Assalamualaikum & salam sejahtera~
Hari tu, 02/12/12, 1st time dalam hidup aku menjejak masuk gua, iaitu Gua Tempurung, Perak. Aku pergi dengan officemates since sorang tu duduk asal kat Tapah Perak. Member ni ajak kitorang balik kampung dia, so sempatlah menjamah buah-buahan yang tumbuh 'berkeliaran' di dusun. Erm, kenyang makan durian!
|
Nyum, nyum, nyum, makan sampai muntah. Nasib baik aku bukan 'hantu durian'. |
Ok, berbalik kepada cerita Gua Tempurung, masuk gua ni sebenarnya ada 4 pakej. Pakej 1 hingga 4 dikira berdasarkan kepada jauhnya perjalanan masuk ke gua, Pakej 4 paling jauh (siap ada rafting lagi). Tapi Pakej 3 dan 4 kena datang pagi, pukul 9am. Kalau lambat macam kitorang hari tu, terpaksalah ambil Pakej 2.
|
Laluan masuk. |
|
Air mengalir keluar dari gua. |
|
Manusia 'mengalir' masuk ke gua. |
|
Kawasan gua yang dapat cahaya matahari. |
|
Pemandangan dalam gua yang cantik. Subhanallah~
Korang nampak tak cahaya lampu-lampu bulat tu? Itulah tangga laluan untuk pengunjung. |
|
Ni kawasan sedikit berair. Ke dalam sikit ada kawasan berangin.
Angin kat situ memang sedap, kira tempat berhenti rehat mendapatkan angin since kitorang dah penat berjalan & kepanasan. |
|
Dinding gua yang smart! |
|
Ni laluan masuk gua tadi. Gambar aku ambil masa nak keluar balik.
Ni pemandangan Gua Tempurung yang aku suka. Colorful, kan? Subhanallah~ |
|
Badang versi moden.
Aku cuba angkat batu ni, tapi tak mampu. Batu hanya tergerak sedikit je.
Haha~ Nampak sangat menipu! |
Satu kekurangan masuk ke gua ni ialah kurangnya sebaran informasi. I wonder why diorang tak buat information boards dalam gua tu? Aku rasa bolehlah. Dah la tak ada guide, main jalan sendiri jer. Kalau ada sorang guide yang boleh explain this & that pasal gua tu, mesti lagi best.
Kita 1st time masuk gua, memang mau tau apa benda & bentuk dalam gua tu. Kalau dulu belajar dari buku ja, mana cukup. Sebenarnya ada guide juga masa tu, tapi diorang just cakap di mana kita patut berhenti. "Pakej korang sampai sini je, turun bawah lagi, tu dah pakej lain". Whatdaa~ Itu je yang abang nak sampaikan???
|
Ni aku layan Blues dalam gua. Hehe~ |
|
Rombongan masuk Gua Tempurung. Bukti yang kitorang dah masuk gua tu. LOL |