Showing posts with label Predators. Show all posts
Showing posts with label Predators. Show all posts

Tuesday, October 12, 2021

Francais: Alien vs. Predator

Alien vs. Predator (AVP) berada dalam universe berbeza dengan francais Alien dan Predator. Ceritanya dikategorikan non-canon iaitu tak bersangkutan dengan cerita utama kedua-dua francais. Maka AVP dikira sebagai francais lain.

Kronologi berdasarkan latar masa:
[1] Alien vs. Predator (2004) >> [2] Alien vs. Predator: Requiem (2007)


[1]
Alien vs. Predator (2004)
Latar masa:
Tahun 2004

Sinopsis:
Sekumpulan arkeologi yang melakukan ekspedisi menjejaki piramid kuno di Antartika terperangkap dalam pertembungan di antara 2 spesies makhluk asing.

Rating: /10
 Unexpectedly fun, taklah teruk as majority claimed
Bukan filem yang mementingkan naratif yang kreatif
• Hanya menggabungkan 2 big franchises & masukkan aksi & efek visual yang best
• Untuk tonton santai-santai pertempuran Alien & Predator

Penerimaan berubah ikut masa?
 Kalau tahun 2004 dulu aku dah tengok semua filem Alien & Predator then tonton AVP, mungkin pandangan aku AVP teruk
 Tapi sebab aku tonton dulu Prometheus (2012), Alien: Covenant (2017) & The Predator (2018) which were bad, jadi bagi aku AVP okey & actually better


[2]
Alien vs. Predator: Requiem (2007)
Latar masa:
Tahun 2004

Sinopsis:
Sebuah kapal angkasa Predator yang membawa banyak baka Alien terhempas di sebuah hutan & penduduk di bandar berdekatan menghadapi ancaman daripada kedua-dua makhluk.

Rating: 4.5 /10
• Cerita mendatar bahkan klimaks pun boring & gagal menaikkan minat
• Kebanyakan scene lagi-lagi waktu malam sangat GELAP-GELITA sampai tak jelas apa berlaku & rupa alien pun sukar nak cam
• Babak seram sama berulang-ulang hingga jiwa ini kosong tak mampu nak react apa


*****
Jujurnya francais AVP boleh skip. Mungkin crossover movies ni cuma cash grab semata. Entahlah, aku ja yang rajin layan AVP di tahun 2021.


Monday, October 11, 2021

Francais: Predator

Predator.
Padanya manusia hanyalah trofi.
Maka berbanggalah anda!

Kronologi berdasarkan latar masa:
[1] Predator (1987) >> [2] Predator 2 (1990) >> [3] The Predator (2018) >> [4] Predators (2010)


[1]
Predator (1987)
Entah berapa juta kali tonton waktu kecik dulu pakai video tape
Latar masa:
Tahun 1987

Sinopsis:
Sepasukan askar diarahkan untuk menyelamatkan sekumpulan tawanan di Amerika Tengah, tapi tanpa sedar diorang jadi sasaran oleh satu entiti asing.

Rating: 8.5 /10
• Situasi ‘entiti halus berlegar di hutan belantara’ mewujudkan debaran
• Hero abang Arnold mantap! Vs. Predator menggerunkan, sadis & ugly yet… cool!
• Final act terbaik dengan kombinasi aksi, seram, saspens & pendedahan dahsyatnya


[2]
Predator 2 (1990)
Latar masa:
Tahun 1997

Sinopsis:
Di bandar Los Angeles, sepasukan polis memburu pembunuh kepada sekumpulan geng dadah walau diarahkan oleh agen kerajaan untuk tidak masuk campur.

Rating: 6.5 /10
Walaupun persekitaran bandar, suasana seram tetap terasa
• Ada adegan boleh jadi best tapi jadi cacat sebab gelap & shaky sangat
• Karakter utama okey, karakter lain boring & Predator nampak kurang bijak


[3]
The Predator (2018)
Latar masa:
Tahun 2018

Sinopsis:
Seorang sniper, sekumpulan askar buangan & seorang biologist bekerjasama menjejaki Predator, tapi pada masa sama menghadapi tentangan daripada agen kerajaan.

Rating: /10
• Plot tak munasabah yang mencalarkan konsep Predator
• Manusia biasa jadi ‘superhero’ sekelip mata, terutama si biologist
• Lawak annoying berlebihan
(Cuba jadi macam Marvel kot, even ramai dah muak dengan lawak berlebihan Marvel)


[4]
Predators (2010)
Latar masa:
Tidak diketahui.
Tapi di abad ke-21, mungkin selepas The Predator (2018).

Sinopsis:
Beberapa individu yang kebanyakannya militer tiba tanpa sedar di sebuah planet asing dan diorang perlu survive daripada ancaman makhluk-makhluk yang berada di situ.

Rating: 7.5 /10
Idea copy filem pertama namun penceritaan berbeza dengan tension & misteri tersendiri
• Diperkenalkan lebih tentang Predator & jenis-jenis diorang
• Setiap karakter ada perwatakan menarik cuma tak cukup masa diperkembangkan


Ranking:

Filem ke-5 dalam pembikinan bertajuk Skulls adalah prequel kepada semua filem mengisahkan kedatangan pertama kali Predator ke Bumi. Ok, aku akan keep my expectation low.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...