Kali ni aku senaraikan lima lagu yang aku layan the most for this week. Kira lagu-lagu nilah yang paling kerap aku putar minggu ni setiap kali berdepan dengan laptop. Mula dari yang kelima dululah, ceh, macam carta radio pula kan?
No. 5
Katy Perry featuring B.o.B - The One That Got Away
Aku suka remix version ni yang menampilkan B.o.B sebagai 'jurucakap'. That's why-lah aku dengar balik-balik since the original one pun dah memang best. Sebenarnya Katy Perry dicaci maki kerana kononnya me-remix-kan lagu semata-mata untuk naik No. 1 dalam carta US Billboard. Now, Katy Perry dan Michael Jackson berkongsi rekod kedudukan dengan 5 lagu dari satu album mendapat No. 1 dalam Billboard. Kalau lagu ni pun berjaya jadi No. 1, kira Katy menang dengan 6 buah lagu. So, peminat MJ marahlah yang kononnya Katy ni cheating demi nak mengalahkan MJ. Entah apa-apa orang US ni, itupun boleh jadi isu. Lagu ni touching? Bolelah~ tapi jangan percaya dengan 'another life' sudahlah.
No. 4
Hollywood Undead - My Town
Ni lagu bergenre rap rock / nu-metal, genre muzik ala-ala Linkin Park dulu. Dulu awal 2000-an, lagu-lagu genre macam ni popular with Linkin Park as the lead. Sekarang dah suam-suam kuku since Linkin Park pun dah ubah genre muzik kan. Apapun aku suka lagu ni since dah lama tak dengar lagu-lagu baru rap rock / nu-metal. Actually dapat tahu lagu ni pun dari trailer of my anticipated game, Street Fighter X Tekken. Check this out:
Street Fighter X Tekken - Episode 02 Trailer
The hot babe in the trailer is not real woman ya, 'she' is transexual. Haha~ Dalam game pun ada kan? Actually ada sebab berkaitan dengan US sociality yang menyebabkan karekter tu yang dulunya dikelaskan sebagai perempuan diubah kepada transexual. Ok tak penting, yang penting sambung balik carta lagu aku ni.
No. 3
One Direction - What Makes You Beautiful
Lagu ni bukan aku je selalu mainkan, tapi radio pun selalu putar juga. One Direction adalah British boy band yang 'diterjah' bakat diorang daripada rancangan X-Factor. Diorang ni muda-muda lagi, muka-muka jambu semua tapi seriously berbakat. Kira tak jual mukalah. Kalau belum dengar, try to play it, memang sangat boleh layan.
No. 2
Kelly Clarkson - What Doesn't Kill You (Stronger)
Ni latest song from Kelly Clarkson, seperti biasa rentak lagu minah ni memang rock sikit, tapi aku enjoy dengar. Tak macam lagu-lagu pompuan lain yang nak cerita pasal seks-lah, cumbu sana, sini, alahai sakit kepala aku dengar. Kelly Clarkson always release-kan lagu yang boleh aku layan. Ada satu lagu dia dari latest album yang bertajuk 'Einstein', tu pun best juga & lirik dia lawak, "Dumb + Dumb = You". Sejak bilalah Einstein keluarkan formula tu. Eh, jangan salah faham, "You" tu bukan kepada blog readers ya, memang lirik camtu. Hehe~
No. 1
One Direction - One Thing
Hah, inilah lagu yang paling aku layan minggu ni. Sekali lagi One Direction, kali ni 2nd single diorang. Aku gilakan One Direction? Aku gilakan boy band? Taklah, bukan macam tu tapi memang lagu-lagu dalam 1st album diorang best-best. Selagi lagu best, aku layanlah. Adakah budak-budak ni akan membawa nama boy band tu naik balik? Entah, tak tahulah kan. Tak kisahlah, selagi keluar dengan lagu yang best, memang akan sentiasa orang layan.