Showing posts with label Peking. Show all posts
Showing posts with label Peking. Show all posts

Wednesday, October 16, 2013

Kembara Beijing 2011 - Part 3

[THE UNIQUE & SPECIAL]


Beijing ada keunikannya sendiri, atau lebih mudahnya lagi negara China punya banyak keistimewaannya. In this entry aku nak share sikit benda yang mungkin korang dah maklum ataupun tak. Dari segi hasil semulajadi, hasil kesenian sehinggalah hasil kemajuan, kesemua ni memberi Beijing tu satu identiti yang menarik untuk dikunjungi. 



Silk

Masa belajar Sejarah sekolah menengah dulu, mesti nak kena ingat yang negara China adalah pengeluar utama sutera dan diperdagangkan di seluruh dunia. Ancient China la yang menjadi first developer kepada fabrik sutera. Tabik kat ulat sutera, boleh hasilkan benda yang sangat unik! Sememangnya kuasa Allah~

In case korang tak tau, sutera ni adalah protein fiber yang dihasilkan oleh ulat sutera (larva rama-rama) untuk membentuk kepompong (cocoon), dalam kitar metamorphosis serangga tersebut. Kalau tengok, ulat dan kepompongnya tu nampak biasa je, tapi hasilnya tu yang sangat bernilai kan... Aku siap bawa balik lagi beberapa kepompong tu sebab kagum sangat, bajet macam nak hasilkan sutera sendiri...haha~

Ulat sutera  --->  Kepompong  --->  Kain sutera



Crystal

Crystal pun ada banyak kat Beijing, dalam bentuk yang original dan yang dah direkabentukkan. Korang nak bentuk singa, naga, kuda, macam-macam ada. Siap ada pelbagai color lagi. Apa yang pasti, seni ukiran kristal diorang memang stylo.





Acrobatic

Bagi dekat diorang la seni akrobatik ni, kita boleh tengok je la. Best tau dapat tengok depan-depan. Macam-macam show diorang perform, dari badan yang berlipat-lipat hinggalah diorang terlompat-lompat. Paling hebat adalah motorcycle stunt dalam sangkar, serius mantap! Tapi gerun gak tengok, bayangkan 5 motosikal pecut-memecut dalam sangkar bulat yang diameternya lebih kurang 6-7 meter.



Video ni adalah motorcycle stunt in a cage, tapi kualiti cukup-cukup makan je. Sound pun tak ok sangat, kalau sudi, layan saja la. Korang boleh try view video lain kat YouTube, banyak yang lagi clear.






Bullet Train


Masa zaman sekolah menengah dulu, belajar pasal bullet train Jepun, tercetus perasaan kagum. Rasanya subjek Geografi ada mention pasal bullet train kan? Kenal bullet train pun dah excited, inikan pula naik benda tu, sungguh double excited! Walaupun bukan kat Jepun, tapi still bullet train jugak spesiesnya. Sangat pantas, selesa dan tenang ok. Tapi ketenangan tu dicemari oleh hiruk-pikuk kitorang, biasalah 1st time, jakun sikit. Muahaha...

Trip kitorang begini on that day, mula-mula pergi Tianjin, salah satu pusat bandar Republik China. Pergi Tianjin menaiki bas rombongan je. Lepas dah 'berlegar-legar' kat Tianjin, kitorang balik semula ke Beijing menaiki bullet train. Demi hendak merasa naik bullet train, we were willing to pay, tapi aku tak ingat berapa harga tiket tu.
Worth to try laa.


*5 Pusat Bandar Nasional dalam Republik China - Beijing, Chongqing, Guangzhou, Shanghai, Tianjin. Manakala Hong Kong dikategorikan sebagai Pusat Bandar Nasional khas (special case).

Kota Tianjin, cantik dan busy jugak.

Sempat ronda-ronda Tianjin Ancient Culture Street.
Di sini, boleh jumpa banyak barang antik dan unik negara China.

Tianjin Railway Station yang bapak besar. Perkarangan stesen ni luas, nak main game kejar-kejar 'polis pencuri' pun boleh. Ahakz~ Sambil menunggu bullet train untuk balik Beijing, sempatlah ambil gambar ramai-ramai. 

Naik bullet train ni memang tak rasa shaking atau friction kat dalam.
Yela, the power of high-tech kan...
Sungguh aman-damai, makmur & sejahtera, ermm... maksudku sangat selesa kat dalam.
Sepanjang perjalanan Tianjin-to-Beijing tu, the highest speed was 328 km/h.
Gila-gila laju kan...



Beijing National Stadium
a.k.a Bird's Nest

Seperti yang kita maklum, Beijing National Stadium ni dibuka pada 28 Jun 2008, sempena Sukan Olimpik 2008 yang mana China menjadi tuan rumah. Design memang unik dan cantik! Serius serupa macam sarang burung.

Stadium ni sentiasa dipenuhi pelancong & orang tempatan sendiri, tapi tak boleh masuk la, cuma kat luar perkarangan saja. Halaman perkarangan stadium ni bukan calang-calang, sangat-sangatlah luas. Dengan angin sepoi-sepoi, ternyata syok beriadah di situ.

Jalan merayau sambil menikmati tiupan angin, fuh memang layan. Ada jugak pelbagai barang dijual, antaranya ialah layang-layang panjang yang best & sesuai main kat situ.

Bird's Nest (Beijing National Stadium).

Water Cube (National Aquatics Center).
Waktu malam, Water Cube ni memang bersinar indah.

Halaman perkarangan Beijing National Stadium.
Angin situ best, that time la, tak tipu...
Layang-layang panjang tu memang cun.

Rombongan UMS 2011.





Tuesday, September 17, 2013

Kembara Beijing 2011 - Part 2

[UNIVERSITY & EMBASSY]


Masa pergi Beijing hari tu, sempatlah rombongan kitorang melawat dua universiti dan berkunjung ke Kedutaan Malaysia kat sana. Cuma tak berpeluang bertemu kepimpinan pelajar kedua universiti tersebut atas sebab-sebab tertentu. Kalau dapat ketemu, mesti lagi bagus, dapatlah sharing something. Then, nasib baik la dapat berkunjung ke Kedutaan Malaysia, dapat tambah input sikit.



Peking University

Berpeluang masuk dan pijak kaki kat universiti terbaik dunia ni. Serius cantik!
Sehingga sekarang pun, Peking University ni masih lagi tersenarai dalam Top 50 World University Rankings. Mantap!

Tempat & suasana yang lawa & kondusif.

Rombongan kitorang, UMS 2011.

Sekitar kawasan universiti.
Aku pun tak ingat sangat, rasanya time visit kitorang tu waktu cuti diorang.



Tsinghua University

Sempat gak singgah ke universiti ni, tapi tak berpeluang masuk. So kira just macam satu persinggahan je la (ayat nak bajet sedih pulak). Tsinghua University (Qinghua University) ni pun tersenarai dalam Top 55 World University Rankings. Hurrm... Tsinghua ni pun bukan calang-calang universiti.





Embassy of Malaysia

Dalam sesi bersama Kedutaan Malaysia ni, banyak ilmu dan pengetahuan yang kitorang dapat tentang Beijing dan tersiratnya keadaan kat situ, termasuklah kelebihan Beijing & isu atau permasalahan komuniti/penduduk. Valuable knowledge!

Kedutaan Malaysia + UMS 2011

Lawa bangunan Kedutaan Malaysia ni.

Segakkan diri & smart-kan pose... Yeah!






Sunday, August 25, 2013

Kembara Beijing 2011 - Part 1


Alhamdulillah, berpeluang menjejak kaki di Beijing pada tahun 2011 lepas. Rezeki pemberian Allah SWT, untuk melihat lagi keindahan ciptaan-Nya.

'Penjelajahan' ni sebenarnya dianjurkan oleh pihak Universiti Malaysia Sabah (UMS) untuk ahli Majlis Perwakilan Pelajar UMS, tapi turut dikendalikan oleh ahli-ahli perwakilan sendiri. Okay, aku dah perasan ayat aku macam skema sikit. Bajet ayat pemimpin sangat! Huahaha... Tak pemimpin sangat pun aku ni  :p

Dah 2 tahun berlalu, baru aku nak buka story, apa punya lambat la aku ni. Mungkin Beijing dah banyak berubah, aku baru nak tunjuk gambar-gambar 'klasik' ni. Aku mengarut lebih-lebih pun, aku still story jugak kan...kuikuikui...

Jelajah kitorang ni lebih kurang 8 hari, 25 Mac hingga 1 April 2011. Enjoy tu memang enjoy, tapi kitorang still kena buat laporan terhadap segala pembelajaran semasa trip ni, so no free lunch ok.

Apa yang seantero dunia sedia maklum, Beijing adalah kota yang pesat membangun. Serius besar giler bandar Beijing, dan kitorang dimaklumkan yang Beijing ni membangun secara berlapis-lapis, daripada satu pusat, ia membesar dan terus membesar. Lebih kurang macam tu la, aku pun tak ingat sangat. Try la Google kalau rajin. Hehe...

Apa yang pasti, Beijing memang cantik, tempat & bangunan kat situ lawa dan unik.

MPP UMS Sesi 2009/2010
Ramai yang single lagi ni, kalau berkenan, PM me. Haha...just joke!
Kawan-kawan, jangan marah ye.

Di hari-hari awal, masih fresh lagi. Masih bersemangat!

Mentang-mentang lompatan aku menjadi, nak juga aku letak gambar tu besar-besar  :p

Bangunan besar & punya keunikan tersendiri.

Kanan sebelah atas tu adalah masjid, cantik kan?
By the way, Beijing juga adalah bandar yang sibuk.

Masa trip ni, Beijing di hujung-hujung musim sejuk. Bagi orang Beijing, cuaca masa tu tak sejuk pun, tapi bagi kita orang Malaysia, terasa macam dikurung dalam peti ais! Sejuk nak mampus, terutama waktu malam. Masa kitorang ambik gambar dengan brader-brader pekerja hotel ni (pakaian diorang stylo kan...haha...), kesejukan malam tu memang rasa teramat.

Nice pose! Walaupun aku duduk mencangkung kat depan! Hahaha...

Beijing banyak meninggalkan memori berharga kepada kitorang. Alhamdulillah~





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...