi dari jauh tu pernah, tengok secara dekat tu yang tak pernah. So, memang excited la bangun awal pagi untuk lihat sawah padi. Nice! Subhanallah~





Breakfast dulu, then ronda-ronda sekitar kampung. Best-nya, hirup udara sawah padi di waktu pagi, naik motor merasa fresh angin, dan cuci mata melihat keindahan ciptaan Allah.







Ronda punya ronda, terserampak dengan Rosyam Nor & family. Time tu kitorang nak ambik gambar kat sebuah jambatan, tapi ada orang tengah buat photoshoot kat situ. Ingatkan orang nak buat filem or drama, rupanya Rosyam Nor tengah ambil gambar untuk pre-wedding anak pompuan dia. Then, ambik la peluang ni untuk bergambar bersama aktor popular dengan berlatarbelakangkan alam ciptaan Tuhan. Hehe~

Peace!

Diorang tengah buat photoshoot.


#4 - Cendol Borhan
Petang 10 Mac, sebelum bertolak balik, kitorang singgah makan cendol Borhan. Kitorang tahu ada dua cendol famous kat situ, cendol Bakar & cendol Borhan. Since sorang member aku prefer cendol Borhan, so kitorang try la cendol Borhan instead of Bakar's. Memang sedap!

Ambil gambar selepas semua dah mandi :p

Muka-muka kekenyangan.




Comments
2 Comments

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...